Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 PENGENALAN

3 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

4 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

5 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


MENGIKUT AL- QURAN DAN AS-SUNNAH

6 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

7 PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

8 RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN


NEGARA

9 PERSAMAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH


PENDIDIKAN NEGARA

10 PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

10

11 RUMUSAN

11

12 BIBLIOGRAFI

12

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan


hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada Ustaz Azmi b. Khamis selaku pensyarah bagi
matapelajaran Pendidikan Islam kerana memberi sokongan,panduan dan tunjuk ajar
yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada setiap ahli kumpulan yang telah
bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan
meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan
Allah S.W.T.

PENGENALAN

serta mendapat keberkatan dari

Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pada tanggapan barat pendidikan


dikaitkan dengan proses pemindahan maklumat, keterampilan dan pengalaman dari
guru kepada murid atau dari pensyarah kepada pelajar. Tradisi Islam dalam pendidikan
pula sering menghubungkan pendidikan dengan pembangunan potensi insan. Manusia
tidak hanya memiliki kekuatan akal atau minda tetapi Allah mengurniakan manusia
dengan potensi rohaniah dan jasmaniah. Ketiga-tiga potensi memerlukan penyuburan
yang seimbang. Memberikan fokus kepada pengupayaan akal saja tidak melengkapi
sifat pembangunan diri yang menyeluruh. Membangunkan rohani dan jasmani tanpa
memberikan fokus kepada akal tidak juga menepati proses pembangunan insan.
Menyuburkan kualiti rohaniah, akliah dan jasmaniah secara seimbang adalah
pendekatan yang amat serasi dengan proses pembangunan insan.
Bagi yang memiliki keteguhan beragama, nilai agama menjadi landasan
mengurus diri dan sistem. Bagi yang berpedomankan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai
semasa

pula, aspek etika adalah amat penting. Ianya amat releven dalam

masyarakat yang berbilang kaum kerana kecenderungan berinteraksi antara kaum


adalah aktif. Tanpa adanya asas nilai dan etika yang memberikan pedoman dan
batasan, dinamika sosial tidak akan wujud secara positif
Manusia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi
mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan
hidup, manusia amat memerlukan pendidikan kerana ia merupakan satu aset yang amat
penting dalam kehidupan. Tanpa pendidikan segala-galanya akan menemui kegagalan.
Pendidikan merupakan suatu proses yang membentuk peribadi manusia daripada
keadaan yang tidak sempurna kepada keadaan yang lebih sempurna. Dua falsafah
yang sering dibicarakan dalam pendidikan ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Islam.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan


ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba

Allah

yang

mempunyai

tanggungjawab

untuk

membangun

diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan di
akhirat.
MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Falsafah Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan alQuran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
Matlamat ini menjurus kepada matlamat hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh
Allah dalam firmanNya:

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
( Az-Zariyat: 56)
Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di
muka bumi dianggap pendidikan menurut pandangan islam. Kelayakan manusia
sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana mempunyai beberapa ciri istemewa
iaitu fitrah semula jadi manusia yang baik, bersih daripada dosa, unsur roh yang
membezakannya dengan makhluk lain dan akal yang dapat membuat pilihan betul atau
salah.
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT ALQURAN & AS-SUNNAH
Untuk memahami konsep Falsafah Pendidikan Islam, kita hendaklah meneliti isi
kandungan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w: Firman
Allah:


Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian


makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu yang
Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.
( Al-Alaq : 1- 6)
Wahyu yang pertama itu mengandungi perintah-perintah supaya manusia belajar
mengenali Allah, memahami fenomena alam dan memahami sifat dirinya sendiri agar
mereka dapat merialisasikan dalam kehidupan seharian. Al-Quran di samping menjadi
pertunjuk tentang aqidah, keimanan, ibadah, muamalah, hukum, dan sebagainya juga
mengandungi aspek-aspek pendidikan. Nilai-nilai pendidikan di dalam Al-Quran
mempunyai peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan umat islam yang
menyangkut soal-soal ekonomi, sosial, undang-undang, falsafah dan lain-lain sebagai
identiti Islam yang syumul. Al-Quran menghargai akal manusia di mana dengan akal itu,
pengetahuan pendidikan dapat menolong manusia menyelesaikan segala persoalan
hidup dalam pelbagai situasi dan kondisi. Al-Quran menghormati dan menghargai
orang-orang yang berilmu pengetahuan, sehingga mereka memperolehi darjat yang
tinggi dan mulia serta dapat membanggunkan ummah. Berpandukan Al-Quran, manusia
dapat dididik dalam mengembangkan kewajjipan serta tanggungjawab terhadap diri
sendiri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Sesuatu perancangan yang dibuat pastinya mempunyai matlamat yang hendak
disasarkan. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim
yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
Berdasarkan matlamat yang berasaskan keujudan Allah, lahir pula matlamat-matlamat
lain antaranya;
1. Memperkenalkan sifat-sifat diri manusia
2. Memperkenalkan tugas dan tanggungjawab manusia
3. Menyusun struktur masyarakat.
4. Membentuk akhlak yang mulia
5. Menjaga kepentingan agama dan kehidupan.
6. Memberi pendidikan jasmani dan rohani.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

kearah

perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik
dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa
dan negara.
f.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilainilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan
formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan.
Sebagai khalifah Allah di mukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan
sesama manusia yang lain.
Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir,
membentuk dan melaksanakan hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan
yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia. Kesedaran
tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi.
Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri
mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain

putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah,
"melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri.
Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada
peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:
" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang menjadikan
ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanakkanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi
merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam
membentuk peribadi dan bernilai murni.
Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat
dalam silibus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap
matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara
khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi
yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa
pelajar.
PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

memerkembangkan potensi individu secara menyeluruh

berterusan

kearah

lebih

dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari ssegi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengatahuan,
berketermapilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesajahaan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang


bersatupadu,

berdisiplin,

berpengetahuan,

bertanggungjawab,

berkebolehan

berwawasan dan terlatih. Untuk melihat output dan produk yang positif yang dijelmakan
oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu
dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama
proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam
menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat
utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan
keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang
sedang atau telah tamat bersekolah, mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai
murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain
samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan
perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan
sentiasa berterusan.
Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan
menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan
nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan
diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam
dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk
memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

PERSAMAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM & FALSAFAH PENDIDIKAN


NEGARA

Peranan guru dalam merealisasikan ke arah Falsafah pendidikan adalah satu


tugas yang besar untuk memajukan aspek aspek pembangunan bangsa dan negara
meliputi kebudayan ,sosial ekonomi dan politik .Matlamat pendidikan juga merupakan
cita-cita dan hasrat murni yang ingin dicapai .
Ia berjalan selari dengan matlamat negara ,malahan dalam banyak hal ,pendidikan
merupakan saluran utama dan alat yang paling berkesan untuk menjayakan cita cita
negara . Berdasarkan falsafah pendidikan negara matlamat pendidikan ini jelas
melahirkan insan yang baik
.Berdasarkan falsafah pendidikan negara Kementerian pendidkan Malaysia
bertanggungjawab

dalam

mendidik

rakyat

agar

menjadi

warganegara

yang

berpengatahuan ,bertanggungjawab ,berdisiplin bersatu padu dan sesuai dengan


kehendak Dasar Ekonomi Baru.
Falsafah pendidikan islam juga bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan
kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain Falsafah
pendidikan islam juga seimbang dengan falsafah pendidikan negara kerana matlamat
pendidikan islam juga ialah untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang didalam
individu dengan nilai nilai islam.Keadaan keseimbangan ini dapat diwujudkan dengan
akal fikiran .Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman
berpengetahuan berakhlak tinggi dan beramal salih. Ini seterusnya akan menghasil
suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni ,menghormati dan berkejasama antara
satu sam lain.

PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN


NEGARA

Falsafah pendidikan negara lebih menekankan kepada nilai nilai murni yang
terkandung didalam pelbagai agama yang diamalkan dinegara kita ini.Dimana nilai
nilai tersebut boleh diajar kepada semua pelajar tidak mengira bangsa untuk
membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif ,efektif psikomotor
dan akhlak .
Nilai nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sarwajagat. Nilai-nilai
tersebut ialah :
1 Baik Hati

12 Kerjasama

2 Berdikari

13 kesedaran

3 Hemah Tinggi

14 Kesyukuran

4 Hormat menghormati

15 Rasional

5 Kasih Sayang

16 Semangat Masyarakat

6 Keadilan
7 Kebebasan
8 Keberanian
9 Kebersihan fizikal dan metal
10 Kejujuran
11 Kerajinan
Matlamat penerapan nilai nilai murni melalui pendidikan adalah untuk
melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta akhlak mulia .Antara objektif
lain ialah
1 Menanam kesedaran ,kefahaman keyakinan dan juga kesyukuran
2 Menanam semangat cintakan nilai nilai suci
3 Menghormati kebaikan dan membenci keburukan
4 Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama bangsa dan juga sewaktu
menjalankan tugas serta tanggungjawab .
Jika nilai nilai ini dapat dilaksanakan melalui pendidikan .objektif dan matlamat
yang ingin dicapai akan dapat dijayakan
Falsafah

pendidikan

Islam

lebih

menekan

kepada

pengetahuan

yang

bersumberkan al quran dan sunnah Justeru itu falsafah pendidikan islam juga

10

menjuruskan kepada membentuk dan memperkembangkan semua potensi insan kearah


menjadikan murid berilmu.
Tumpuan utama pendidikan islam lebih kepada aspek pengukuhan akidah
islamiah ,pemahaman kepada sifat sifat cara hidup islam serta asuhan terhadap budi
perketi dan akhlak yang mulia .Menyedari akan hakikat bahawa islam itu merangkumi
keseluruhan cara hidup harian seorang muslim,maka pendidikan islam menekankan
aspek amalan dan penghayatan .
Penghayatan Fardhu Ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah
diperkukuhkan lagi di sekolah menengah .Para pelajar akan mengamalkan kewajipan
ini sebagai tuntutan asasi dan menggunakannya dalam kehidupan harian. Bagi
memastikan keberkesanan

apa yang termaktub dalam falsafah pendidikan islam

maka,orentasi pengajaran hendaklah sentiasa dikaitkan dengan aspek aspek


amalan dalam kehidupan harian .Nilai nilai dari mata pelajaran lain seperti sains
,geografi ,sejarah dan matematik juga perlu digabungjalinkan supaya wujud
kesepaduan di antara ilmu ilmu yang diperolehi .

RUMUSAN
Falsafah pendidikan negara dan juga falsafah pendidikan islam adalah untuk
mewujudkan keseimbangan dalam diri individu dengan nilai nilai yang harmonis dan
juga nilai nilai keislaman seperti mana yang dituntut .Falsafah pendidikan juga
bertujuan untuk membentuk insan salih yang tunduk dan patuh kepada tuhan .
Penghayatan dikalangan para pelajar perlu mendapat pupukan yang
sewajarnya .Guru-guru harus melipatgandakan usaha usaha ke arah untuk
meningkatkan lagi penghayatan dan pengukuhan para pelajar.

BIBLIOGRAFI

11

1 Sufean Hussin Pendidikan DI Malaysia sejarah,sistem dan Falsafah edisi 2


Dewan Bahasa dan Pustaka 2004
2 Abdul Rahim Md Ali Pendidikan Di Malaysia dan Psikologi Pendidikan
Utusan Punlications sdn .bhd 2001
3 Abdul Rahman Aroff,Zakaria Kasa , Falsafah pendidikan dan konsep pendidikan
edesi ke 2 ,Penerbit Fajar Bakti sdn bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai