Anda di halaman 1dari 24

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEMESTER SEPTEMBER 2013 HBPE3103: KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

810131015961001 810131015961 0137795961 mq_rahmat81@yahoo.com.my Batu Pahat Learning Centre

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP,SIMPANG RENGGAM,JOHOR KERTAS KERJA PERTANDINGAN MINI BOLA BALING TARIKH : 14 & 15 NOVEMBER 2013 HARI : SABTU & AHAD TEMPAT : PADANG SEK.KEB.SERI MACHAP ANJURAN : KELAB SUKAN & PERMAINAN SK.KEB SERI MACHAP KEJOHANAN TERTUTUP BAWAH 11 TAHUN LELAKI PERTANDINGAN MINI BOLA BALING 2013 SK.KEB SERI MACHAP

KANDUNGAN

Perkara

Halaman

PENGHARGAAN PENGENALAN TUJUAN & OBJEKTIF TARIKH,TEMPAT & MASA KUMPULA SASARAN AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN BILANGAN PASUKAN & PEGAWAI

1 2 3

JADUAL PERTANDINGAN

AHLI JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PERALATAN SISTEM PERTANDINGAN ANGGARAN PERBELANJAAN PENUTUP RUMUSAN RUJUKAN

6 7-10 11-16 17 18 19 20 21

PENGHARGAAN Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa En.Shahreen yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan tugasan ini. Begitu juga buat GPK Koko di sekolah saya En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. Salam hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...

1.0 PENGENALAN Sukan Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan untuk kecemerlangan SK.Seri Machap. Namun begitu, SK.Seri Machap agak ketandusan bakat muda atau pelapis bagi sukan ini bagi peringkat bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Menyedari akan hakikat ini, Kelab Sukan dan Permainan SK.Seri Machap, telah mengambil insiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan Kejohanan Pertandingan Bola Baling Mini peringkat dalaman sekolah. Pencapaian sukan Bola Baling SK.Seri Machap di peringkat Zon Simpang Renggam dan Daerah Kluang adalah agak baik. Pada Tahun 2011 pasukan lelaki bawah 12 tahun telah menjadi johan peringkat zon dan naib johan di peringkat daerah. Pada tahun 2012 pasukan lelaki telah menjadi naib johan di peringkat MSSD Kluang dan pada tahun ini 2013 juga menjadi naib johan di peringkat zon dan daerah. Pencapaian yang lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan diperingkat sekolah. Menyedari potensi ini Kelab Sukan dan Permainan SK.Seri Machap berinisiatif menganjurkan kejohanan ini. Kejohanan Pertandingan Bola Baling Mini ini juga dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

Graf pencapaian Sukan Bola Baling Sk.Seri Machap

Graf pencapaian

kedudukan

JOHAN

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN

2011

2012

2013

2.0 TUJUAN Penganjuran pertandingan ini diadakan adalah untuk menyediakan muridmurid bawah 11 tahun supaya mendapat pengalaman dan kemahiran dalam permainan bola baling sebelum terlibat dengan permainan dan pertandingan sebenar. Melalui penganjuran ini juga ia dapat menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal selain dapat melahirkan insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Penganjuran pertandingan ini juga akan membantu mengatasi masalah displin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid dan bersikap positif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

3.0 OBJEKTIF Penganjuran pertandingan ini, secara langsung dan tidak langsung adalah untuk tujuan berikut: i. Memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan bola baling khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif; Membangunkan program sukan bola baling ke arah meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan sekolah di peringkat tertinggi; Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan bola baling untuk digilap mewakili sekolah dan ke tahap yang lebih tinggi; Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola baling; Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Machap; Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan; Mencapai saranan rekabentuk Modul Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Sukan) iaitu melaksanakan aktiviti kesukanan yang berasaskan semangat pertandingan
6

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

dan kecergasan fizikal bagi membangun elemen murid yang ceria, mencabar, menarik dan bersifat penjelajahan untuk memberikan inovasi dan kreativiti viii. dalam pembaharuan, peningkatan dan kualiti serta bersifat berterusan dalam membangunkan sukan negara; Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah;

ix.

4.0 TARIKH,TEMPAT DAN MASA Tarikh Tempat Masa : 14-15 November 2013 : Padang Sekolah Kebangsaan Seri Machap : 8.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu) 8.00 pagi - 1.00 petang (Ahad)

5.0 KUMPULAN SASARAN 80 murid tahun 4 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Machap.

Kumpulan Sasaran
60 50 40 30 20 10 0 TAHUN 5 TAHUN 4

6.0 AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN 6.1 Bola baling 5 sebelah (lelaki)

7.0 BILANGAN PASUKAN DAN PEGAWAI Bilangan pasukan : 20 pasukan Bilangan pegawai : 12 orang
7

8.0 JADUAL PERTANDINGAN JADUAL PERTANDINGAN MINI BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN LELAKI SK.KEB.SERI MACHAP

Hari / Masa Sabtu ( 14 Nov 2013 )

8.00am9.00am

9.15am-12.00pm

12.00pm-2.00pm

2.30pm-6.00pm Perlawanan peringkat kumpulan

Pendaftaran Perlawanan pasukan dan peringkat taklimat sistem kumpulan pertandingan

Rehat

Hari / Masa

8.00am 8.45am Perlawanan separuh akhir pertama

9.00am9.45am Perlawanan Separuh akhir kedua

9.45am10.30am

10.45am-12.00pm

12.15pm1.00pm Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

Ahad (15 Nov 2013 )

Rehat

1. Perlawanan tempat ketiga dan keempat 2. Perlawanan akhir

9.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN MINI BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN ANJURAN KELAB SUKAN & PERMAINAN SK.KEB.SERI MACHAP Penasihat En.Mazlan bin Othman ( Guru Besar ) Pengerusi En.Mazlan bin Ahmad ( Penolong Kanan KO-Kurikulum ) Timbalan Pengerusi Pn.Hjh Maznah bt.Abdullah Setiausaha En.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman Bendahari Pn.Noorazreena bt Bahari AHLI JAWATANKUASA KECIL Pengurus pertandingan Displin & Keselamatan Persiapan padang Pengadil Peralatan Hadiah & Cenderamata Siaraya Makanan & Minuman Rayuan & Bantahan : En.Mohd.Aminnudin bin Sayuti : En.Tuan Rozaimi bin Tuan Rani : En.Mohd.Fadzli bin Aman : En.Mohd.Faizal bin Saim : En.Mahathir bin Dahuri : Pn.Haniesah bt Embong : En.Ahmad Sobri bin Ahmad : Pn.Sahidatulseha bt Samaon : En.Norazman bin Mohaimin

10.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 10.1 i. ii. iii. iv. v. Penyertaan, Pendaftaran dan Status Pemain Setiap pasukan boleh menyenaraikan 7 orang pemain sahaja. 5 pemain di atas padang dan 2 pemain simpanan. Setiap pemain hendaklah berumur 11 tahun ke bawah. Hanya murid dari Sek.Keb.Seri Machap sahaja boleh bermain,tidak dibenarkan menyenaraikan pemain dari luar Sek.Keb.Seri Machap. Jika berlaku perlanggaran syarat (iii) di atas pasukan yang berkenaan boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut terbatal. Pakaian Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa atau seragam. Penjaga gol hendaklah memakai baju yang berlainan warna daripada pemain-pemain gelanggangnya dan pemain pasukan lawan.Jika terdapat dua pasukan yang mamakai warna jersi yang sama,maka pasukan yang namanya disebut dahulu dikehendaki menukar dengan memakai bip yang disediakan oleh pihak sekolah. Sistem Pertandingan Pertandingan terdiri daripada 20 pasukan 20 Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasukan. Setiap kumpulan mengandungi 10 perlawanan. Untuk perlawanan dalam liga masa bagi setiap perlawanan adalah 7 minit tanpa rehat bagi setiap separuh masa. Masa pertukaran adalah 7 minit sebelum perlawanan seterusnya diteruskan. Pemberian mata adalah seperti berikut: Menang : 3 mata Kalah : 0 mata Seri : 1 mata Johan dan naib johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan kalah mati.

10.2

10.3 i. ii. iii. iv.

v.

vi.

10

Hari pertama (14 November 2013) Sistem liga KUMPULAN A A3 A4 A5

A1 A1 A2 A3 A4 A5

A2

Mata

Kedudukan

B1 B1 B2 B3 B4 B5

B2

KUMPULAN B B3 B4 B5

Mata

Kedudukan

C1 C1 C2 C3 C4 C5

C2

KUMPULAN C C3 C4 C5

Mata

Kedudukan

C1 C1 C2 C3 C4 C5

C2

KUMPULAN D C3 C4 C5

Mata

Kedudukan

11

Hari kedua (15 November 2013) Sistem kalah mati

1 JOHAN 2 NAIB JOHAN 3 JOHAN 4 NAIB JOHAN 5 JOHAN 6 NAIB JOHAN 7 JOHAN 8 NAIB JOHAN

JOHAN

i. ii.

iii.

iv.

v. vi. vii.

4 pasukan Johan dalam kumpulan akan membuat undian untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7. Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati. 2 pasukan naib johan dalam kumpulan akan membuat undian untuk ditempatkan di tempat 2 atau 4, jika pasukan johan kumpulannya telah membuat undian dan berada di tempat 5 atau 7.Manakala 2 pasukan naib johan yang lain akan mengundi untuk ditempatkan di tempat 6 atau 8 (pasukan naib johan setiap kumpulan perlu ditempatkan di kumpulan lain dari pasukan johan kumpulannya) Pasukan-pasukan yang menang dalam pusingan suku akhir akan mara ke pusingan separuh akhir untuk menetukan kedudukan johan, naib johan,ke-3 dan ke-4. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan bertanding dalam perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat ke-3 dan ke-4. Setiap perlawanan akan berjalan selama 20 minit setiap separuh masa dan rehat selama 5 minit untuk perlawanan separuh akhir dan akhir. Sekiranya mata perlawanan adalah seri, maka masa tambahan akan diberikan iaitu selama 10 minit. Jika keputusan masih seri, maka sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan diadakan.
12

10.4

Sistem balingan 7 meter i. ii. Tiap-tiap pasukan mengambil 3 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang seli oleh 3 pemain. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang seli dengan sistem sudden death Pengadil akan memutuskan gol dimana balingan 7 meter dijalankan. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam perlawanan akhir dibenarkan membuat balingan 7 meter kecuali pemain yang tidak layak (pemain yang disingkirkan atau digantung atau masa penggantungannya belum tamat). Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

iii. iv. v.

vi. vii. viii.

10.5 i. ii. iii. iv.

Pengadil Pengadil dan pembantu pengadil akan disediakan oleh pihak sekolah. Pemain yang menerima dua kad kuning secara automatik digantung satu perlawanan iaitu perlawanan berikutnya. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan permainan di dalam pertandingan tersebut. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau kekecohan di luar batasan permainan bola baling akan dikenakan tindakan dan tidak dibenarkan lagi bermain dalam pertandingan ini. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Lain-lain Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu adalah MUKTAMAD.

v. 10.6

13

11.0

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 11.1 Masa permainan Masa permainan adalah 10 minit bagi setiap separuh masa tanpa rehat (10 minit masa pertama dan 10 minit masa kedua dan 5 minit berhenti waktu rehat) 11.2 Ukuran saiz padang dan tiang gol

14

11.3

Memainkan Bola a. Pemain dibenarkan : Mengambil 3 langkah dengan bola. Memegang bola maksimum 3 saat. Menggelecek. Menjunam untuk mendapatkan bola. Pemain tidak dibenarkan : Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola. Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

b.

11.4

Menghadang Pihak Lawan Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.

15

11.5 Balingan ke Dalam Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 11.6 Balingan ke dalam di sudut Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 11.7 Balingan Percuma Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan. Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan). Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.

Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.

16

11.8

Balingan Gol Balingan ini diberikan apabila: bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol. bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang

17

18

11.3

Ketetapan Masa i. Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan oleh penganjur. ii. Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol. iii. Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 5 orang pemain tetapi adalah dikira sah jika terdapat 3 orang di atas padang ketika perlawanan akan dimulakan. Jika kurang pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma dengan mata dan jaringan yang sama seperti di perkara (ii).

11.4

Pertukaran pemain i. Setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran pemain bila-bila masa sahaja sewaktu perlawanan sedang berlangsung (tiada had pertukaran pemain) bagi satu-satu perlawanan. ii. Pemain yang telah diganti dibenarkan masuk semula untuk perlawanan tersebut.

11.5

Keputusan seri Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri 3 balingan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang dan jika masi seri tambahan 1+1 akan diberikan sehingga 5 pemain di dalam padang melakukan balingan penalti dan jika masih seri toss coin akan dilakukan sebanyak maksima 3 kali oleh pengadil pertandingan (toss coin dengan 2 kemenangan)

19

12.0

PERALATAN SISTEM PERTANDINGAN

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bib Bola (size 2) Payung besar Baku panjang Meja Kerusi Peti kecemasan Score board Jam randik

Peralatan

Jumlah 2 set 6 4 4 6 10 1 2 6 6 1 1 2 2 1

10. Wisel 11. PA System 12. Papan putih 13. Kad kuning 14. Kad merah 15. Haler

20

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS Pendapatan : Duit Ko-Kurikulum (Kelab & Persatuan) Butiran Medal pemenang 1,2,3,4 Kuantiti Hadiah & Cenderamata 28 4.00 112.00 112.00 Penyediaan padang & Stesyen Aktiviti Cat putih 50 liter Berus cat -Roller 1 2 Penyediaan bahan edaran Bahan bercetak 20 Makan & Minuman Makanan pegawai & pengadil x 2 hari Minuman peserta (balang air besar) x 2 hari Belanja Runcit Perbelanjaan runcit JUMLAH KESELURUHAN 284.00 20.00 20.00 12 1 3.50 10.00 84.00 20.00 104.00 0.10 2.00 2.00 40.00 3.00 40.00 6.00 46.00 Rm/Unit RM

21

PENUTUP Secara keseluruhannya,diharap pertandingan mini bola baling peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Machap pada tahun ini untuk semua murid lelaki darjah 4 dan 5 akan berlangsung dengan meriah,bersemangat dan berjaya mencapai matlamat dan sasaran untuk mencapai kecemerlangan.Adalah diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan ini dijalankan.Pencapaian yang lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling ini dijalankan secara berterusan setiap tahun di peringkat sekolah. Semoga Kertas kerja ini dapat diterima dan perlaksanaan program ini dapat dijalankan dan memberi manfaat untuk semua pelajar. Adalah diharapkan segala sokongan daripada semua guru dan pihak pentadbir dapat diberi demi untuk keseimbangan potensi anak-anak didik kita dari segi jasmani,emosi,rohani dan sosial dan seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam Ko-kurikulum.

22

RUMUSAN Seperti mana yang saya katakan pada ruang penghargaan, saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Disamping itu, saya juga dapat belajar sedikit-sebanyak tentang pengurusan sesuatu pertandingan dan penghasilan kertas kerja yang baik.Pada akhir tugasan ini, saya dapat memperolehi banyak ilmu tentang permainan mini bola baling, sejarah perkembangan bola baling, peraturan dan undang-undang bola baling secara lebih mendalam lagi. Tugasan ini telah menjadi jambatan penghubung diantara saya xx /

23

RUJUKAN Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human Kinetics, Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Ahmad Wati (1995). Siri Ke Arah Bintang Sukan Bola Baling.Goodmark Enterprise,Kuala Lumpur, Malaysia. http://www.academia.edu/4314119/KERTAS_KERJA_permainan_kecil http://sknamikedah.blogspot.com/2010/04/pertandingan-bola-baling-b12-peringkat.html http://downloadpdfz.com/pdf/kertas-kerja-pertandingan-bola-baling www.moe.gov.my/bsukan/images/.../bolabalingsr.pdf http://www.tutor.edu.com

24