Anda di halaman 1dari 5

AWASI TIPUDAYA ISLAM

HADHARI

‫السلم عليكم‬
َ‫ن ُكّلكِه َوَلكْو َككِره‬ِ ‫عَلكى الكّدْي‬َ ‫ظِهكَرُه‬ ْ ‫ق ِلُي‬
ّ ‫حك‬ َ ‫ن ال‬ ِ ‫سكْوَلُه ِبالُهكَدى َوِدْيك‬
ُ ‫ل َر‬ َ ‫سك‬
َ ‫ي َأْر‬ ْ ‫لك اّلكِذ‬
ِ ‫حْمكُد‬ َ ‫ال‬
‫س كّلْم‬
َ ‫ل َو‬
ّ‫ص‬َ ‫سْوُلُه الّلهّم‬ ُ ‫عْبُدُه َوَر‬
َ ‫حّمًدا‬ َ ‫سّيَدَنا ُم‬ َ ‫ن‬ ّ ‫شَهُد َأ‬
ْ ‫ل َوَأ‬ُ ‫ن لِإلَه ِإل ا‬ ْ ‫شَهُد َأ‬ْ ‫ن َأ‬َ ‫شِرُكْو‬ْ ‫الُم‬
‫ن …َأّمككا‬ ِ ‫ن ِإَلككى َيكْوِم الكّدْي‬
ٍ ‫سا‬
َ‫ح‬ ْ ‫ن َتِبَعُهْم ِبِإ‬ْ ‫حاِبِه َوَم‬ َ‫ص‬ْ ‫عَلى آِلِه َوَأ‬َ ‫حّمٍد َو‬ َ ‫سّيِدَنا ُم‬
َ ‫ى‬ َ ‫عل‬
َ ‫ك‬ ْ ‫َوَباِر‬
…‫ن‬ َ ‫سِلُمْو‬
ْ ‫ن ِإل َوَأْنُتْم ُم‬ ّ ‫ق ُتَقاِتِه َولتَمُْوُت‬ ّ‫ح‬ َ ‫ل‬ َ ‫ل ! اّتُقْوا ا‬ِ ‫عَباَد ا‬ ِ ‫َفَيا‬.....‫َبْعُد‬
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan
segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian


Firman Allah dalam ayat 34 surah al-Namlu :

‫قالت إن الملوك إذا دخلوا قرية أفسدوها وجعلوا أعزة أهلها أذلة وكذلك يفعلون‬
Maksudnya: Sesungguhnya raja-raja apabila mereka masuk menakluki sesebuah
negara maka mereka merosakkannya dan meletakkan golongan mulia di tempat
yang hina dan demikianlah mereka bertindak.
Kelemahan dan kemunduran umat Islam pada hari ini akibat sikap kita sendiri
yang banyak mengenepikan segala yang dianjurkan oleh Allah S.W.T dan rasulNya
melalui al-Quran dan hadis nabi s.a.w terutama dari segi budaya ilmu, kesungguhan
dalam berkerja dan disiplin ketika bertindak. Kita dapat lihat bagaimana
berkembangnya budaya ilmu dan kesungguhan serta disiplin dalam bekerja telah
meletakkan tamadun kebendaan barat begitu pesat maju sedangkan dunia barat
sebelum ini jauh terbelakang berbanding tamadun Islam itu sendiri. Runtuhnya
khilafah Islam Turki akibat terpedayanya umat Islam pada masa itu dengan laungan
kemajuan material barat sehingga mereka sanggup meruntuhkan suatu yang
berharga telah menyebabkan umat Islam sampai sekarang terus terkapai-kapai
mencari kemajuan material untuk turut bersaing dengan barat sedangkan dalam
masa yang sama tamadun rohani yang dipertahankan oleh umat Islam semakin
luntur dihakis oleh budaya mementingkan nafsu daripada wahyu.
Perancangan yang licik oleh musuh Islam telah menyaksikan bagaimana keruntuhan
system khilafah telah digunakan semaksima mungkin dalam menghancurkan
kesatuan umat Islam disamping merompak sebanyak mungkin ilmu yang dihasilkan
oleh tamadun Islam yang kemudiannya dibuang ruh Islam daripadanya sehingga
tamadun kebendaan barat kosong daripada tamadun rohani. Betapa malangnya
umat Islam bukan sekadar ditipu oleh barat yang mendakwa bahawa kebanyakan
ilmu itu merupakan hasil mereka sendiri malah umat Islam terus menerima ilmu itu
tanpa dihidupkan semula ruh Islam sehingga umat Islam turut menjadi hamba
kepada tamadun kebendaan dengan mengenepikan tamadun rohani. Akhirnya umat
Islam terus tertinggal dari segi tamadun kebendaan dan mula mengalami
kemerosotan dari segi tamadun rohani akibat kealpaan kita sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Sudah menjadi suatu agenda penting kepada sebarang penjajahan iaitu
memastikan setiap negara dan rakyat yang dijajah mesti terus dikuasai agar mereka
tidak bangkit menentang penjajah. Begitulah nasib yang menimpa hampir
keseluruhan negara umat Islam di mana mereka hanya merdeka dari segi pertukaran
kepimpinan tetapi perlembagaan serta pemikiran umat Islam terus terjajah sehingga
ramai di kalangan kita lebih suka berada di bawah system penjajah daripada kembali
menggunakan system Islam. Penjajahan perlembagaan dan pemikiran ini adalah
lebih merbahaya apabila ramai di kalangan umat Islam terpedaya sehingga
semangat dan kesedaran ke arah menentang kesesatan system jahiliah yang
bertentangan dengan Islam semakin menurun akibat tidak dapat membezakan
antara kebenaran dan kesesatan, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.
Namun begitu setiap kesesatan pasti akan berhadapan dengan kebenaran di mana
bangkitnya para ulama’ akhirat bersama pejuang Islam yang ikhlas berjuang dalam
mempertahankan kemurnian Islam serta berusaha menukarkan system jahiliah
kepada Islam. Pertembungan antara pemimpin umat Islam yang terus
mempertahankan perlembagaan dan system penjajah dengan rakyat yang
bersungguh-sungguh memperjuangkan system Islam telah mencemaskan kuasa
besar kuffar yang menyebabkan mereka bersungguh-sungguh berusaha dalam
melemahkan umat Islam daripada bangkit memperjuangkan Islam. Pelbagai cara
digunakan oleh kuasa besar kuffar samada dengan kekuatan mereka sendiri dalam
melakukan keganasan terhadap umat Islam sebagaimana penjajahan baru di
Afghanistan, Iraq serta keganasan di Palestin, Kashmir, Chechnya, Selatan Filiphina,
Ambon, Acheh, Selatan Thailand dan sebagainya.
Musuh turut menekan pemimpin umat Islam yang kebanyakannya merupakan anak
didik mereka agar turut menyiksa dan menyekat kebangkitan umat Islam.
Pertembungan antara pemimpin yang meletakkan nafsu lebih mulia daripada wahyu
dengan pejuang Islam yang mempertahan serta memperjuangkan Islam terus
berlangsung sehingga datangnya ketentuan daripada Allah. Renungilah sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

. ‫داَر‬ َ ‫ث‬ ُ ْ ‫حي‬ َ ِ ‫سلم‬ ْ ‫معَ ال‬ َ ‫دائ َِرة ٌ فَد ُوُْرْوا‬ َ ‫م‬ َ ‫سل‬ ْ ‫ن ال‬ ّ ِ ‫ َال إ‬: e ‫ل‬ ُ ْ ‫سو‬ ُ ‫ل الّر‬ َ ‫َقا‬
‫ن‬ ُ ْ‫سسي َك ُو‬ َ ‫ب َال‬ َ ‫وا الك ِت َسسا‬ ْ ُ‫ن َفلت ُفَسسارِق‬ ِ ‫فت َرَِقا‬ ْ َ ‫سسي‬َ ‫ن‬ َ ‫قْرَءا‬ ُ ‫ن َوال‬ َ ْ ‫سل‬
َ ‫طا‬ ّ ‫ن ال‬ ّ ِ ‫َال إ‬
‫م‬ ْ ُ‫موْه‬ ُ ُ ‫صسسي ْت‬َ َ‫ن ع‬ ْ ِ ‫م وَإ‬ ْ ُ ‫ضسسل ّوْك‬ َ َ‫م ا‬ْ ُ‫مسسوْه‬ ُ ُ ‫ن ا َط َعْت‬ ْ ِ‫ن ا‬ َ ْ‫ضسسل ّو‬ِ ‫م‬ ُ ‫مسسَراَء‬ َ ُ‫م ا‬ْ ‫كسس‬ ُ ْ ‫ع َل َي‬
‫ب‬ ُ ‫حا‬َ ‫صس‬ ْ َ ‫صسن َعَ ا‬ ْ َ ‫مسا ا‬ َ َ‫ ك‬: ‫ل‬ َ ‫ه؟ َقسا‬ ِ ‫ل اللس‬ َ ْ‫سسو‬ ُ ‫صن َعُ َيسا َر‬ ْ َ ‫ما ن‬ َ : ‫وا‬ ْ ُ ‫م َقال‬ ْ ُ ‫قَت َل ُوْك‬
‫س‬ُ ‫فس‬ ْ َ ‫ذي ن‬ ِ ‫ب فَوَ ال ّس‬ ِ ‫ش‬ َ ‫خ‬ َ ‫ن ع ََلى ال‬ َ ْ‫صل َب ُو‬
ْ ُ‫م ي‬ ْ ُ‫سي ْرِ وَه‬ ِ ‫مَنا‬ َ ‫شُرْوا ِبال‬ ِ َ ‫سى ن‬ َ ْ ‫عي‬ ِ
‫ه‬
ِ ‫ص سي َةِ اللس‬ ِ ْ‫مع‬ َ ‫حي َسساةٍ فِسسى‬ َ ‫ن‬ ْ ‫مس‬
ّ ‫خي ْسٌر‬َ ِ‫ت ِفى طاع َةِ اللسه‬ َ ٌ ْ‫مو‬ َ
َ ‫مد ٍ ب ِي َد ِهِ ل‬ ّ ‫ح‬َ ‫م‬ ُ
ّ ‫ج‬
‫ل‬ َ َ‫ع َّزو‬
Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama
Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan
berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan
kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka maka mereka akan
sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu.
Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda
baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka
digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya
maka mati kerana mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari
Allah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,


Kebangkitan rakyat yang cintakan Islam terus berlangsung walau pun
terpaksa berhadapan dengan pelbagai tindakan kejam daripada pemimpin. Tidak
terkecuali di negara kita apabila kecenderongan ke arah mengembalikan semula
system Islam cuba disekat dengan pelbagai cara. Bagi meredakan kebangkitan Islam
lalu terciptalah istilah Islam Hadhari di mana dari segi istilah pun sudah ada
kesilapan seumpama memanggil keretapi dengan api kereta. Sepatutnya jika
mengikut istilah arab digunakan Hadhorah Islamiah yang bermaksud kemajuan atau
tamadun berasaskan Islam sebagaimana usaha para ilmuan Islam sebelum ini yang
telah mengislamkan banyak ilmu daripada tamadun Yunani, Rom dan sebagainya
sehingga terbinanya suatu tamadun Islam yang selari antara kebendaan dan rohani.

Apabila istilah Islam Hadhari digunakan maka dari segi istilahnya secara zahir
telah bercanggah dengan aqidah Islam kerana memisahkan antara Islam dan
tamadun serta Islam terpaksa mengikut acuan tamadun samada barat atau
selainnya bukannya tamadun yang mesti mengikut kehendak Islam.
Sebenarnya istilah seperti ini yang memisahkan Islam dengan tamadun atau
memaksa Islam tunduk kepada kehendak kemajuan bukanlah suatu istilah dan
seruan yang baru kerana ia pernah dilaungkan oleh tokoh yang terlalu
mengagungkan tamadun kebendaan barat termasuk Bapa Peruntuh Khilafah iaitu
Mustafa Kamal at-Tartuk. Mustafa Kamal semasa melaungkan kemajuan tidak
menyatakan bahawa beliau mahu menghancurkan khilafah dan Islam malah beliau
turut mempergunakan ulama’ dalam menghalalkan cita-citanya. Inilah yang bakal
dihadapi oleh kita jika terlalu terpesona dengan Islam Hadhari terutama apabila
melihat kepada tiada sebarang perubahan besar kepada dasar negara terutama yang
melibatkan pembinaan tamadun rohani. Program hiburan dan maksiat semakin
meluas dalam merosakkan rakyat sedangkan program tarbiah semakin tertekan.
Malah melalui Program Latihan Khidmat Negara terus menyediakan program yang
hanya menekankan kekuatan fizikal dengan terabainya pembinaan rohani.
Penjenayah dilayan jauh lebih baik daripada rakyat terutama umat Islam yang
ditahan di bawah kezaliman ISA. Pergantungan kepada hasil haram terutama judi
dan arak terus berlangsung. Islam Hadhari tidak lebih daripada slogan untuk
menunjuk-nunjuk syiar tanpa melaksanakan syariat Islam. Islam Hadhari bertujuan
melemahkan semangat jihad dalam mengagungkan Islam kepada memuja tamadun
kebendaan barat. Islam Hadhari bermatlamat melahirkan umat Islam yang lebih
takut kepada ancaman musuh daripada bertaqwa kepada Allah S.W.T. Islam Hadhari
hendak menghasilkan masyarakat yang hanya melaksanakan system Islam yang
mudah serta sentiasa beralasan apabila ditekan agar melaksanakan system Islam
yang tidak selari dengan nafsu mereka. Islam Hadhari mahu melahirkan umat yang
lena diulik dengan kekayaan bukannya melahirkan manusia kaya jiwa dan harta
dalam memperjuangkan Islam. Ingatlah kita bahawa kemajuan tanpa mengikut
acuan Islam tidak membawa umat kepada kemuliaan sebaliknya kita akan terus
diselubungi dengan kemunduran dan penghinaan yang tidak berkesudahan. Oleh itu
marilah kita membina kembali tamadun Islam bukannya memaksa Islam mengikut
kehendak kemajuan.

Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran :


‫لتبلون فى أمولكم وأنفسكم ولتسمعن من الذين أوتسسوا الكتسسب مسسن‬
‫قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كسثيرا وإن تصسبروا وتتقسوا فسسإن ذلسك‬
‫من عزم المور‬
Maksudnya : Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu. Dan juga kamu
benar-benar akan mendengar daripada mereka yang diberikan Kitab sebelum kamu
dan daripada mereka yang menyekutukan Allah, gangguan yang banyak yang
menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang
demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

‫ن‬َ ‫مس‬ ِ ِ‫مسسا فِي ْسه‬ َ ِ‫م ب‬ْ ُ ‫ن العَظ ِي ْم ِ وَن َفَعَِني وَإ ِّياك‬ ِ ‫قْرآ‬ ُ ‫م ِفي ال‬ ْ ُ ‫ي وَل َك‬ ْ ِ‫ه ل‬ ُ ‫ك الل‬ َ ‫َباَر‬
‫ع‬
ُ ْ ‫مي‬ِ ‫سس‬ ّ ‫ه هُسوَ ال‬ ُ ‫ه إ ِن ّس‬ ْ ‫من ْك ُس‬
ُ ‫م ِتلوَت َس‬ ِ َ‫من ّسسي و‬
ِ ‫ل‬ َ ‫قّبس‬
َ َ ‫حك ِي ْسم ِ وَت‬ َ ‫ت َوالسذ ّك ْرِ ال‬ ِ ‫الَيا‬
‫ن‬ َ ‫مي‬ ْ ِ ‫سسسل‬ ِ ‫م‬ْ ُ ‫سسسائ ِرِ ال‬ َ ِ ‫م وَل‬ْ ‫كسس‬ُ َ ‫ي وَل‬ ْ ‫م ِلسس‬َ ‫ه العَظ ِْيسس‬ َ ‫فُر اللسس‬ ِ ْ‫سسست َغ‬ ْ ‫م َوا‬ ُ ‫العَل ِْيسس‬
‫ن‬َ ْ ‫فرِي‬ ِ ْ‫ست َغ‬
ْ ‫م‬ ُ ‫فُروْه ُ فََيا فَوَْز ال‬ ْ ‫ت َفا‬
ِ ْ‫ست َغ‬ ِ ‫مَنا‬ِ ْ ‫مؤ‬
ُ ‫ن َوال‬ ِ ْ ‫مؤ‬
َ ْ ‫من ِي‬ ُ ‫ت َوال‬ ِ ‫ما‬ َ ِ ‫سل‬ْ ‫م‬ ُ ‫َوال‬
‫ن‬
َ ْ ‫جاة َ الّتائ ِب ِي‬ َ َ ‫وََيا ن‬
Khutbah ini telah dibaca di Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh

Anda mungkin juga menyukai