Anda di halaman 1dari 8

1

KHUTBAH JUMAAT

RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH
(17 Januari 2014M / 15 Rabiulawal 1435H)


.
!! '_!9 % `.!> `9 ,>9!, 3, `! > 39 | `3. |
< ! ,.9 _{ l. < !=s !3>

.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wataala dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala
perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat.
Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk:
RASULULLAH Sallallahu Alaihi Wasallam KEKASIH ALLAH.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang
menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini.
Walaupun Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah meninggalkan
kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati setiap
umatnya yang beriman. Baginda sallallahu alaihi wasallam telah membawa
kepada kita risalah Allah dengan dua cara.

Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah subhanahu wataala
melalui wahyu Qurani; dan,
2
Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui
perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai
sunnah nabawiyah.

Kemuliaan akhlak Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang
dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan
ditaati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah subhanahu
wataala di dalam Surah at-Taghaabun ) `

, ( , ayat 12:
`-L < `-L 9 | `.9. !| ?s !9 _=,9 ,9
Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah
(sallallahu alaihi wasallam); maka kalau kamu berpaling, maka
sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah
Allah) dengan jelas nyata.

Bukti penegasan taat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ini
terdapat di dalam kalimah La ilaha illallah dan Muhammadur Rasulullah yang
menunjukkan bahawa Allah subhanahu wataala adalah Tuhan dan Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah Nabi kita. Penggunaan
kalimah La adalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan
Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam
wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain
daripada Allah subhanahu wataala. Ini merupakan syarat mutlak sahnya
kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah
kepada meng-Esakan Allah subhanahu wataala. Firman Allah subhanahu
wataala dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:
% < > < .9 9 $# 9 9` 9 3 `&! 2 >

3
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebarkan Islam ialah dengan
memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui
konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun
dalam pada itu, Baginda sallallahu alaihi wasallam juga sentiasa diancam
dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang
Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam.
Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu
agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka
mempengaruhi sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang
integriti untuk mengabaikan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam.

Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang
mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah
mentafsir Islam mengikut kepentingan individu dan hawa nafsu. Mereka
sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya
perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya
pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila
mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan
kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah
sehingga membawa kepada syirik!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk
4
mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam
memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid
syariah, maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima
perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin
mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat
Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan
menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah subhanahu
wataala berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:
%! | 3 _{ `!% =.9 '. 29 ` `-9!,
s 39 < ,)s `{

Maksudnya : Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan
Maulidul Rasul, marilah sama sama kita meningkatkan, atau mendalami
penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Marilah sama-sama kita
mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam dari sebarang penghinaan. Memberikan penghormatan,
sanjungan yang tidak berbelah bahagi, menumpukan segala kasih cinta dan
sayang kepada baginda, dan menjaga segala peninggalan baginda di dunia
ini.

Program sempena Maulidur Rasul yang saban tahun diadakan ini pada
dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk
5
mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar
menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala. Salah satu
pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya
menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di
dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah
seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam masih dikagumi musuh-musuh Islam.
Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita
menjadikan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai amalan
hidup dan mengelakkan diri dari perbuatan yang menyimpang dari sifat
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang sebenarnya.

Marilah kita menggunakan kesempatan dalam suasana aman dan harmoni di
negeri dan negara kita ini untuk mengamalkan sepenuhnya sunnah
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam kehidupan seharian. Sunnah
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam terutama sekali sirahnya, atau kisah
hidupnya dari semasa janinnya di dalam rahim, kelahirannya, semasa kecil
dan dewasanya, hinggalah peringkat pelbagai perjuangannya sampai akhir
hayat hendaklah dijadikan contoh dan asas dalam menjalani kehidupan
seharian sama ada sebagai anak atau ibubapa, suami atau isteri, pemimpin
atau rakyat, majikan atau pekerja, tua atau muda, pengguna atau peniaga
dan sebagainya. Semua ini mampu dicapai dengan semangat cintakan ilmu
pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan dan
menghayatinya dalam kehidupan. Sesungguhnya, orang yang mengamalkan
sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah orang yang cinta kepada
baginda, dan akan dikasihi oleh Allah subhanahu wataala. Firman Allah
subhanahu wataala dalam Surah Ali Imran, ayat 31:


6

=|

-|
% | `.. ,>. < `-,.! `3,,`>` < - /39 /3, < "s '>

Maksudnya: Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

`
,

, .

_
`

,.

`
_

, .

- .

'

, .

, .

'

,
.

.












7
KHUTBAH KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

'

.'

'

=
`
.


`
.'

'

, .

:,

- .

`
,

,
`

,
`

.
`
,

,
`

~'

.'

.,

= ,

,
`
' .


| < .6= =.` ?s ,9 !! %! ` =. =s =
!=`.

.
`
,

,
`

,
`

, .

- _

:`

- .


`
,

,
`

`
,

,`

-
`
.

, .

_'

`
,

, `

, .
`
,

,
`

-.

. .

:`

.

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan
muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun
yang telah meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan
ibu bapa dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan
kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat kelak.
8
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu
kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara
kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami
rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, teguhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami dengan budi
pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai,
lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang,
wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung
dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa
bertambah makmur dan berkat.

'

`
,

_`

-.


`
.

_ .

'

=
`
.

,
`

, .

= ,

, .

'

, .

'

= .

.,

, . ,

'

`
. .

Anda mungkin juga menyukai