Anda di halaman 1dari 7

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF Soalan Ujian Objektif 1. bentuk soalan Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel?

? ____________________ Berapa gramkah dalam 1 kilogram? _______________________________ 2. bentuk kenyataan

Perdana Menteri Malaysia yang keempat ialah _____________________________ Air menjadi pepejal pada suhu ____________________________ Item Ujian Objektif merupakan item respons tetap memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang disediakan. mengandungi pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Jenis-jenis Item Objektif 1. Item betul/salah Ikan paus ialah satu jenis mamalia Betul/Salah

2.

Kelantan terletak di pantai timur Semenanjung Betul/Salah

Item Padanan Item ini biasanya mengandungi dua kumpulan objek/perkara yang berkaitan. Calon dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/perkara yang berkaitan. Item Pengelasan Mengandungi dua kumpulan objek/perkara yang berkaitan. Calon dikehendaki memilih jawapan yang berkaitan dengan menulis huruf atau angka Contoh: Diberi senarai nama negara. Klasifikasi kepada dua kategori: negara Timur dan negara Barat

3.

4.

Item Aneka Pilihan Mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan. Pokok soalan itu boleh berbentuk soalan, ayat tidak lengkap, atau kenyataan dengan beberapa pilihan jawapan (jenis item cantuman). Harus mempunyai pokok soalan yang jelas dan pengganggu-pengganggunya adalah hampir sama dengan pilihan jawapan yang betul. (i) Item aneka pilihan berbentuk soalan. Contoh: Apakah eksport yang utama Malaysia?

A B (ii)

motosikal sayur

pendingin hawa D getah

Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap Contoh: Dia berusaha untuk _________________ semua syair yang ditulisnya. A B memberikan membukukan D C menghadiahkan menjualkan

(iii) Item Cantuman Contoh: (a) Jenis cantuman yang sesuai/tidak sesuai Biarlah dia ___________________ dari sini. I III pergi pulang II IV berlalu kembali

A I dan II sahaja sahaja B I dan III sahaja

C II, III dan IV D I, II, III dan IV

(b) Jenis urutan Susunkan haiwan-haiwan berikut supaya menjadi satu jenis rantai makanan I III A B katak burung helang IV II, I, IV & III II, IV, I & III II nyamuk ular C I, II, III & IV D II, III, I & IV

Panduan Pembinaan Item Objektif (a) Pokok soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami. bentuknya boleh ditulis dalam ayat soalan atau ayat yang tidak lengkap. Kesukarannya hendak mengikut aras kemahiran yang ditentukan dalam JPU. Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah dikurangkan atau dielakkan langsung. Jika bentuk negatif terpaksa digunakan perkataan seperti bukan atau tidak harus ditulis dalam bold atau digariskan. Rajah dan carta dalam pokok soalan mesti disertakan dengan tajuk yang berkaitan. (b) Pilihan jawapan hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan, misalnya, jika calon dikehendaki memberi satu angka dalam jawapan, maka semua pilihan jawapan harus ditulis dalam bentuk angka sahaja Elakkan ulangan perkataan yang sama dalam setiap pilihan jawapan Adakan bilangan pilihan yang berpatutan. Pastikan hanya ada satu jawapan pilihan yang betul sahaja. tulis pengganggu-pengganggu serupa dengan pilihan jawapan yang betul, jawapan pengganggu dibentuk seolah-olah diterima sebagai jawapan betul,

angka dalam pilihan-pilihan jawapan disusun mengikut turutan menaik di antara pilihan A, B, C dan D. Pengganggu seperti tidak ada jawapan atau semua di atas harus dielakkan atau dikurangkan. Pastikan semua pilihan jawapan disusun secara menaik (c) Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasanya diamalkan. Kelebihan-Kelebihan Ujian Objektif 1. Ia mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ia juga mempunyai ciri kebolehpercayaan kerana banyak item/soalan boleh ditadbirkan dalam masa yang berpatutan. Ia dapat menguji banyak topik atau bidang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran, mempunyai ciri kesahan. Item/soalan boleh meliputi aras kemahiran daripada peringkat pengetahuan hingga peringkat analisis. Calon-calon yang lemah penggunaan bahasanya juga boleh menjawab item/soalan objektif itu dengan mudah. Ujian objektif ini adalah mudah ditadbirkan serta mudah diperiksa, mempunyai ciri kebolehtadbiran.

2.

3. 4.

5. 6.

7.

Ujian objektif adalah lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif kerana ia dapat menguji banyak bidang dalam satu masa yang berpatutan, mempunyai ciri kebolehpercayaan. Keputusan-keputusan ujian objektif mudah ditafsirkan dengan analisis item supaya ujian yang berbeza kesukaran dapat dibina, mempunyai ciri kemudahtafsiran. Kelemahan-Kelemahan Ujian Objektif

8.

1.

Sukar membina item/soalan untuk menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti analisis, sintesis dan penilaian. Perlu menggunakan banyak masa dan perbelanjaan untuk membina item/soalan yang bermutu tinggi Menggalakkan calon yang tidak tahu menjawab meneka Ujian objektif adalah kurang sesuai digunakan dalam penilaian formatif. Ia tidak dapat menguji kemahiran calon menyusun dan menghuraikan ideanya dalam tulisan. Calon yang telah berlatih menjawab item/soalan objektif dalam tahun-tahun lain akan dapat

2. 3. 4. 5. 6.

meningkatkan prestasinya dalam ujian objektif yang diberi kemudian. 7. Calon yang bijak tidak harus belajar banyak. Mereka boleh menggunakan cara menolak pilihan yang dianggap salah dan meneka pilihan yang berkemungkinan betul.

Soalan Tutorial 15:

Apakah penggunaan JPU/JSU?


Soalan Tutorial 16:

Bincangkan kesesuaian soalan objektif dalam pengujian di pendidikan tinggi.

Anda mungkin juga menyukai