Anda di halaman 1dari 2

Bakal suamiku Khairul Fikri Bin Fathul Rahman,

Aku menulis sesuatu ini bukan untuk ditatap ribuan mata, Cukuplah kamu sahaja yang membuka mata, membaca setiap kata yang cuba untuk aku cerita. Aku menulis kerana aku bukan penutur bahasa cinta yang seperti dalam drama swasta mahupun Korea.

Sudah aku katakan sejak lama dulu, Tak perlu bertanya hal-hal yang tak mudah untuk dicapai logikalmu. 'Kenapa awak pilih saya?', Dan pernah suatu kali kau tanya, aku hanya tersenyum saja. Kerana ternyata, fikiran aku pun rancak bertanya-tanya. Sampai saat yang sangat lama, aku masih belum bertemu jawapannya.

Hanya satu yang aku tahu, Aku ingin hidup bersamamu, bukan kerana aku takut hidup sendirian sahaja. Aku ingin hidup bersamamu, bukan kerana aku tidak mampu bertemu seseorang yang memenuhi kriteriaku. TIDAK. Kerana kamu pasti tahu bahawa cinta dan takdir, Sama sekali bukan seperti kriteria pasangan impian di masa kecil.

Aku ingin hidup bersamamu, kerana aku tidak mampu berfikir siapa yang layak selain kamu. Aku ingin hidup bersamamu, kerana aku tahu hatiku selalu berkata tidak pada yang lain, yang berkata ya pada dirimu. Aku ingin hidup bersamamu, kerana hanya itu yang mampu kubayangkan tentang masa depanku. Cukup kamu.

Bila satu itu kita, maka setengah bahagiaku ada padamu dan setengah bahagiamu ada padaku.

Anda mungkin juga menyukai