Anda di halaman 1dari 2

PROSA KLASIK Genre prosa klasik merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini

telah dibukukan. Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi. Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan. Sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan. Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak luas merangkumi sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang. Terdapat empat (4) jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai, cerita sejarah, epik Hindu dan epik Melayu. Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup. Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktur ayatnya. Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif (bercerita). Namun demikian, ia menggunakan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan. Prosa klasik turut menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun. Watak-watak prosa klasik lazimnya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.

Cerita Berbingkai a. Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk. Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi. b. Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair. c. Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.

Mitos a. Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya. b. Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat. c. Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang. d. Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi. e. Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas. Legenda 1. Legenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda

biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa. 2. 3. Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat. Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik

golongan bangsawan secara halus.

Epik 1. Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam

sejarah. 2. 3. Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa. Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari

segi sejarah. 4. 5. Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini. Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.

Anda mungkin juga menyukai