Anda di halaman 1dari 4

Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah 1.

Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran . Sesi Warming Up

Sesi Demonstrasi

Sesi Pengaplikasi

2. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di dalam bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan. Dalam kelas Pendidikan Jasmani tersebut, tidak ada bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah.

3. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Dalam kelas pendidikan Jasmani ini, tidak ada bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Mereka hanya mendengar arahan guru, melihat demonstrasi guru, cuba untuk melakukan kemahiran yang diajar, dan akhir sekali mengaplikasi. Oleh kerana pada hari tersebut, murid-murid belajar tentang kemahiran servis dan kemahiran menyangga bola, alat bantu yang digunakan adalah bola tampar. 4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT? Dalam kelas Pendidikan Jasmani tersebut, tidak ada penggunaan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT. 5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Guru sentiasa memberi bimbingan dan galakan kepada murid-murid dalam kelas tersebut. Namun, ramai murid yang tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran guru pada kelas tersebut. Oleh itu, hanya segelintir murid yang melibatkan diri secara aktif dalam kelas tersebut. 6. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Dalam kelas tersebut, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka terbahagi kepada 4 kumpulan: merah, hijau, biru dan kuning.

Anda mungkin juga menyukai