Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

KERTAS CADANGAN
PENGANJURAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN SUKANEKA

BERTEMPAT
GYMNASIUM IPG.KAMPUS PERLIS

PADA
03 MAC 2012

ANJURAN
PISMP SEMESTER 5 PENGAJIAN SOSIAL

DENGAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

PERMAINAN SUKANEKA TRADISIONAL PERINGKAT IPG KAMPUS PERLIS

PJM3112

1.0 Tujuan Dengan menyediakan kertas cadangan ini, guru-guru pelatih PISMP peringkat IPG Kampus Perlis berkeupayaan untuk merancang satu penganjuran dan pengelolaan permainan sukaneka pada masa depan semasa berkhidmat di sekolah nanti. Selain itu, guru-guru pelatih dapat menimba pengalaman dan pendedahan yang lebih teliti melalui aktiviti-aktiviti sukaneka tersebit terutamanya dalam aspek pelaksanaan dan seterusnya juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

2.0 Pengenalan Sukaneka merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tunjang perkembangan fizikal dan kesihatan. Permainan sukaneka bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria serta dapat memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif. Program ini juga selaras dengan kehendak kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3112).

3.0 Objektif Bagi memenuhi kehendak kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, guru-guru pelatih dapat: i) Memantapkan kebolehan dan kemampuan dalam merancang dan

mengelolakan aktiviti sama dalam bentuk kumpulan atau individu ii) Melaksanakan aktiviti sukan dengan lancar dan sistematik sepanjang proses tersebut iii) Mewujudkan sifat motivasi diri dan tanggunjawab dalam disiplin kendiri guru pelatih di samping memupuk nilai bekerjasama serta saling membantu iv) Menjadi seorang guru yang serba boleh, berkeyakinan dan berdedikasi dalam tugas untuk mengecapi hasrat guru minda kelas pertama

PJM3112 Manakala kanak-kanak dapat: I. II. Menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang sukan ini Menyemai sikap rajin berusaha dan bersaing secara sihat dan bersungguhsungguh III. Melalui perkembangan sosioemosi berinteraksi serta membentuk

perhubungan sosial yang sihat IV. Melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan semangat kesukanan serta bekerjasama dalam satu kumpulan.

4.0 Tarikh dan Hari 03 Mac 2012 (Sabtu)

5.0 Tempat Gymnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis

6.0 Anjuran PISMP Semester 5 Pengajian Sosial dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

7.0 Tetamu Kehormat Encik Badrul Zaman Bin Abdul Latiff Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perlis

8.0 Penyertaan dan Maklumat Peserta PISMP SEM 5 PENGAJIAN CINA

PJM3112 9.0 Atur Acara Program Masa

10.30am

: :

Ketibaan peserta sukaneka Ketibaan tetamu jemputan

10.35am

Taklimat peraturan sukaneka (Ajk Peraturan dan Kehakiman)

10.40am 10.45am

: :

Memanaskan badan dengan Tarian Chicken dance Permulaan acara sukaneka

11.25am

: :

Menyejukkan badan dengan Tarian Hokey Pokey Penyampaian Hadiah

11.30am

Bersurai

PJM3112

10.0 Jawatankuasa Kerja 11.1 Pengerusi Koong Li Wen 11.2 Naib Pengerusi Ling Siew Ing 11.3 Setiausaha James Ting Sing Tung 11.4 Naib Setiausaha Bong Jee Chien 11.5 Bendahari Sharon Lee Ying Ching

PJM3112

11.0 Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan

NO Hamper 1 2 Alatan

PERKARA

Bilangan 3

Harga RM 10 X 3 = RM 30 RM10 RM40

JUMLAH

PJM3112 12.0 Cadangan 12.1 Senarai Alatan BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PERALATAN YANG DIGUNA Radio Tali lompat Bola ping pong Cawan kertas Bangku panjang Benang dan jarum Pelbagai jenis bola Skital Papan KUANTITI 1 1 2 8 1 1 4 5 10

PJM3112 12.2 Prosedur Pelaksanaan Sukaneka Bahagian / Masa Permulaan ( 5 minit ) Aktiviti 1. 2. 3. 4. Kehadiran Kesihatan Pakaian Memanaskan badan. Bentuk Pengajaran Memeriksa kehadiran murid. Bertanya khabar bagi memastikan kesihatan murid berada dalam keadaan baik. Murid yang tidak sihat diasingkan daripada melakukan aktiviti. Meneliti pakaian murid yang pakai adalah bersesuaian untuk menjalani aktiviti. : Guru : Murid Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Aktiviti ini dijalankan secara bersama dalam kumpulan. Guru akan membimbing murid untuk menari Chicken Dance sebagai aktiviti memanaskan badan.

PJM3112 Station 1 (10 minit) Melompat tali melepasi jarak sekurang-kurangnya 2 meter dan meniup bola ping pong yang diletak atas meja. Murid dikehendaki melompat tali secara bergilir-gilir melepasi jarak sekurangkurangnya 2 meter . Selepas itu, murid akan berlari ke arah meja dan meniup bola ping pong yang diletak dalam cawan kertas yang mengandungi air. Murid dikehendaki meniup bola ping pong tersebut dari cawan kertas yang pertama sehingga ke cawan kertas terakhir yang disusun dalam satu barisan. Murid yang berjaya melakukannya akan mendapat 2 markah.

2m

: bola ping pong yang diletak dalam cawan kertas yang mengandungi air.

PJM3112 Station 2 (10 minit) Berjalan di atas bangku panjang selepas melakukan pusingan sebanyak tujuh kali dan memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Murid dikehendaki melakukan pusingan sebanyak tujuh kali di satu tempat yang sama. Selepas itu, murid akan berlari ke arah bangku panjang dan berjalan di atas bangku tersebut. Murid dikehendaki memasukkan benang yang disediakan ke dalam lubang jarum. Murid yang berjaya akan mendapat 2 markah.

: benang yang perlu dimasukkan ke dalam lubang jarum.

PJM3112 Station 3 (10 minit) Berjalan, melompat atau berlari ke arah skital secara berselang-seli dengan mengepit bola menggunakan lutut mengikut saiz yang berbeza dan melontar bola itu ke dalam kotak. Murid dikehendaki memilih saiz bola yang telah disediakan dan setiap bola mempunyai markah tertentu. Selepas itu, murid boleh menggunakan cara berjalan, melompat atau berlari ke arah skital secara berselang seli dengan mengepit bola yang dipilih menggunakan bahagian lutut. Setelah murid sampai ke skitel yang terakhir, murid perlu melontar bola yang dikepit supaya bola itu memasuki kotak yang disediakan. Murid yang berjaya memasuki bola akan diberi markah mengikut saiz bola yang dipilih.

: Bola mempunyai saiz yang berbeza dan mempunyai markah tertentu.

: Murid perlu melontar bola ke dalam kotak ini

PJM3112

Station 4 (10 minit)

Menendang papan yang telah digantung pada ketinggian yang berbeza.

Murid dikehendaki berlari ke arah skital secara bergilir-gilir melepasi jarak 2 meter. Selepas itu, murid akan menendang 10 papan yang telah digantung pada ketinggian yang berbeza. Setiap papan yang berjaya ditendang oleh murid akan mendapat 2 markah.

2m

: Papan yang digantung akan mengikut ketinggian yang berbeza. :Papan

PJM3112 Penutup (5minit) Menyejukan badan Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Guru akan membimbing murid untuk menari Hokey-pokey sebagai aktiviti menyejukan badan.

:Guru :Pelajar

PJM3112 12.3 Sistem Pertandingan Liga 1 kumpulan Terdapat 4 pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan .Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

Pasukan Stesen 1 2 3 4 Jumlah

Merah

Ungu

Biru

Kuning

Peraturan Am Pertandingan Sukaneka (i) Kelayakan - Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus PISMP SEM 5 ,Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112). - Pelajar-pelajar dari IPG Kampus Perlis. Keselamatan - Peserta yang melakukan perbuatan atau tingkah laku yang akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta lain dikira batal kelayakan sebagai peserta. - Peserta perlu menjaga keselamatan kemudahan dan peralatan yang disediakan. Pakaian - Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai dengan aktiviti yang disediakan. - Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus baju sukan oleh Jawatankuasa maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. Bantahan - Keputusan markah yang diberi oleh pengadil adalah muktamad selaras dengan peraturan pertandingan sukaneka yang berkenaan.

(ii)

(iii)

(iv)

PJM3112 13.0 Pengesahan Kertas Kerja

Disediakan oleh,

.................................................... (JAMES TING SING TUNG) Setiausaha, Program Penganjuran dan Pengelolaan Permainan Sukaneka, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis.

Disemak dan disahkan oleh,

.................................................. (KOONG LI WEN) Pengerusi Sukaneka, Program Penganjuran dan Pengelolaan Permainan Sukaneka Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis.

Diluluskan oleh,

.................................................. (BADRUL ZAMAN BIN ABDUL LATIFF) Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis