KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA PENGERTIAN SEJARAH Sejarah merupakan fakta yang tepat dan benar. Fakta sejarah merujuk kepada, peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh sesuatu peristiwa. Fakta sejarah hendaklah benar, iaitu dapat dibuktikan kesahihannya dan tidak direkacipta. Fakta sejarah juga hendaklah tepat, iaitu tidak ditokok tambah. Fakta-fakta sejarah perlu dapat dipertanggungjawabkan. Contoh-contoh peristiwa yang tepat dan benar ialah pengaistiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 2001(Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar,2009: 3) Menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1989, sejarah bermaksud asal usul, salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau. Herodotus yang digelar Bapa Sejarah Moden pula memperkatakan bahawa sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar,2009: 2) Abdul Rahim Abdul Rashid (1989) menyatakan perkataan sejarah berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud mengkaji, menyiasat dan melakukan penyelidikan terhadap peristiwa zaman silam. Masudi, sejarawan Islam pada kurun ke sepuluh, menyatakan sejarah adalah catatan yang di dalamnya terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia dan merupakan sains yang paling mulia. (Ismail Said, 2010:1) Ibnu khaldun menjelaskan, sejarah merupakan catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia dan tamadun manusia. Sejarah mengandungi catatan masyarakat manusia atau peradaban dunia, perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu, revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya sehingga menyebabkan terbentuknya sesebuah kerajaan dan negara. (Ismail Said, 2010:1) SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA MALAYSIA Sejarah telah menunjukkan bahawa selama ratusan tahun tanah air kita ini telah dijajah oleh penjajah iaitu kuasa asing yang bemula dengan penjajahan Portugis di Melaka tahun 1511, diikuti Belanda pada tahun 1641 dan seterusnya British sejak 1786 dan berakhir pada 31 Ogos 1957 (Zulhilmi Paidi, Rohani Ab. Ghani, 2003:1) bersamaan tarikh kemerdekaan dan kembalinya tampuk pemerintahan kepada rakyat negara ini. Sejarah menjelaskan bahawa negara Malaysia berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi. Perkembangan ekonomi telah membawa kepada pelbagai perubahan di negara ini. Perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat telah membawa kepada perkembangan negara. Perkembangan yang pesat dalam kemudahan asas seperti sistem perhubungan dan pengangkutan merupakan perubahan yang diusahakan oleh British untuk memudahkan mereka memunggah hasil bumi di Tanah Melayu. Pembinaan sistem perhubungan seperti jalan keretapi telah membawa buruh dari luar ke negara ini. Ini menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan tertentu terutama di kawasan bandar. Akibat pertambahan penduduk
1
Orang-orang Melayu pula perlu benar-benar memahami dan sedar bagaimana negara Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Orang Melayu perlu tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil suatu hari nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri. Sekarang ini, di mana-mana pelusuk negara ini kita dapat lihat pelbagai etnik bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan juga bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi mereka adalah etnik dan bangsa lain yang dahulunya sangat asing bagi kita dan hanya dapat dilihat di kaca televisyen sahaja. Tidak mustahil mereka ini akan mendapat hak kewarganegaraan. Mahukah kita rakyat Malaysia melepaskan negara ini kepada mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu memahami susur galur atau rentetan sejarah pembentukan Malaysia. Kemajuan dan kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu. Selama 446 Tanah Melayu dijajah sejak penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 24 Ogos 1511. Ini bukanlah satu tempoh masa yang singkat dan stigma penjajahan sebenarnya telah agak sebati dengan jiwa rakyat baik dulu mahupun sekarang.( Mila:2008 ) Setiap tahun kita meraikan kemerdekaan negara. Namun dalam kalangan kita rakyat Malaysia sekiranya ditanya tentang maksud kemerdekaan pasti ramai yang tercengang-cengang dan kelu lidah seribu bahasa. Hanya sebahagian daripada kita sahaja yang boleh menjawab pengertian kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotisme. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak tertentu terutama ibu bapa, para pendidik dan para pemimpin untuk menyemaikan semangat patriotisme di jiwa rakyat Malaysia. Ini sudah tentu melalui pengetahuan tentang sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan dan sistem pemerintahan Malaysia. Kemerdekaan bermaksud kebebasan, kedaulatan dan keharmonian yang dikecapi oleh rakyat dan negara. Kita bebas dan berdaulat dari segi pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebagai rakyat Malaysia kita menjalani kehidupan dengan harmoni, dalam keadaan aman damai dan alam sekitar yang indah dan nyaman. Tanpa semangat patriotisme yang tinggi tidak mungkin kita mampu memberikan pengertian kemerdekaan yang jelas dan tepat. Hakikatnya banyak sumber rujukan yang kita boleh perolehi dengan mudah. Sumber yang paling mudah adalah di internet. Namun begitu dalam melayari internet kita perlu berhati-hati kerana artikel-artikel yang kita perolehi dan baca di internet bukan
4
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengisytiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, MAGERAN telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sebahagian orang Melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei ) Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Di antara tindakan yang diambil ialah membentuk satuRukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP. KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA. Proses pembinaan Negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui dengan penuh kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu. Bukan sahaja kesulitan dalam mencapai kemerdekaan dan merebut kembali hak yang dirampas oleh penjajah, malah selepas merdeka Malaysia perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan oleh penjajah serta mengagih secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar pecah dan perintah British. Sejarah perkembangan negara boleh dijadikan pedoman dan dalam masa yang sama memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang kesan daripada peristiwa yang sudah berlaku. Sejarah memberi banyak pengajaran yang berkait rapat dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara. Sejarah terbukti mampu membentuk jati diri bangsa dan negara. Sikap dan semangat patriotisme juga dapat disemai dan disuburkan dalam jiwa anak bangsa. Tanpa pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah, kita mungkin akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah berlaku di masa lalu. Negara sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai tahap negara maju, elemen patriotisme dan nilai murni adalah sangat mustahak ditekankan kerana negara yang maju dan bertamadun akan dianggap tidak lengkap dan
8
Unsur terakhir dalam gagasan Satu Malaysia ialah prinsip meritokrasi. Meritokrasi bermaksud keistimewaan kecemerlangan. Boleh juga disebut sebagai tingkat kecemerlangan. Ramai orang mencapai prestasi cemerlang tetapi meritnya berbezabeza, ada tahap tertentu. Meritokrasi bukan sahaja satu prinsip yang mulia, tetapi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kecemerlangan sebenar. Amalan pengiktirafan atau penghargaan penilaian melalui meritokrasi akan menjana peningkatan mutu hasil pengeluaran dan pencapaian. Semua pihak akan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik. Semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tertentu. Hasil pengeluaran yang sentiasa dijaga mutunya, akan meningkatkan kepuasan pengguna dan imej negara. PENUTUP Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu mempelajari sejarah perkembangan negara agar kita mempunyai pengetahuan dan memahami betapa sukarnya pemimpin terdahulu membina negara ini. Di samping itu, pengetahuan tentang sejarah perkembangan negara juga menyedarkan kita betapa pemimpin-pemimpin kita bertungkus-lumus meneruskan perjuangan ke arah kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Kita juga dapat melihat betapa pentingnya pengetahuan sejarah perkembangan negara dalam pembinaan negara. Kita tidak akan bertanya apa yang negara dapat berikan kepada kita, tetapi kita akan berusaha keras agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembinaan dan pembangunan negara seiring dengan hasrat kerajaan.
12