Anda di halaman 1dari 22

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

LARAS BAHASA
EDU 3106 P E N S YA R A H : P N H J H H A L I M AH B I N T I H J J A N TA N
DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUNNISA WAIMIN NOOR SHARINA MOHAMMED ZUHAIR NOR ADILAH ALI

APA ITU LARAS BAHASA?


Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu

bahasa. Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan atau bahasa penulisan. Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Ciri laras bahasa yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.

Sesuatu laras digunakan dalam keadaan /situasi

yang tertentu. Laras bahasa juga bergantung pada latar belakang audiens dan budaya. Terdapat beberapa laras bahasa yang perlu diberikan penekanan semasa guru berkomunikasi dan murid. Penggunaan laras bahasa yang mudah akan memudahkan guru berkomunikasi dengan murid.

JENIS LARAS BAHASA


Laras bahasa biasa Laras bahasa akademik Laras bahasa sastera Laras bahasa agama Laras bahasa sukan Laras bahasa sains Laras bahasa rencana Laras bahasa iklan/ perniagaan Laras bahasa media massa Laras bahasa undang-undang Laras bahasa ekonomi

LARAS BAHASA BIASA

Laras bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak

membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Laras bahasa tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa bahasan Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Guru boleh gunakan laras bahasa komunikasi seharian dengan murid supaya komunikasi lebih berkesan.

LARAS BAHASA AKADEMIK

Laras bahasa akademik adalah bersifat ilmiah,

formal dan objektif. Laras bahasa ini menunjukkan kematangan dan keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Istilah yang digunakan bersifat khusus dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja. Ayat yang digunakan sempurna dari segi kestabilan, kelenturan kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan maksudnya.

Guru

perlu mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang lebih khusus. Guru juga boleh menerangkan laras bahasa penulisan seperti nota kaki, bibliografi dan indeks. Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa laras seperti laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Oleh itu semasa kita berkomunikasi dengan murid, guru haruslah mengambil kira tahap kognitif murid.

LARAS BAHASA SASTERA


Seperti laras bahasa lain, laras bahasa sastera juga

mementingkan istilah- istilah yang khusus. Apabila berbicara tentang kesusateraan, kita sebenarnya membincangkan tentang aspek seperti tema, kronologi, sonifikasi dan metafora. Laras bahasa sastera bersifat lebih kreatif. Ayat yang digunakan lebih puitis dan bersifat komunikasi. Guru perlu mementingkan pemilihan diksi, ayat tersirat, hiperbola dll.

LARAS BAHASA AGAMA


Laras bahasa agama boleh digunakan semasa guru

membincangkan isi agama terutamanya dalam pelajaran agama. Dalam laras bahasa ini terdapat istilah kata pinjaman dan terdapat rujukan untuk mengukuhkan hujah.

LARAS BAHASA SUKAN


Laras bahasa sukan pula boleh digunakan semasa

guru mengajar pendidikan jasmani. Laras ini bertujuan untuk menyampaikan tentang sukan. Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan jelas.

LARAS BAHASA SAINS


Laras bahasa Sains

Laras

bahasa sains mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan. Laras bahasa ini gunakan istilah teknologi.
Contohnya: sel-sel merembes keluar.

Guru haruslah jelaskan dengan lebih jelas semasa

menggunakan laras bahasa sains.

LARAS BAHASA RENCANA


Laras bahasa rencana bersifat umum.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan pelbagai

ilmu dan idea tentang sesuatu isu. Laras bahasa ini adalah untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca. Contohnya:
proton ezora baru sahaja dilancarkan.

LARAS BAHASA PERNIAGAAN


Digunakan

maklumat produk. Guru boleh menggunakan ayat ringkas dan pendek yang lebih banyak menggunakan kata sifat. Contoh laras bahasa ini:
Percuma sebiji lampu bermutu tinggi dengan pembelian Unicornem patliter.

untuk menyampaikan dengan berkesan tentang

sesuatu sesuatu

Gaya bahasa yang digunakan biasanya untuk

memujuk pembeli membeli barangan mereka.

LARAS BAHASA MEDIA


Menunjukkan peranan media untuk melaporkan

atau menyampaikan berita. Tiada istilah khusus atau teknikal. Bahasanya ringkas dan padat supaya berita yang padat dapat disampaikan kepada pembaca.

LARAS BAHASA UNDANG- UNDANG


Merupakan laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa

Melayu semenjak dahulu. Bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Guru sangat kurang menggunakan laras bahasa ini.

LARAS BAHASA EKONOMI


Laras

bahasa ini lebih berbentuk ilmiah dan berkaitan isu ekonomi. Terdapat penggunaan istilah teknikal yang berkaitan ekonomi. Penutur tidak mengutamakan struktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data serta statistik. Guru boleh menggunakan laras bahasa ini ketika mengajar ekonomi.

Penggunaan

laras bahasa yang berbeza akan melahirkan laras. Misalnya gurau senda adalah berbeza dengan cara untuk menyampaikan ucapan. Penggunaan laras bahasa yang berbeza sebab faktor geografi disebut sebagai dialek daerah.

KESIMPULAN
Oleh itu, jenis komunikasi yang digunakan haruslah

sesuai dengan tahap kognitif murid. Guru juga haruslah memberikan pertimbangan kepada faktor persekitaran dan latar belakang murid. Penggunaan laras bahasa di dalam kelas tidak seharusnya dicemari dengan bahasa pasar atau dialek daerah.

Sekian , terima kasih