Anda di halaman 1dari 4

Tajuk/Sumber/Pengarang/Tahun

Ulasan

Tajuk:

Langkah

Awal

Dalam

Memperkembang

Kesedaran,

Pengetahuan dan Sikap Kanakkanak Prasekolah terhadap Nilai Kerjasama Sumber: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pengarang: Ashari Tahun: 2008 Zakiah Mohamad

Perkembangan optimum dan seimbang kanakkanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan aktivitiaktiviti yang dilaksanakan dalam kelas (berumur 5 dan 6 tahun) yang terpilih dalam usaha menerapkan sikap kerjasama dan tolah ansur dalam jiwa kanak-kanak. Objektif utama kajian itu adalah untuk mengesan langkah-langkah yang boleh digunapakai dalam memperkembangkan kesedaran, pengetahuan dan sikap kanak-kanak terhadap nilai kerjasama, mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu bekerjasama sewaktu menjalankan aktiviti berkumpulan mahupun berpasangan dan untuk mencari dan memperbaiki strategi pengajaran guru prasekolah supaya kanakkanak boleh bekerjasama. Method: Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak yang dijalankan kepada pelajar untuk mencungkil maklumat yang diperlukan. Menurut Jameyah Sheriff (1998), pendidikan di dalam program prasekolah perlu menitikberatkan aspek-aspek pembentukkan sahsiah yang baik dengan penerapan nilai-nilai murni secara berterusan dan menyeluruh. Oleh itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan lain-lain. Di samping itu, menurut Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad (2003), penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanakkanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak- dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya membantu mengekalkan kejayaannya. Peranan guru: Guru boleh memikirkan cara terbaik melalui setiap langkah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan nilai-nilai tertentu bagi memperkembang tahap kesedaran, pengetahuan

serta sikap kanak-kanak di samping memperkenal konsep-konsep dalam pendidikan awal kanakkanak, memandangkan pada umur begini mereka terkenal dengan sifat egosentrik dan mementingkan diri sendiri. Guru juga perlu menitikberatkan aktiviti secara berkumpulan supaya mereka dapat berfikir dan cuba menyelesaikan masalah secara bersama. Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahaya Che Lah (2003) pembelajaran secara koperatif sangat penting bagi alat untuk kejayaan dalam bidang akademik, sosialisasi dan juga emosi. Hipotesis awal dalam kajian ini mendapati kebanyakan kanak-kanak di dalam kelas tersebut sukar untuk bekerjasama dan bertolah ansur kerana mempunyai perasaan memiliki yang tinggi dan sifat egosentrik yang masih tebal. Pengalaman pembelajaran seseorang kanakkanak di peringkat awal usia mampu memberi kesan yang mendalam kepada kehidupannya pada masa hadapan sama ada dari segi kignitif, emosi, sosial dan aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak memperoleh pendedahan. Justeru kefahaman tentang penerapan nilai di peringkat prasekolah harus dilakukan secara spontan mengikut rutin aktiviti kanak-kanak. Penerapan nilai-nilai murni yang baik dalam semua aktiviti yang dijalankan akan dapat memberi kesan yang lebih baik daripada menerangkan secara terperinci kepada kanak-kanak yang adakalanya kurang memahami tentang sesuatu hal. Soalselidik telah dijalankan dalam menentukan minat kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dan berpasangan. Faktor kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti secara berkumpulan adalah: a. mempunyai ahli kumpulan atau pasangan yang tidak serasi atau seiring dengan jiwa mereka. Perasaan ini menimbulkan rasa tidak mahu belajar dan menolah untuk melakukan kerja apabila diarahkan. b. Sikap egosentrik yang tebal dalam diri sesetengah kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak boleh berkongsi bahan c. Kanak-kanak mempunyai sifat memiliki yang tinggi. Mereka tidak bersedia menjalankan tugas mengikut bahagian masing-masing d. Tekanan dari ahli kumpulan yang

kadangkala cuba menguasai kerja yang diberikan menyebabkan ahli kumpulannya tertekan e. Tidak mesra antara ahli kumpulan juga menyebabkan hasil kerja yang diperolehi kurang memuaskan kerana mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik Strategi guru yang perlu laksanakan dalam usaha memupuk nilai kerjasama dan toleransi ialah: a. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan perlu dapat menarik minat dan menimbulkan rasa ingin tahu mereka dengan mengaplikasikan bahan bantu mengajar yang menarik. Guru perlu menyediakan aktiviti yang mengujakan seperti tampal kolaj, mewarna gambar yang besar bersama-sama b. Aktiviti berkumpulan perlu dilaksanakan merentasi setiap komponen pada setiap hari supaya nilai murni ini sentiasa diamalkan seterusnya dapat dihayati oleh kanak-kanak c. Guru perlu menyemai sifat mesra dalam semua situasi supaya kanak-kanak gembira dan berusaha untuk melakukan tugas yang diberikan dan menyiapkan dengan bersungguh-sungguh dengan ahli kumpulan masing-masing. Guru bertindak sebagai perantara supaya kanak-kanak mesra antara satu sama lain. d. Sebagai pendidik guru perlu bijak berkomunikasi supaya dapat mewujudkan suasana riang dan ceria sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan e. Ganjaran dan peneguhan dalam kumpulan merupakan aspek penting yang bertindak sebagai pemangkin semangat mereka untuk terus melakukan kerja dengan baik dan bersunguh-sungguh secara bersama-sama Jelasnya di sini bahawa penerapan nilai murni dari pendidikan di peringkat awal perlu dititikberatkan. Menggalakkan kanak-kanak memahami tentang nilai dan tingkahlaku yang baik bukanlah satu tanggungjawab yang sementara tetapi memerlukan usaha yang berterusan. Guru prasekolah perlu menggunakan semua peluang yang ada untuk menerap nilai-nilai murni di dalam aktiviti prasekolah, di samping menggalakkan kesinambungannya di rumah melalui penglibatan ibu bapa. Hal ini demikian kerana proses penerapan dan penghayatan tidak boleh terhenti pada satu tahap sahaja