Anda di halaman 1dari 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

AUTOMOTIF
TINGKATAN 1 2014
i

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL ELEKTIF PRA-VOKASIONAL

AUTOMOTIF
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. KATA PENGANTAR 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian vi vii viii 1 1 1 1 2 2 4 4 4 4 5 6-10

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

viii

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu menjadikan keseluruhan 220 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Automotif dan Kejuruteraan Mekanikal paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

AUTOMOTIF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Memberi pendedahan asas enjin bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi dalam bidang automotif, seterusnya menjadi modal insan berkemahiran yang turut menyumbang ke arah pembangunan negara. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; 1. Mengenal pasti dan menggunakan alat tangan dengan betul. 2. Mengenal pasti jenis enjin petrol dan diesel. 3. Mengenal pasti kendalian enjin empat lejang. 4. Mengenal pasti komponen luar dan dalaman enjin empat lejang. 5. Mengenal pasti kendalian enjin dua lejang. 6. Mengenal pasti komponen luar dan dalaman enjin dua lejang. 7. Mengenal pasti sistem penyalaan, sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem penyejukan dan asas elektrik kenderaan. 8. Menyenggara sistem penyalaan, sistem bahan api, sistem pelinciran dan sistem penyejukan. 9. Mengira kos perkhidmatan penyenggaraan sistem pelinciran. 10. Menghasilkan pendawaian litar lampu kecil kenderaan. 11. Mengamalkan langkah keselamatan di bengkel. 12. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kerjaya. Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1. MEMATUHI PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL

1.1 Mengenal pasti dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.

1.1.1 Menyatakan langkah keselamatan diri di bengkel . 1.1.2 Menyatakan langkah keselamatan menggunakan alat tangan. 1.1.3 Menyatakan langkah keselamatan di kawasan kerja. 1.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan semasa berada dan bekerja di bengkel.

2. MENGENAL ALAT TANGAN

2.1 Memilih dan mengguna alat tangan yang digunakan di bengkel.

2.1.1 Menyenaraikan jenis alat tangan yang digunakan di bengkel. 2.1.2 Menyatakan fungsi alatan tangan dengan betul. 2.1.3 Memilih dan menggunakan alat tangan yang betul mengikut kerja yang akan dilakukan. 2.1.4 Memilih dan menggunakan alat tangan khas yang betul mengikut kerja yang akan dilakukan. 2.1.5 Menyatakan kepentingan menggunakan alat tangan khas yang betul. 2.1.6 Mengamalkan langkah keselamatan.

3. MENGENAL JENIS ENJIN

3.1 Mengenal pasti enjin petrol dan diesel.

3.1.1 Membezakan komponen enjin petrol dan enjin diesel. 3.1.2 Menyenaraikan komponen enjin petrol dan enjin diesel.

4. MENGENAL KENDALIAN ENJIN EMPAT LEJANG

4.1 Mengenal pasti kendalian enjin petrol empat lejang.

4.1.1 Menyatakan istilah asas kendalian enjin dengan betul. 4.1.2 Menyatakan empat jenis lejang berdasarkan gambarajah. 4.1.3 Menyatakan kendalian setiap lejang berdasarkan gambarajah. 4.1.4 Melukis dan rajah kendalian setiap lejang dengan betul. 4.1.5 Melabel rajah kendalian setiap lejang dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

5. MENGENAL KOMPONEN LUAR ENJIN EMPAT LEJANG

5.1 Mengenal pasti komponen luar enjin empat lejang.

5.1.1 Menyenaraikan komponen luar enjin empat lejang berdasarkan model yang sebenar. 5.1.2 Melabelkan nama komponen luar enjin empat lejang pada model yang sebenar. 5.1.3 Menyatakan fungsi komponen luar enjin empat lejang dengan betul.

5.2 Menanggal dan memasang komponen luar enjin empat lejang.

5.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 5.2.2 Menanggal komponen luar enjin empat lejang mengikut urutan yang betul. 5.2.3 Melakar komponen luar enjin empat lejang berdasarkan komponen sebenar. 5.2.4 Memasang komponen luar enjin empat lejang mengikut urutan yang betul.

6. MENGENAL KOMPONEN DALAMAN ENJIN EMPAT LEJANG.

6.1 Mengenal pasti komponen dalaman enjin empat lejang.

6.1.1 Menyenaraikan komponen dalaman enjin empat lejang berdasarkan model yang sebenar. 6.1.2 Melabelkan nama komponen dalaman enjin empat lejang pada model yang sebenar. 6.1.3 Menyatakan fungsi komponen dalaman enjin empat lejang dengan betul.

6.2 Menanggal dan memasang komponen dalaman enjin empat lejang.

6.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 6.2.2 Menanggalkan komponen dalaman enjin empat lejang mengikut urutan yang betul. 6.2.3 Melakar komponen dalaman enjin empat lejang mengikut komponen sebenar. 6.2.4 Memasang komponen dalaman enjin empat lejang mengikut urutan yang betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

7. MENGENAL KENDALIAN ENJIN DUA LEJANG

7.1 Mengenal pasti kendalian enjin petrol dua lejang.

7.1.1 Menyatakan jenis lejang berdasarkan gambarajah. 7.1.2 Menyatakan kendalian setiap lejang berdasarkan gambarajah. 7.1.3 Melukis rajah kendalian setiap lejang dengan betul. 7.1.4 Melabel rajah kendalian setiap lejang dengan betul.

8. MENGENAL KOMPONEN LUAR ENJIN DUA LEJANG

8.1 Mengenal pasti komponen luar enjin dua lejang.

8.1.1 Menyenaraikan komponen luar enjin dua lejang berdasarkan model yang sebenar. 8.1.2 Melabelkan nama komponen luar enjin dua lejang pada model yang sebenar. 8.1.3 Menyatakan fungsi komponen luar enjin dua lejang dengan betul.

8.2 Menanggal dan memasang komponen luar enjin dua lejang.

8.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 8.2.2 Menanggalkan komponen luar enjin dua lejang mengikut urutan yang betul. 8.2.3 Melakar komponen luar enjin dua lejang mengikut komponen sebenar. 8.2.4 Memasangkan komponen luar enjin dua lejang mengikut urutan yang betul.

9. MENGENAL KOMPONEN DALAMAN ENJIN DUA LEJANG

9.1 Mengenal pasti komponen dalaman enjin dua lejang.

9.1.1 Menyenaraikan komponen dalaman enjin dua lejang berdasarkan model yang sebenar. 9.1.2 Melabelkan nama komponen dalaman enjin dua lejang pada model yang sebenar. 9.1.3 Menyatakan fungsi komponen dalaman enjin dua lejang dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

9.2 Menanggal dan memasang komponen dalaman enjin dua lejang.

9.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 9.2.2 Menanggalkan komponen dalaman enjin dua lejang mengikut urutan yang betul. 9.2.3 Melakar komponen dalaman enjin dua lejang mengikut komponen sebenar. 9.2.4 Memasang komponen dalaman enjin dua lejang mengikut urutan yang betul.

10. MENGENAL SISTEM PENYALAAN

10.1 Mengenal pasti sistem penyalaan.

10.1.1 Menyatakan jenis sistem penyalaan dengan betul. 10.1.2 Menyenaraikan komponen utama sistem penyalaan dengan betul. 10.1.3 Menyatakan asas kendalian sistem penyalaan dengan betul.

10.2 Menyenggara sistem penyalaan.

10.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 10.2.2 Menanggalkan kabel voltan tinggi dengan betul. 10.2.3 Menanggalkan palam pencucuh dengan betul. 10.2.4 Memeriksa dan menservis palam pencucuh dengan betul. 10.2.5 Memasang palam pencucuh dengan betul. 10.2.6 Memeriksa kabel voltan tinggi dengan betul. 10.2.7 Memasang kabel voltan tinggi dengan betul.

11. SISTEM BAHAN API

11.1 Mengenal pasti sistem bahan api.

11.1.1 Menyenaraikan komponen utama sistem bahan api dengan betul. 11.1.2 Menyatakan asas kendalian sistem bahan api dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

11.2 Menyenggara sistem bahan api.

11.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 11.2.2 Menanggalkan penapis udara dengan betul. 11.2.3 Menservis penapis udara dengan betul. 11.2.4 Memasang penapis udara dengan betul. 11.2.5 Menanggalkan kaburetor dengan betul. 11.2.6 Memasang kaburetor dengan betul.

12. SISTEM PELINCIRAN

12.1 Mengenal pasti sistem pelinciran.

12.1.1 Menyatakan komponen utama sistem pelinciran dengan betul. 12.1.2 Menyatakan asas kendalian sistem pelinciran dengan betul.

12.2 Menyenggara sistem pelinciran.

12.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 12.2.2 Mengeluarkan minyak pelincir dari enjin dengan betul. 12.2.3 Mengisi minyak pelincir yang baharu ke dalam enjin mengikut aras pada ukur celup. 12.2.4 Memeriksa paras minyak pelincir pada enjin dengan betul. 12.2.5 Membuang bahan buangan ke tempat yang dikhaskan.

12.3 Mengira kos perkhidmatan penyenggaraan sistem pelinciran.

12.3.1 Merekod harga kos bahan mengikut pasaran semasa. 12.3.2 Menganggarkan kos upah berdasarkan tempoh kerja yang dilakukan. 12.3.3 Mengira jumlah kos perkhidmatan penyenggaraan sistem pelinciran.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

13. SISTEM PENYEJUKAN

13.1 Mengenal pasti sistem penyejukan.

13.1.1 Menyenaraikan komponen utama sistem penyejukan dengan betul. 13.1.2 Menyatakan dua jenis sistem penyejukan dengan betul. 13.1.3 Menyatakan asas kendalian sistem penyejukan dengan betul.

13.2 Menyenggara sistem penyejukan udara.

13.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 13.2.2 Membersihkan sirip penyejuk .

14. ASAS ELEKTRIK KENDERAAN

14.1 Mengenal pasti asas elektrik kenderaan.

14.1.2 Melakar simbol komponen elektrik kenderaan berdasarkan gambarajah. 14.1.4 Melakar litar siri dan selari dengan betul. 14.1.5 Menbina litar sesiri,litar selari dan litar gabungan siri selari.

14.2 Mendawai litar elektrik kenderaan.

14.2.1 Mengamalkan langkah keselamatan. 14.2.2 Menghasilkan pendawaian litar lampu kecil pada papan panel mengikut rajah litar skematik.

Terbitan:

20