Anda di halaman 1dari 6

Panduan Penulisan Karangan Bahasa Melayu UPSR

Sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup

A. Pengenalan

1. Memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. 2. Hendaklah pembaca tersebut. 3. Ringkas dan am. 4. Memadai tiga atau empat ayat. 5. Pembukaan karangan hendaklah bersih daripada ejaan. kesalahan tatabahasa atau menarik ingin perhatian supaya karangan membaca

B. Isi

1. Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk. 2. Perlu mempunyai empat isi. 3. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. 4. Isi-isi dipecahkan dalam perengganperenggan. 5. Isi yang utama didahulukan. 6. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. 7. Pastikan isi tidak terkeluar dari tajuk. 8. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. 9. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta pemikiran : Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta pemikiran. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:

Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. Penutup

1. Memberi suatu kepuasan kepada pembaca. 2. Penutup menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. 3. Mengambarkan pendapat dengan ringkas

tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. 4. Elakkan menamatkan karangan secara

mengejut atau tergantung.