Anda di halaman 1dari 32

Disediakan oleh: Haamirisyuan Akmal Ibrahim Joseph Papin Michael Mowet

Catatan terawal lompat tinggi pada abad ke-19, apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.

Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah.

Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa, berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaankeadaan tertentu.

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan atlit menyebabkan tempat mendarat diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir lembut yang lembap digunakan.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat. Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak.

Gaya pelana mula digunakan oleh peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat. Gaya gunting kebanyakan digunakan oleh peserta Asia mula diperkenalkan pada tahun suku pertama abad ke-20.

Dick Fosbury dari Amerika Syarikat memperkenalkan teknik lompatan Fosbury atau Fosbury Flop malah telah mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico.

Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930.

Les Steers dari Oregon mempopularkan gaya ini. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci.

Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

11

10

12

o Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :o Tiang Lompat Tinggi o Palang Lompat Tinggi o Kawasan Mendarat o Pita Pengukur

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

Tiang

o Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai - berbentuk bulat atau segitiga dengan berat maksimum iaitu 2 kg. o Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. o Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas, yang mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. o Alat sokongan (cagak-cagak) ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

Palang

o Tilam atau pengalas lembut bergetah digunakan sebagai tempat mendarat acara lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. o Berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal. o Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.

o Landasan larian merupakan sebahagian daripada bulatan yang mempunyai jejari 15 25 m. (Jarak tidak dihadkan) o Peserta dibenarkan membubuh penanda di atas landasan larian. o Dengan syarat tidak melebihi 90 saat masa diberikan untuk membuat lompatan.

o Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. o Pengukuran ketinggian dibuat sebelum acara lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. o Ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

o Peserta perlu melompat melepasi palang. o Peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. o Peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut dikira gagal. o Para peserta perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.

o Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. o Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya. o Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. o Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

Melakukan lonjakan dengan dua belah kaki.

Menyentuh bumi termasuk kawasan mendarat melepasi darat tegak (vertical plane) sama ada di luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang.

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penujuan (Approach) - larian menghala ke palang. b) Lonjakan (take-off) - tindakan kaki untuk menaikkan badan. c) Layangan (flight) - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan (landing) - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendara.

Layangan (flight) Lonjakan (take-off) Pendaratan (landing)

Penujuan (Approach)

o Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.

o Gaya gunting, pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

o Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

o Penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

o Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

o Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.

Biasanya 8 sehingga 12 langkah larian di mana tiga langkah terakhir ituadalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

Apabila mengakhiri larian yang melengkng, kaki luarnya melonjak dengan kuat. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan

1. Penujuan

2. Lonjakan

Semasa diudara pelompat melentikkan badan ke belakang dengan kepala dan tumit di tarik ke dalam dan mengelak memandang palang. Kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.

Pendaratan haruslah dilakukan dengan bahagian atas belakang dan bahu. Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang

3. Layanagn

4. Pendaratan

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Flop berupaya mencapai jarak lebih jauh dan lebih pantas daripada gaya lompatan lain iaitu 8 12 larian berbanding 6 8 langkah bagi lompatan lain. Membuat lompatan gaya flop atau pelana memerlukan tilam sebagai tempat mendarat. Lekukan pasir hanya sesuai untuk gaya gunting yang mana mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

SEKAIN SAHAJA..

Anda mungkin juga menyukai