Anda di halaman 1dari 3

Photography Tips : Camera Setting & Editing

Assalamualaikum... Saya pernah menjadi orang baru di dalam dunia fotografi dan agak susah memahami setting kamera yang kadang-kadang memang memeningkan! Di sini ada beberapa tips mudah untuk anda. Harap ianya dapat membantu. Untuk mengambil gambar yang cantik, setting kamera amatlah penting. ISO : ISO dengan kata mudah, merujuk kepada tahap kepekaan cip kamera terhadap cahaya. Lebih besar ISO eg. 1000-6400 menandakan cip kamera anda ditahap yang sangat sensitif terhadap cahaya, dan ini amat berguna ketika keadaan yang kekurangan sumber cahaya. Tetapi ingat! Semakin besar ISO, semakin banyaklah grain ataupun noise (merujuk kepada bintik-bintik yang wujud) pada gambar anda. Utk hari yang cerah ISO 200-600 sudah memadai. Shutter Speed : Kelajuan shutter yang sesuai juga penting jika tidak anda akan mendapat gambar yang kabur dan kurang memuaskan. Untuk menghentikan pergerakan manusia, kelajuan minima shutter 1/60 saat sudah mencukupi. Manakala untuk megambil gambar sukan atau objek berkelajuan tinggi, kelajuan minima shutter adalah 1/200 sudah memadai, walaubagaimana pun semuanya bergantung kepada keadaan. Kadang kala saya sengaja memperlahankan shutter utk memberi kesan pergerakan pada gambar atau "Movement in photography".

Kesan kabur memberikan penceritaan pergerakan pada gamabar

Aperture :

Aperture f1.8

Aperture merujuk kepada luas bukaan lensa untuk kemasukan cahaya. Semakin besar nilai aperture eg. f10 > f20 merujuk kepada bukaan iris lensa yang kecil dan membenarkan hanya sedikit cahaya masuk ke dalam kamera. Nilai aperture yang kecil eg. f1.0 > f2.8 pula merujuk kepada bukaan iris lens yang besar dan membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera dan dengan nilai ini ia mampu memberi kesan khas pada gambar atau dikenali sebagai "Bokeh"

Metering : Metering yang betul membenarkan anda merakam gambar dengan kecerahan yang sesuai.

Kiri : Tetapan kamera yang terlampau cerah (overexposed)

| Kanan : Terlampau gelap (underexposed)

Metering adalah teknik pengukuran kecerahan gambar. Untuk pengguna Nikon, terdapat 3 jenis pengukuran. (Spot, Center Weighted, & 3D Metering) dan masing-masing mewakili cara / teknik yang ingin anda gunakan untuk mengukur kecerahan pada gambar yang bakal anda ambi mengikut kesesuaian. Metering yang betul adalah apabila penunjuk (pointer) berada ditengah-tengah meter ataupun saya selalu melebihkan kecerahan sebanyak 2 bar. Untuk mengawal metering anda boleh mengubah

samada aperture ataupun shutter speed atau kedua-duanya sekali pada mood M (untuk pengguna Nikon) pada kamera anda. Saya selalu mementingkan kecerahan yang betul pada objek, dan tidak menghiraukan samada latar belakang gambar saya menjadi terlampau cerah ataupun terlampau gelap. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keperluan gambar. Untuk itu, saya selalu memilih canter weighted metering dan mengambil metering hanya pada subjek. Pilih Center Weighted Metering pada tetapan kemera > halakan lensa kepada subjek > kawal aperture, shhutter speed, & ISO dan dapatkan metering yang betul > compose framing anda > Snap! Editing : Kadang kala untuk mengambil gambar yang baik memang agak sukar bagi mereka yang baru di dalam bidang fotografi. Tetapi apa yang penting momen pada gambar yang diambil yang lebih penting dan utama kerana ia tidak akan berulang untuk kita ambil pada kali ke dua. Kini pelbagai perisian komputer telah wujud untuk mencantikkan gambar dan memberikan kesan-kesan tertentu untuk menambah penceritaan gambar. Pada saya, saya sentiasa memilih Adobe Photoshop Lightroom3.3 & Adobe Photoshop cs5 Gambar dibawah saya ambil ketika saya baru seminggu menceburi bidang fotografi. Memang sukar dan masih tercari-cari tetapan yang sesuai. Ini adalah contoh momen yang cantik dan dengan tetapan yang salah kita dapat perbaiki dengan sedikit editing.

Apa yang penting adalah latihan! Cuba dan terus mencuba! Anda akan dapat melihat sendiri perubahan kualiti gambar anda semakin banyak anda berlatih. Selamat mencuba dan semoga apa yang saya berikan disini dapat membantu. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan apa sekalipun silalah sudikan diri bertanya, Insyaallah saya akan membantu.