Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA NO KP : : SABARIAH BT HUSIN 730612-11-5066 PPG SAINS 2 (AMBILAN FEB 2012) SCE 3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

KUMPULAN : KOD SUBJEK : SUBJEK :

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, semua tugasan untuk subjek SCE 3108 telah dapat disiapkan. Walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi untuk menyempurnakannya, namun ia adalah pengalaman yang amat berharga yang tidak mampu dibeli walau dengan sejumlah wang yang banyak. Cabaran dan kesukaran yang ditempuhi menjadi semakin mudah dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah, Puan Noor Fadzilah bt Aris. Jutaan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat beliau yang banyak membantu saya

menyempurnakan tugasan yang diberi. Tugasan 1 adalah berkaitan penilaian terhadap pengajaran sains sekolah rendah dari video yang telah dimuat turun di laman sesawang. Dapatan dari tugasan ini dirumuskan bahawa seseorang guru perlu membuat persediaan yang rapi, teliti dan terancang agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini membuktikan bahawa rancangan pelajaran amat penting kepada setiap guru sama ada guru permulaan mahupun yang berpengalaman. Oleh itu, walaupun persediaan yang baik telah dilakukan oleh seseorang guru itu, namun tidak semestinya boleh membuatkan pengajaran itu Berjaya dan berkesan. Tetapi sekiranya tidak melakukan persediaan langsung boleh menyebabkan pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, pembelajaran tidak bermakna dan menjadi sia-sia. Pengajaran dan pembelajaran berkesan adalah bergantung kepada cara penyampaian dalam pengajaran, gaya pengajaran yang digunakan, kaedah-kaedah yang dipilih dan pemilihan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian supaya pengajaran dan pembelajaran boleh menarik minat murid serta objektif tercapai. Aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi, simulasi, eksperimen, projek, penyoalan dan sebagainya antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran sains sekolah rendah. Berdasarkan pengalaman saya mengajar sains, murid-murid selalu bertanya pada waktu bilakah mereka boleh menjalankan eksperimen walaupun pada ketika itu bukan melibatkan mata pelajaran sains. Ini bermakna murid berminat belajar sains jika guru bijak memilih aktiviti untuk dilaksanakan dalam pengajaran. Justeru itu, tugasan ini menyedarkan saya bahawa guru perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat member pengajaran dan dapat memperkukuhkan pembelajaran murid.

REFLEKSI
Manakala tugasan 2 pula adalah berdasarkan penilaian video pengajaran, saya dan rakan dikehendaki membincangkan bagaimana cara untuk merancang pengajaran yang berkualiti dalam pengajaran sains. Kesimpulannya bahawa setiap guru yang mahu melaksanakan pengajaran di kelas perlu membuat persediaan dari aspek rancangan pelajaran, kenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran, penulisan objektif dan hasil pembelajaran yang tepat dan seterusnya merancang rancangan pelajaran harian. Rancangan pelajaran bertujuan membantu guru untuk memilih strategi pengajaran yang sesuai dan dapat menilai pengajaran. Selain itu ia juga membantu guru untuk mengenal pasti skop pengajaran yang ditetapkan oleh kurikulum. Seterusnya guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahaptahap tertentu iaitu meliputi pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap dan sebagainya yang boleh diukur. Oleh itu tugasan ini banyak membantu saya untuk merancang rancangan pelajaran harian yang berkesan serta dapat memperbaiki kelemahan saya dalam pengajaran sains. Tugasan 3, membina satu rancangan Pengajaran Harian mengikut pelbagai pendekatan seperti pendekatan Deduktif, Pendekatan Induktif, Format Umum, 5 Fasa Needham, Model 5E dan pengajaran berasaskan penyelesaian masalah. Kumpulan saya memilih untuk membina rancangan Pengajaran Harian Format Umum. Rancangan pengajaran harian ini dilaksanakan pengajarannya di sekolah serta divideokan. Kami menghadapi masalah ketika rakaman video apabila pengajaran yang telah dilaksanakan ini di dapati rakamannya tidak dirakam sepenuhnya disebabkan oleh masalah teknikal pada kamera yang digunakan. Rancangan pengajaran ini terpaksa divideokan kembali. Namun begitu tugasan ini akhirnya berjaya disiapkan pada masa yang sepatutnya. Kesimpulannya, setiap guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang berkesan jika rancangan pengajaran dibuat dengan terperinci dan teratur. Rancangan pelajaran harian yang dibina dan distruktur untuk kegunaan guru di mana ia penting untuk guru menyampaikan maklumat, memindahkan isi pelajaran, ilmu, kemahiran dan pengetahuan dengan teratur. Kesimpulannya, guru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran di sekolah. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Manakala pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah dalam bilik darjah.