Anda di halaman 1dari 25

1.

Pendahuluan Cabaran dunia pendidikan hari ini ialah untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai perkembangan menyeluruh dan seimbang daripada aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Pelbagai perubahan besar sedang berlaku pada abad ke-21 ini dan salah satu perubahan yang sangat mempengaruhi dunia pendidikan adalah perkembangan pelbagai idea progresif dan dinamik tentang pengurusan yang mempunyai kesan dan implikasi terhadap pendidikan dan pengurusan sekolah. Profesion keguruan perlu menyedari perkembangan ini dan para guru harus bersedia melaksanakan tuntutan perubahan-perubahan ini dengan penuh komited dan betanggung jawab. Para pelajar adalah merupakan aset negara, justeru guru pula adalah dianggap sebagai pembina negara. Namun, dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan dan pendidikan kini, cabarancabaran yang dihadapi para guru kini semakin hebat. Antara beberapa isu yang hangat belakangan ini adalah iaitu pertamanya, cabaran gejala sosial dan keruntuhan akhlak pelajar dalam melahirkan modal insan. Kedua, cabaran bebanan tugas dan stres untuk melahirkan guru-guru berkualiti. ketiga cabaran perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk meningkatkan profesionalisme guru. Keempat, cabaran semasa dunia pendidikan dalam pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 2.0 Cabaran Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak Pelajar Dalam Melahirkan Modal Insan Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan perkara untuk

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Pendidikan merupakan medium yang paling sesuai untuk menjayakan misi ini. Modal insan merupakan aspek yang paling penting yang menjadi teras kepada pembangunan seseorang individu. Pembangunan insaniah menjadi pelengkap kepada

perkembangan jasmani, emosi, rohani dan sosial yang menjadi hasrat dalam
8

Falsafah Pendidikan Negara. Mohd. Fadzil bin Mohd Hanid (2012) menyatakan modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Pendidikan diharapkan dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, serta dapat menjana dan

menggunakan pengetahuan. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran yang dihadapi para guru semakin hebat apabila dipengaruhi dengan dunia globalisasi yang semakin pesat berkembang dan juga meningkatnya masalah sosial dalam kalangan pelajar kini. Antara cabaran utama guru sekarang ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan juga pelajar yang amat membimbangkan masyarakat kini. Berdasarkan kajian, kurikulum dan pendidikan yang diterima pada zaman sekarang adalah lebih baik berbanding zaman dahulu tetapi persoalannya mengapakah kualiti pelajar sekarang lebih rendah berbanding yang dulu ? Jika dahulu, guru mengajar dalam serba kekurangan dengan bahan bantu yang kurang, teknologi yang kurang canggih dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dengan sahsiah tinggi, mengapa tidak sekarang ? Zaman teknologi dan ICT seharusnya memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan hasil pendidikan yang baik namun keadaan yang sebaliknya berlaku. Berdasarkan jadual 1, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak merupakan dua buah sekolah berasrama penuh yang terkenal di Malaysia namun tetap wujud kes jenayah salah laku di keduadua buah sekolah ini. Antara kisah lain, para pelajar yang telah diajar, dididik ini sanggup memukul guru sendiri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Misalnya, terdapat kes seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri patah hidungnya apabila ditumbuk oleh sekumpulan pelajar apabila beliau cuba meleraikan pergaduhan mereka. Kes lain pula, seorang guru

ditumbuk di muka apabila beliau cuba menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah. Jadual 1 : Rentetan Kes Jenayah Berat Yang Berlaku Di Sekolah Menengah

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata mengikut statististik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolahsekolah negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes-kes kecurian. Berdasarkan rajah 1 sumber daripada Karthiyayani (2011), pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Pada tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Statistik ini menunjukkan kepada kita betapa meruncingnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

10

Jadual 1 : Kes Juvana Mengikut Negeri


Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur WP Labuan Sabah Sarawak Jumlah 2000 685 315 307 82 470 260 585 40 512 878 372 236 0 130 430 5294 2001 508 358 300 87 319 363 529 78 471 831 251 528 16 121 268 5132 2002 381 342 347 70 268 342 519 124 351 903 436 727 0 191 303 5319 2003 568 443 432 77 153 290 326 100 317 836 525 581 10 156 190 4998 2004 751 334 325 137 246 142 713 100 317 816 525 674 0 324 312 6456

Menurut artikel Berita Harian Online bertarikh 12 September 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong berkata mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). Sesetengah pendapat mengatakan, pendidikan di sekolah sudah diberikan dengan sempurna namun banyak faktor-faktor sekeliling yang mempengaruhi keadaan ini. Antaranya, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media yang meluas. Pengaruh rakan sebaya dan media seperti internet, televisyen, radio, telefon merupakan pengaruh yang sangat memberi impak kepada kehidupan seorang pelajar yang

11

masih tercari-cari identiti diri. Namun, biarpun wujudnya faktor-faktor sebegini, guru tetap dipersalahkan dalam hal ini kerana dikatakan tidak pandai mengajar. 2.1 Kesan Gejala Sosial Dan Keruntuhan Akhlak Pelajar Banyak kesan yang timbul apabila gejala negatif ini semakin berleluasa. Gejala negatif seperti memeras ugut, merompak, pecah rumah, menagih dadah, seks bebas, gangsterisme, vandalisme sudah tidak asing dalam masyarakat kita. Jenayah-jenayah tersebut bukan sahaja dilakukan oleh golongan dewasa, tetapi juga pelajar-pelajar sekolah turut terlibat sama. Masyarakat kini sudah tidak berasa selamat lagi walaupun ketika berasa dalam rumah. Contohnya kes yang berlaku beberapa tahun lalu, kisah anak menyembelih bapa kerana menyangka bapanya jelmaan kambing akibat daripada khayal kesan penagihan dadah. Gejala sosial dan perbuatan tidak bermoral juga seperti melepak dan merempit juga mengakibatkan pencapaian pelajar dan seterusnya prestasi sekolah semakin menurun. Ini kerana, pelajar-pelajar lebih gemar membuang masa di luar rumah daripada mengulang kaji pelajaran. Kebelakangan ini, guruguru di sekolah juga terpaksa membuat aduan apabila kerja rumah yang diberikan kerap tidak disiapkan oleh pelajar. Apabila di dalam kelas pula, tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Maka, hasilnya pencapaian kurang memuaskan dalam peperiksaan. Sesetengah kes pula, masyarakat

menyalahkan pihak sekolah apabila pencapaian merudum. Dalam pada itu, gejala sosial seperti seks bebas dan bohsia pula menyebabkan peningkatan dalam kelahiran anak tidak sah taraf. Apabila

keadaan sebegini berlaku, perpecahan dalam kalangan masyarakat mudah berlaku kerana sering menyalahkan antara satu sama lain. Terdapat juga perpecahan di kalangan institusi keluarga itu sendiri kerana tidak mampu menerima anak itu kembali. Lebih memilukan apabila anak-anak yang tidak berdosa itu dibuang atau dibunuh oleh ibu yang melahirkannya. Malahan, ada pula yang sanggup membunuh diri kerana tertekan dengan cemuhan

12

masyarakat. Senario yang berlaku dalam masyarakat kini ini amat menyedihkan buat kita semua. Kes-kes gangsterisme dan vandalisme juga tidak kurang impaknya terhadap sekolah dan masyarakat. Jika gangsterisme, pelajar yang lemah akan dibuli sehinggakan ada yang cedera dan cacat. Sementelahan yang lain, bergaduh sesama sendiri untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Budaya tidak bermoral ini juga mendatangkan pergaduhan sesama ibu bapa apabila saling menyalahkan. Vandalisme yang mendatangkan kerosakan kepada kemudahan awam yang telah disediakan pula mengakibatkan masyarakat tidak berpeluang menggunakan kemudahan awam dengan baik lagi seperti telefon awam dan tandas awam. Malahan, perabot seperti meja, kerusi dan peralatan lain-lain di sekolah juga tidak dapat berfungsi dengan baik akibat budaya vandalisme ini. 2.2 Langkah-Langkah Menangani Cabaran Gejala Sosial Dan Keruntuhan Akhlak Pelajar Apabila masyarakat sudah mula berasa bimbang dengan keadaan ini, ini bermaksud gejala ini bukanlah sebuah isu yang remeh dan seharusnya dicegah serta ditangani secepat mungkin. Sebagai pendidik, kita boleh mencuba beberapa cara untuk menangani isu ini dengan pendidikan dan program di sekolah. Namun, tanggung jawab yang paling besar untuk mendidik anak-anak ini supaya menjadi insan yang berjaya bukan sahaja dalam akademik malahan rohani serta sahsiah sebenarnya terletak pada bahu ibu dan bapa sendiri. Mungkin motivasi untuk ibu bapa bersama anak-anak boleh dirancang di sekolah untuk tujuan member kesedaran bersama. Walau bagaimanapun, usaha ini hanya berhasil jika ibu bapa, masyarakat memberikan kerjasama, bersikap positif dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama. Jika di sekolah, pertamanya para pelajar perlu diberi kesedaran tentang impak dan kesan gejala-gejala negatif ini terhadap kehidupan pelajar itu sendiri, kepada keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. Jika kesedaran itu tiada
13

dalam diri dengan cara apa jua yang dilaksanakan, mereka sukar untuk berubah. Di sinilah sebenarnya aspek bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu memainkan peranan. Program-program yang berunsurkan motivasi, inspirasi kepada kejayaan, berteraskan jasmani dan rohani yang sihat perlu dirancang mengikut kesesuaian pelajar. Para pelajar yang sememangya bermasalah tidak seharusnya dipinggirkan tetapi guru perlu membantu mereka dengan seikhlas hati menggunakan pendekatan secara berhemah. Berbekalkan pengalaman sendiri semasa bersekolah, seorang cikgu akan memberikan tazkirah ringkas selama lima minit sebelum memulakan sesi pengajaran. Maka, setiap hari cikgu berkenaan akan mengingatkan tentang solat, kewajipan terhadap orang tua atau pun sirah ringkas tentang sahabatsahabat Rasulullah dengan cara yang menarik. Secara tidak langsung, setiap hari ada yang mengingatkan dan memberikan panduan kepada pelajar supaya sentiasa berada di atas landasan yang benar dan matlamat sebenar diri dalam kehidupan. Didikan agama juga merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mendidik para pelajar secara insaniah. Pihak sekolah juga dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh merancang program-program atau aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Justeru, masa lapang para pelajar terisi dengan perkara yang berfaedah dan juga dapat menanamkan nilai-nilai yang positif seperti bertanggung jawab, tolong-menolong, bekerjasama, menghormati orang tua. Misalnya, seperti gotong royong setempat di kawasan sekolah atau penempatan majoriti pelajar, motivasi yang melibatkan ibu bapa dan pelajar atau pun bengkel-bengkel berkaitan dengan kemahirankemahiran seperti pertukangan, jahitan, masakan. Peranan kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga diperlukan untuk membantu mereka yang bermasalah. Ini kerana, mereka yang bermasalah mungkin lebih selesa untuk bergaul atau berinteraksi dengan rakan yang sebaya yang mungkin lebih memahami jiwa mereka namun guru-guru perlu memberi panduan dan bimbingan terlebih dahulu kepada ahli-ahli PRS ini. Ini kerana
14

menurut. Syahirah & Syarifah et al. (2010) dalam artikel Masalah Sosial Remaja Masa Kini di Malaysia mengatakan antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Pihak sekolah dan guru juga perlu bertindak tegas terhadap remaja yang terlibat dalam jenayah. Para pelajar kini terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Ibu bapa zaman sekarang cenderung untuk menyerang sekolah, guru, menyaman, atau melaporkan kepada pihak polis walaupun sebenarnya anak-anak itu sememangnya bermasalah. Pelajar dahulu sangat menghormati guru tetapi pelajar kini tidak segan-silu untuk berlaku biadap dengan guru malahan ada yang sanggup memukul guru. Guru tidak akan memberi teguran jika pelajarnya tidak berbuat salah, Pengalaman sendiri dicubit oleh guru di perot kerana tidak menyiapkan kerja sekolah menjadikan diri lebih rajin dan sebagai pengajaran supaya peristiwa itu tidak berulang lagi, malahan kerap mendapat skor tertinggi dalam ujian selepas itu. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah turut boleh membantu untuk menangani isu ini. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob & Noran Fuziah Yaakub (1990), guru juga sebagai pengawal tingkah laku murid selain daripada mengajar. Pelajar-pelajar yang bertugas boleh menjadi mata-mata untuk guru semasa di dalam dan di luar sekolah. Ini kerana, kebiasaannya para pelajar sendiri lebih mengetahui aktiviti-aktiviti rakan sekelas berbanding guru terutamanya aktiviti di luar sekolah. Justeru, pelajar ini boleh memberi laporan kepada guru untuk kes itu dipantau dan jika perlu diambil tindakan. Dengan ini, pelajar-pelajar bermasalah mungkin takut untuk melakukan kesalahan untuk mengelakkan dikenakan hukuman. 3.0 Cabaran Bebanan Tugas Dan Stres Untuk Melahirkan Guru-Guru Berkualiti Isu kedua yang ingin diutarakan berkisar tentang bebanan tugas guru yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bebanan tugas yang melebihi kemampuan seseorang individu boleh mengakibatkan tekanan atau stres. Tugas
15

guru pada zaman dahulu adalah lebih mudah berbanding guru pada zaman sekarang. Stres membawa maksud tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya

pertimbangan. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu berasa keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Tekanan pula membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap tentang tekanan sama ada daripada golongan pelajar, golongan profesional, pekerja awam, swasta dan lain-lain. Golongan guru tidak terkecuali daripada hal ini walaupun ramai yang mengatakan profesion keguruan adalah pekerjaan yang paling mudah. Barubaru ini juga negara kita dikejutkan dengan kritikan daripada seorang penulis blog yang mengatakan guru makan gaji buta. Masyarakat sebenarnya tidak memahami apa sebenarnya tugas dan tanggung jawab sebagai seorang guru dan memberi perspektif berdasarkan pandangan kaca mata sendiri. Sesuai dengan cabaran dan perubahan yang berlaku, guru-guru kini lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan di luar waktu sekolah untuk melakukan pelbagai tugas selain mengajar seperti membimbing murid lemah, kerja pengurusan, pentadbiran, penyeliaan dan juga menghadiri kursus. Kelas tambahan pada waktu petang, hujung minggu, cuti sekolah, kegiatan kokurikulum, aktiviti lawatan semuanya mesti diuruskan oleh guru. Pemantauan dan penilaian yang melibatkan pihak-pihak lain seperti nazir bebas, jabatan pendidikan daerah, negeri terhadap pengajaran dan sistem fail juga perlu diambil berat oleh guru pada masa yang sama. Artikel Utusan Malaysia iaitu Guru guna 66.24 jam seminggu mendidik pada 31 mei 2007 menunjukkan kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dijalankan sejak setahun lalu. Data menunjukkan jumlah itu melebihi purata jam seseorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu. Jumlah

16

tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah dan luar sekolah, dalam waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Menurut Dato Hishamuddin Tun Hussein Onn dalam artikel Utusan Malaysia bahawa , bidang tugas guru merangkumi sembilan bidang-bidang tugas dan tanggung jawab iaitu kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti,

pembangunan staf, pembangunan fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal murid dan pengurusan asrama. Kebanyakan guru-guru sememangnya telah mengetahui tanggung jawab sebagai seorang guru namun apabila bebanan kerja melebihi kemampuan, hal ini banyak mempengaruhi prestasi dan kualiti guru di sekolah. Hal ini disokong oleh kajian Kyriacou dan Suteliffe (1978) dalam kajian Mohamad Abdillah Royo (2010) bahawa punca pelajaran dan beban tugas telah menyebabkan tahap tekanan di kalangan guru meningkat. Selain itu, berdasarkan Tetty Henney Zulkifli (2007) iaitu perunding bebas kemajuan kanak-kanak dalam arikel Berita Harian iaitu Ujian Psikologi Kesan Guru Bermasalah menyenaraikan beberapa jenis tekanan psikologi guru iaitu tekanan kewangan dan suasana sekeliling, tekanan peer-group atau harapan tinggi daripada pihak atasan dan ibu bapa, tekanan menghadapi masalah kekurangan guru, terpaksa menghadiri terlalu banyak kursus dan waktu mengajar terlalu panjang daripada Isnin hingga Jumaat. Dunham(1992) dalam kajian Kamaruzaman Kamaruddin (2007) pula mengatakan lima faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru adalah, salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber serta hubungan

interpersonal. 3.1 Kesan Bebanan Tugas Dan Stres Guru Hakikatnya, isu bebanan tugas bukanlah isu utama yang hangat diperkatakan oleh guru-guru tetapi apabila tugas-tugas pentadbiran dan pengkeranian yang berlebihan ditugaskan kepada guru, ini akan mengganggu core-business guru iaitu mengajar dan mendidik. Pengalaman semasa berpraktikum menunjukkan sesetengah guru terpaksa masuk lewat ke kelas
17

kerana perlu mengisi data-data, maklumat ataupun markah-markah peperiksaan. Selain itu, guru-guru ketua panitia khasnya perlu menyediakan dan

mengemaskini fail-fail murid sehingga tidur sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kajian oleh Mohd. Fitri Sahhari (2006) menunjukkan tahap tekanan di kalangan guruguru adalah tinggi. Keadaan ini adalah salah satu faktor menyebabkan tekanan. Kesannya, guru akan menjadi letih, penat, lesu dan secara logiknya tidak mampu mengajar dengan baik pada keesokan harinya jika tidak cukup rehat dan tidur. Apabila guru tidak menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi, murid-murid juga mudah terikut dengan contoh yang ada di depan mata dan cenderung untuk menjadi tidak bersemangat untuk belajar. Keadaan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dan seterusnya prestasi sekolah. Dalam pada itu, kerja-kerja pengkeranian yang berlebihan ini bukan sahaja mengganggu pengajaran guru malahan budaya kerja yang biasa diamalkan. Jika sebelum ini, guru itu mampu memberikan perkhidmatan yang baik dan dapat menyiapkan tugasan dengan cepat namun apabila telah mengalami burn-out, kebanyakan kerja tertangguh dan tidak sempurna. Apabila tekanan dihadapi semakin serius, seseorang itu akan mudah hilang semangat dan ini akan menjejaskan diri mereka, pekerjaan dan juga keluarga. Tekanan kerja yang serius akan terjadi di mana tidak akan berlaku budaya kerja yang positif menurut Mohamad Abdillah Royo dan Wo Sew Fun (2010) dalam kajian mereka. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), burn-out juga menjadi punca menyebabkan ketidakpuasan kerja di kalangan guru. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan kehidupan sosial seseorang guru. Guru-guru kini biasanya pulang lewat daripada waktu persekolahan tamat kerana menyelesaikan kerja-kerja ataupun terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru juga perlu kembali semula ke sekolah pada waktu petang untuk menguruskan program 1 Murid 1 Sukan atau menjadi jurulatih permainan seperti bola sepak, sola jaring, bola tampar, atau badminton. Pada sebelah malam pula, guru perlu menyemak hasil kerja murid atau kertas-kertas ujian. Rutin harian ini
18

menunjukkan guru yang sepatutnya menjadi role-model untuk masyarakat kini kurang masa untuk bergaul dengan masyarakat kerana pengorbanannya terhadap murid-murid dan sekolah. Namun, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. 3.2 Langkah- Langkah Menangani Cabaran Bebanan Tugas Dan Stress Salah satu langkah yang ingin dicadangkan adalah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang mengkaji tentang bebanan tugas guru bagi yang terkini iaitu 2012. Jika perlu, jawatankuasa ini boleh menghantar pegawai untuk memantau rutin harian guru di sekolah. Khairul Azran Hussin (2012) dalam artikel Berita Harian yang bertajuk Seksa Jadi Guru mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan mengkaji beban tugas guru yang berlebihan kini dan diberi tempoh dua bulan untuk selesaikan tekanan hidup guru. Ini membawa maksud keadaan ini disedari oleh pelbagai pihak sehinggakan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran, wakil kesatuan guru akan turut bersama-sama mengkaji akan hal ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi dan menangani stress dan tekanan. Antaranya, guru perlu memahami punca-punca tekanan dalam diri mereka dan kesan-kesan stres. Dengan ini, guru akan bertindak lebih bijak dengan meletakkan keutamaan pada tugasan yang penting. Guru yang bertindak mengikut keutamaan dapat mengelakkan guru daripada membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Keadaan ini juga boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh guru di samping menggunakan tenaga dan masa secara efektif. Guru juga perlu bijak untuk mengatasi stres dengan berfikiran positif. Antara kebaikan berfikiran positif ialah dapat menenangkan hati dan melegakan perasaan. Contohnya, dapat memperolehi pengetahuan yang banyak dan pengalaman yang pelbagai jika menerima pelbagai tugasan yang mencabar. Dalam pada itu juga, pentingnya mengikhlaskan hati dalam mendidik anak
19

bangsa supaya bangsa dan agama tidak ketinggalan daripada yang lain. Pulangan saham akhirat bagi yang beragama Islam juga mampu menjadi penawar bagi menenangkan diri yang kusut dengan tekanan kerja. Menurut Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustafa (2010) melalui runding cara dan kemahiran komunikasi yang bijak, tekanan perasaan dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai tekanan emosi yang tinggi, sesi runding cara perlulah dijalankan secara berkala untuk membantu menenangkan perasaan. Melalui komunikasi yang bijak juga, tekanan dan masalah dapat dikongsi. Dengan cara ini, mereka yang mempunyai tekanan dapat berasakan tekanan yang dihadapi tidak dipikul berseorangan. Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah juga merupakan salah satu cara bijak untuk menangani masalah ini. Langkah ini membantu guru berfikir secara rasional dan dapat merancang penyelesaian yang efektif. Misalnya, perbincangan bersama guru-guru lain dan ahli professional untuk mendapatkan pandangan dan nasihat juga membantu untuk memberikan idea-idea bernas yang berguna untuk menangani konflik dan tekanan yang dihadapi. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti keagamaan juga membantu menangani dengan memberi kesedaran dan suntikan semangat baru kepada mereka yang mengalami tekanan. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat membantu guru supaya mengingati tujuan asal, niat dan perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Seterusnya, akan meneruskan tugas ini sebagai bukan tugas biasa sebaliknya menjadikan pekerjaan ini sebagai ibadah. 4.0 Cabaran Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru Perkembangan mendadak teknologi maklumat menjadi pemangkin pada abad ke-21 ini. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan media serta saling berkait antara satu sama lain. Globalisasi memberi impak kepada seluruh dunia dalam banyak aspek seperti perindustrian dan ekonomi dunia, begitu juga pendidikan tidak terkecuali dalam hal ini.
20

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003) dalam Cikgu Ganu (2011) yang merupakan Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Dunia globalisasi menyediakan suatu fungsi pendidikan tanpa sempadan yang selaras dengan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan kini merupakan suatu proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu melalui sumber maklumat dan pengetahuan yang tiada batasan. Antara globalisasi yang menjadi cabaran kepada dunia pendidikan kini salah satunya adalah perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Gibbons juga mengatakan globalisasi bukan budaya homogeniti tetapi menjana diversity. Ini menjelaskan guru akan berasa tertekan kerana terpaksa menjana gaya pengajaran yang lama kepada yang baru dan lebih pelbagai. Penggunaan TMK adalah merupakan cabaran terbesar buat warga guru terutamanya bagi guru-guru lama. Guru-guru perlu menguasai bidang teknikal serta tidak buta teknologi maklumat mengikut peredaran zaman. Menurut artikel Utusan Malaysia 2007 yang bertajuk Ada Guru Tidak Tahu Internet menyatakan kebanyakan guru dan pegawai terbabit terdiri daripada mereka yang berumur lebih 50 tahun dan sekadar mampu mengendalikan asas-asas perisian komputer. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Ini kerana, kebanyakan anak-anak zaman sekarang lebih menguasai arus teknologi maklumat kerana sudah menjadi lumrah mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Justeru, guru-guru seharusnya perlu mengikut perubahan dan

perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan berbanding pelajar. TMK pada dasarnya banyak memberikan impak-impak positif dan dapat membantu guru seperti dalam kajian Irfan Naufal Umar dan Nurullizam Jamiat. ( 2011) yang mengatakan banyak membantu guru dalam penyampaian ilmu pengetahuan, namun masih mempunyai kekurangan daripada aspek lain.
21

5.1

Kesan Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada

globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Malaysia masih belum dapat mencapai taraf negara membangun dan masih ketinggalan dalam dunia teknologi. Secara umumnya, globalisasi membawa banyak impak positif terhadap pendidikan di Malaysia seperti memudahkan pengajaran lebih efektif dan sumber pengajaran yang lebih meluas. Penyebaran maklumat juga lebih efisien menggunakan infrastruktur telekomunikasi dan pelaksanaan kerja juga menjadi lebih cekap. Walau bagaimanapun, beberapa kesan negatif juga dapat dilihat dalam dunia pendidikan di Malaysia sebagai impak daripada arus globalisasi yang melanda dunia. Sesetengah guru tertekan dengan perubahan ini yang mengaggap beban tugas mereka bertambah terutamanya tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan lain-lain. Bagi sesetengah guru yang proaktif pula berasa kecewa apabila tidak mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran iaitu daripada segi kewangan , motivasi dan dorongan, pengiktirafan serta penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan TMK tidak dapat diaplikasikan dan para pelajar juga tidak berpeluang untuk mempelajari. Dalam pada itu, kerajaan juga masih tidak mampu untuk menyediakan prasarana dan kemudahan yang berteknologi untuk semua sekolah di Malaysia terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman. Signifikan daripada keadaan ini, wujudnya jurang perbezaan antara kompetensi pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar luar bandar lebih ketinggalan di belakang seperti

22

daripada sudut maklumat, aplikasi kemahiran, penggunaan teknologi dan lainlain. Kesan daripada akses maklumat tanpa sempadan juga mengakibatkan perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti menonton porno dan seterusnya boleh membawa kepada kegiatan jenayah rogol atau pun sumbang mahram di kalangan masyarakat. Kebanjiran maklumat dan akses yang mudah terhadap dunia hiburan melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di kalangan masyarakat kini semakin meruncing. Menurut Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2007) cabaran kehidupan global village dan borderless world akan terus member impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar. Kajian ini juga menyebut negara seperti Jordan, Colombia, Peru, Habsyah turut mencatatkan peningkatan bilangan kes keganasan pelajar. Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Masyarakat kini mementingkan prestij dan kemewahan dan oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Budaya hidup kebaratan yang dilihat dan ditonton sama ada di televisyen atau menerusi internet juga turut menjadi punca terhadap peningkatan masalah-masalah sosial di kalangan masyarakat. Bahasa Melayu dan budaya ketimuran dianggap kolot dan ketinggalan zaman lalu dipinggirkan. Gaya hidup kebaratan seperti pergaualan bebas dan seks bebas dianggap perkara biasa bagi mereka. Natijahnya, lahirlah anak-anak yang tidak berdosa dan juga nilai-nilai moral dalam masyarakat semakin rendah. 5.2 Langkah-Langkah Menangani Cabaran Perkembangan Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Berdasarkan artikel Utusan Malaysia 16 Mei 2007 bertajuk Rahsia Kejayaan Tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2007 iaitu Datuk Muhammad Mustaffa, Datuk Abdul Majid Omar dan Gerald Lee Leong Ai. Ketiga-tiga mereka berpendapat rahsia untuk menjadi guru cemerlang ialah keseronokan serta minat mendalam terhadap profesion yang diceburi. Sifat komited, memahami tugas
23

yang diamanahkan serta seronok bekerja menjadikan beliau tabah menghadapi segala amanah dan cabaran kerjaya sebagai pendidik. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah menjalankan kewajipan kita dan menangani cabaran dengan positif untuk memberikan yang terbaik untuk anak didik. Guru-guru boleh mengambil peranan untuk membantu para perancang kurikulum bagi menyemak semula kurikulum yang sentiasa berubah.

Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia seharusnya dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin mencabar. Perubahan tersebut juga penting untuk guru bagi mempersiapkan diri dengan keperluan untuk menghadapi pelbagai perubahan tersebut. Guru dan sekolah juga mesilah mengikuti perubahan yang mendatang supaya tidak ketinggalan di belakang. Menurut Dr. Ahamad dalam Syuhada Choo Abdullah (2006), sekolah mestilah mengikuti perubahan daripada aspek ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Selain itu, warga pendidik termasuk pengetua dan guru besar disarankan supaya membudayakan kemahiran ICT untuk tujuan ini. Ini bermaksud, bahagian pentadbiran sekolah seharusnya menjadi peneraju dalam pembudayaan dan pembudayaan pelbagai teknologi pendidikan iaitu meliputi teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru, guru-guru lain dapat memanfaatkan kemudahan TMK dalam urusan serta tugas masing-masing termasuk bagi pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, kursus dan bengkel yang dirancang secara efektif, dapat menarik minat para guru dan boleh diaplikasi sebenarnya merupakan medium yang berkesan untuk tujuan ini. Dalam pada itu, perubahan-perubahan negatif yang wujud akibat pengaruh globalisasi pula boleh ditangani dengan beberapa langkah juga. Antara yang penting adalah guru dan ibu bapa perlu menggembleng tenaga dalam menangani gejala-gejala negatif ini. Kedua-dua pihak ini seharusnya menyedari bahana pengaruh globalisasi ini terhadap anak-anak muda. Motivasi dan jati diri
24

yang utuh amat penting untuk disemai dalam diri anak-anak muda ini oleh guru supaya tidak terpengaruh dengan kesan negatif globalisasi. Keperibadian guru juga berperanan dalam mengatasi isu ini. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan supaya dapat menjadi role-model. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan juga dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, kerjasama, bersemangat tinggi dan berbudi pekerti. Aktiviti-aktiviti sama ada di dalam kelas atau di luar kelas pula yang dijalankan melalui pemantauan guru pula dapat menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara. Aktiviti seperti pementasan drama, bengkel kemahiran, perkhemahan unit juga membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar. Aktiviti sebegini lebih menekankan kepada sikap, kelakuan, akhlak dan nilai-niali yang perlu ada dalam diri pelajar-pelajar yang mudah terpengaruh dengan arus globalisasi dan modenisasi. 5.0 Cabaran Semasa Dunia Pendidikan Dalam Pelaksanaan Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Isu lain yang ingin diketengahkan adalah berkaitan dengan PPSMI. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains merupakan transformasi pendidikan yang dicetuskan pada tahun 2003 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamad semasa pentadbiran beliau. Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, dasar ini dijalankan secara berperingkat bermula pada tahun 2003 dengan perintisnya murid Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh dasar ini ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

25

Berdasarkan Mahathir mohamad (2009) rasional dasar ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa ini dipercayai menjadi jambatan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Dasar ini telah mendapat reaksi ramai pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kesatuan Guru-Guru dan GAPENA. Banyak kajian mendalam dijalankan dari semasa ke semasa terhadap pelaksanaan dasar ini. Akhirnya, dengan kerjasama banyak pihak, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai wakil kabinet mengumumkan bahawa PPSMI dimansuhkan pada tahun ini, 2012. Beberapa perubahan penting lain adalah : Semua murid daripada Tahun 2 sehingga Tingakatan 5 tahun ini yang kini mengikuti system PPSMI akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka sehingga tamat belajar. Mulai tahun depan semua pelajar sekolah kebangsaan daripada tahun 3 hingga tahun 6 akan dibenarkan meneruskan pengajian Matematik dan Sains sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau kedua-dua sekali. Bagi sekolah rendah, pengajaran sepenuhnya dalam Bahasa Melayu akan bermula pada 2016, manakala sekolah menengah pada 2021. Namun, baru-baru ini terdapat segelintir ibu bapa yang menyuarakan dengan lantang supaya PPSMI diteruskan untuk murid-murid ini. Walaupun dasar ini telah dimansuhkan pada tahun ini, isu ini tetap menjadi cabaran hebat dalam dunia pendidikan semenjak dua tiga tahun belakangan ini. Tambahan pula, arus globalisasi dan modenisasi semakin berkembang pesat dan sesetengah ibu bapa menuntut supaya sistem pendidikan dikemaskini. Namun, setiap perubahan sistem pendidikan harus dibincang dan dinilai terlebih dahulu dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya, semua lapisan masyarakat dapat melihat kesan positif dan negatif isu ini sebelum diaplikasi.
26

Pengalaman sebagai guru pelatih dengan major Sains yang menjalani praktikum selama enam bulan di beberapa buah sekolah berlainan dapat memberikan pengalaman untuk melihat sendiri bagaimana pelaksanaan dan kesan PPSMI terhadap murid-murid dan juga sekolah itu sendiri. Lain padang lain belalang begitulah perumpamaan yang dapat dibuat apabila melihat sendiri kaedah-kaedah dan pendekatan yang berbeza diaplikasikan untuk sekolah dan murid yang berbeza. Hal ini terjadi kerana, apabila arahan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dikeluarkan, pihak sekolah dan para guru mestilah mengikuti dan melaksanakan arahan ini. Namun, sebagai seorang guru yang peka dengan keperluan dan kemampuan muridnya, kaedah dan pendekatan yang digunakan adalah berbeza yang bertujuan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan murid itu sendiri. Ini kerana, setiap murid adalah berbeza daripada segi latar belakang keluarga, tempat tinggal, tahap IQ, pengetahuan sedia ada, ekonomi keluarga dan lain-lain. Kesemua faktor ini menjadikan setiap murid berbeza dalam penerimaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Murid-murid bandar misalnya memang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan sesetengah daripada mereka menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan harian sama ada bersama keluarga ataupun rakan. Maka, isu ini bukanlah suatu isu yang besar buat mereka malahan merasakan suatu peluang. Berbeza dengan murid-murid di luar bandar atau pedalaman. seperti yang diketahui umum pendedahan terhadap Bahasa Inggeris di kawasan ini adalah kurang berbanding di bandar. Bahasa Inggeris juga bukanlah bahasa perbualan harian yang utama buat mereka. Maka, tidak hairanlah jika murid-murid luar bandar lemah dan tidak menguasai Bahasa Inggeris. Justeru, jika murid-murid ini tidak dapat mengusai bahasa pengantar ini bagaimana pula mahu menguasai subjek Sains dan Matematik. Jika sebelum PPSMI dilaksanakan hanya subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek kritikal namun kemudiannya subjek Sains dan

27

Matematik menjadi dua subjek lagi yang sukar untuk dikuasai oleh murid-murid ini. Berdasarkan pengalaman semasa berpraktikum, antara kisah-kisah dan pengalaman yang boleh dikongsi adalah terdapat sesetengah guru Sains yang perlu mengajar bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum mengajar subjek Sains. Ini kerana murid-murid ini merupakan murid kelas belakang dan masih ada yang memerlukan bimbingan untuk membaca dan membina ayat, apatah lagi apabila dalam Bahasa Inggeris. Ada juga kes yang mana guru Sains terpaksa menjadi walking-dictionary di dalam kelas supaya setiap murid memahami apa yang disampaikan. 5.1 Kesan Pelaksanaan Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Namun, masalah timbul timbul apabila tenaga pendidik juga tidak kompeten dalam penguasaan Bahasa Inggeris, justeru bagaimana murid-murid yang lemah boleh memahami pengajaran yang disampaikan. Dalam hal ini, apabila arahan telah dikeluarkan guru-guru lama dan baru akan diarahkan untuk berkursus untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan juga diberikan pendedahan bagaimana untuk menyampaikan pengajaran Sains dan Matematik dalam kedua-dua subjek ini. Namun, bengkel dan kursus jangka masa pendek tidak dapat menjamin guru-guru ini untuk dapat meningkatkan penguasaan mereka. Penguasaan terhadap bahasa asing memerlukan masa panjang untuk seseorang menguasai, mempraktis dan mengamalkan bahasa tersebut sehingga benar-benar kompeten. Menurut Imlan Adabi (2012) dalam rencana Berita Harian, menyelitkan kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) pada Februari 2009 terhadap 553 guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli, kebanyakan guru masih belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apabila 39.3

28

peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Kelancaran Bahasa Inggeris. Analisis terhadap keputusan-keputusan peperiksaan juga menunjukkan berlakunya kemerosotan pencapaian murid-murid dan sekolah semenjak PPSMI dilaksanakan. Keadaan ini berlaku mungkin kerana para pelajar tidak dapat memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran guru. Apabila pelajarpelajar ini tidak memahami, pelajar mungkin tidak dapat menjawab soalan ujian. Begitu juga dengan subjek Sains, murid-murid perlu mendengar penerangan dalam Bahasa Inggeris oleh guru dan apabila pengajaran yang disampaikan tidak dapat difahami dengan jelas, konsep atau fakta Sains mungkin berubah dalam konteks pemahaman murid-murid ini. Ibu bapa juga turut mempersoalkan keadaan ini apabila prestasi anak merosot terhadap sekolah. Berdasarkan Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot daripada tangga ke-20 kepada tangga ke-21 pada tahun 2003. Manakala bagi subjek Matematik merosot darpada tangga ke-10 pada tahun 2003 kepada tangga ke-20 pada tahun 2007. Laporan TIMSS 2007 yang sememangnya diiktiraf di peringkat antarabangsa ini menunjukkan pencapaian pendidikan di negara ini semakin merosot semenjak PPSMI dilaksanakan. Tambahan pula, kajian ini menunjukkan negara-negara yang menduduki tangga teratas menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan daripada sesetengah guru di sekolah juga mengatakan pelajar menjadi kurang aktif apabila pengajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Jika sebelum, pelajar aktif di dalam kelas dan dapat memberikan respon yang baik ketika mengajar, kini keadaan yang berlaku berbeza. Mungkin kerana, pelajar tidak memahami dan juga perlu berbahasa Inggeris ketika memberikan respon terhadap guru. Sesetengah pelajar yang rendah diri juga takut untuk berbahasa Inggeris kerana khuatir akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain yang lebih fasih.

29

Jika dibandingkan dengan pelajar Bandar, pelaksanaan PPSMI lebih memberikan impak kepada pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar dan pedalaman yang kurang pendedahan terhadap Bahasa Inggeris seharusnya didedahkan secara berperingkat bukannya dengan perubahan drastik.

Pelaksanaan ini sangat memberikan kesan kepada pencapaian mereka terutamanya yang lemah. 5.2 Langkah Menangani Cabaran Pelaksanaan Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Antara beberapa cadangan yang boleh mengatasi isu ini adalah memantapkan Bahasa Inggeris itu sendiri berbanding menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek-subjek lain. Ini disokong oleh Herman Hamid (2007) dalam artikel Utusan Malaysia yang betajuk Guru pelajar dibantu kuasai bahasa Inggeris menyatakan penguasaan mereka dm BI akan dibantu melalui kerjasama yang dijalinkan dengan beberapa buah universiti tempatan. Contohnya, Monash Universitiy Malaysia menjadikan kawasan Jeli kawasan anak angkat mereka dan juga USM. Tenaga pensyarah di situ mengajar tentang kaedah dan teknik bahasa Inggeris yang betul dan menjalankan beberapa kursus-kursus jangka pendek. Subjek-subjek lain terutamanya Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu iaiatu bahasa kebangsaan sendiri. Salah satu rasionalnya pelaksanaan PPSMI adalah sebagai jambatan ilmu kepada penegetahuan-pengetahuan lain yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Cadangannya, buku-buku rujukan atau pun buku teks yang digunakan pelajar boleh dijadikan dalam dwibahasa. Justeru, guru menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama juga, guru-guru boleh memperkenalkan terma-terma atau ayatayat yang digunakan dalam bahasa Inggeris juga sebagai tambahan ilmu. Guru sendiri juga perlukan memantapkan diri dengan Bahasa Inggeris untuk menjadi role-model kepada para pelajar. Guru merupakan contoh terbaik untuk pelajar selain daripada ibu bapa. Jika pelajar melihat guru petah
30

berbahasa Melayu serta fasih berbahasa Inggeris, sudah pasti terbit kekaguman dalam diri mereka. Pelajar juga tidak boleh mempertikaikan kebolehan guru tersebut untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dan menjadi motivasi untuk mereka berjaya seperti guru di depan mata. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Kelab Bahasa Inggeris di sekolah juga perlulah memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan lain untuk sama-sama menguasai bahasa Inggeris. PRS boleh membantu daripada segi pelbagai subjek seperti Sains, Biologi, Matematik Tambahan selain daripada bahasa Inggeris. Dalam pada itu, dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kelab ini seperti perbahasan bahasa Inggeris, pementasan drama pendek, komedi spontan bahasa Inggeris juga dipercayai dapat menarik minat mereka selain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Menurut cadangan beberapa guru di sekolah juga, pelaksanaan PPSMI boleh dilaksanakan tetapi untuk pelajar-pelajar yang berkebolehan sahaja. Namun, masyarakat harus diberikan penjelasan yang jelas tentang pelaksanaan ini kerana khuatir dikatakan tidak adil. Adil menurut definisi Al-Quran adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Justeru, pelajar yang berkebolehan seharusnya berpeluang menikmati peluang ini. Manakala, bagi pelajar yang kurang berkebolehan, bukan bermaksud dipinggirkan kerana kandungan kurikulum adalah sama tetapi hanya bahasa pengantar berlainan. Pelajar-pelajar ini akan menguasai dalam bahasa Melayu dan ditingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka mengikut cara yang berlainan. 6.0 Kesimpulan Cabaran profesion keguruan dalam abad ke-21 amat bergantung pada pembaharuan dan dasar pendidikan yang menjadi paradigma untuk meningkatkan dan memartabatkan pendidikan untuk anak-anak Malaysia yang bakal menjadi pemimpin masa akan datang. Walau bagaimanapun, guru sendiri harus mempersiapkan diri dengan segala ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang selaras dengan perubahan semasa.

31

32