Anda di halaman 1dari 15

PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan pegangan agama dalam masyarakat hari ini. Fuad yang merupakan seorang mualaf digambarkan mempunyai pegangan agama Islam yang kuat selain daripada Pak Mail. Fuad suka sembahyang berjemaah di surau. Kalau tidak dia akan berjemaah di rumah. Dia lebih memahami tentang agama Islam berbanding dengan Farhana dan Cikgu Zamani. Fuad menghabiskan ayam goreng yang berada dalam pinggan Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa di rumah Cikgu Zamani, dia melihat Cikgu Zamani lebih cenderung kepada pembangkang. Namun dia melihat dasar yang kuat pada diri Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah. Penilaian itu menyebabkan Fuad memberi berbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan ajakan Cikgu Zamani supaya Fuad menyertai jemaah mereka. Fuad berani menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah mahramnya iaitu adiknya ketika berada di hospital. Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalanpenguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar. Cikgu Abas telah datang ke rumah Pak Mail untuk mencari Fuad. Cikgu Abas meminta Fuad menjadi guru di sekolah tempat dia mengajar. Cikgu Abas tahu Fuad berkebolehan dalam Bahasa Inggeris. Dia meminta Fuad mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Dia telah menjelaskan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolahnya agak lemah. Oleh itu dia perlu mendapatkan seorang guru yang baik untuk mereka. Ketiga mengajar, Fuad perlu menggunakan perlbagai pendekatan untuk mengejar pelajar yang berlainan tahap penguasaan termasuk yang lemah. Begitu juga dengan Farhana. Dia pulang dari London dengan harapan yang tinggi untuk mendidik anak-anak muridnya. Namun semangatnya semakin luntur apabila mendapati anak-anak petani dan nelayan tidak berminat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Melunas Rindu ialah persoalan peranan dan tanggungjawab guru terhadap tugas dan pelajar. Peroslan ini jelas digambarkan oleh pengarang melalui watak Cikgu Zamani. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak boleh ditegur. Namun kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas Cikgu Zamani semasa kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising. Cikgu Zamani tidak ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan getas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Pengarang juga mengungkapkan persoalan kasih sayang antara ahli keluarga. Persoalan ini digambarkan pada beberapa watak dalam novel. Mak Salmah begitu sayangkanSofia walaupun Sofia hanya merupakan anak angkatnya. Selepas Sofia dirampas daripadanya sehingga menyebabkanSofia meninggal, perasaan Mak Salmah muram. Walaupun Fuad sebagai abangnya cuba untuk menebus kesalahan, namun Mak Salmah tidak mudah untuk memaafkan Fuad yang bertanggungjawab melarikan Sofia. Setelah menyeradi kesilapannya, Robert Lim amat mengharapkan agar Fuad dapat menerimanya. Dia dapat menerima Fuad sebagai seorang Islam. Dia telah menari Fuad setelah Fuad tidak

dapat memenuinya. Dia membawa cincin perkahwinan dengan ibu Fuad supaya Fuad mempunyai petunjuk untuk mencari ibunya. Fuad juga sayang akan keluarga angkatnya yang juga bapa saudara yang telah membesarkannya iaitu Peter Lim. Dia telah melawat Peter Lim di Sungai Ruan setelah perasaannya tenang. Selain daripada itu, Fuad sayang kepada Sofia dan Farhana sebagai adik-adiknya. Watak Fuad dan Farhana dalam novel ini menggambarkan persoalan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan ahli keluarga. Fuad yang telah beberapa tahun tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah telah menunaikan tanggungjawab yang baik sebagai anak angkat. Selain daripada bertujuan untuk menebus kesalahannya, dia juga melakukan sesuatu dengan ikhlas. Dia telah membelikan sebuah motosikal kepada Pak Mail agar senang Pak Mail dan Mak Salmah untuk ke sesuatu tempat. Dia telah membelikan sebidang tanah kepada Pak Mail untuk bercucuk tanam. Fuad juga telah melawat apaknya di Sugai Ruan. Fuad telah meringankan bedan Peter Lim dengan menangung belanja persekolahan adikadik sepupunya sehingga ke peringkat tertinggi. Farhana juga selalu pulang ke Kuantan untuk melawat ibunya. Sebagai anak sulung, dia bertanggungjawab untuk menangung perbelanjaan harian ibunya Mariana dan adik-adiknya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan sebahagian tanggungjawab itu terletakdi atas bahu Farhana. Dia terus pulang ke Kuantan setelah mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital. ******** 2

WATAK DAN PERWATAKAN

A) FUAD Semasa kecil atau baru dilahirkan dia diberi nama Abd. Halim oleh datuknya. Fuad adalah anak kepada Mariana. Duad dilarikan oleh keluarga Robert Lim setelah beberapa hari tinggal bersama datuknya di Lembah Klau. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter Lim. Namanya bertukar kepada Joshua. Dia bertanggungjawab melarikan adiknya Sofiadaripada jagaan Pak Mail dan Mak Salmah hingga menyebabkan Sofia meninggal. Dia menyedari akan keadaan keluarganya yang sebenar dan dirinya menyebabkan dia kembali kepada agama Islam. Dia amat marah kepada bapanya sendiri iaitu Robert Lim. Dia tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Dia menggunakan nama Fuad. Dia diminta menjadi guru di sekolah Sofia dahulu dan berkenakan dengan Farhana. Daripada perkenalan itu dia berjaya menemui ibunya yang docari selama ini iaitu Mariana yang juga merupakan ibu kepada Farhana. Setelah bertemu dengan ibu kandungnya barulah Fuad dapat memaafkan bapanya. Antara perwatakan Fuad ialah dia merupakan seorang penganut agama Islam yang taat dan rajin belajar ilmu agama. Fuad berasa tenang setelah kembali kepada ajaran Islam dan hidup bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Pak Mail banyak mengajarnya tentang agama Islam sehinga dia dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik. Fuad suka

sembahyang berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran dengan Pak Mail di surau selepas sembahyang Maghrib. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di hospital. Fuad juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga. Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikansebuah motosikal kepada Pak Mail agar Pak mail dan Mak Salmah dapat ke sesuatu tempat dengan mudah. Fuad juga membelikan sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Fuad selalu memberikan keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya. Penulis juga menggambarkan Fuad sebagai seorang yang gigih dalam berusaha dan tidak mudah putus asa. Sifat ini dapat diperhatikan selama beberapa tahun dia tinggal bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Dia tahu Mak Salmah sukar untuk menerimanya sebagai anak angkat kerana Fuad sendiri bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun dia tidak berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah. Dia tidak marah atau kecewa walaupun Mak Salmah tidak begitu melayanynya selama bertahun-tahun dia tinggal di rumah itu. Dia melakukan apa yangtermampu untuk memujuk perasaan Mak Salmah. Sebagai guru, Fuad juga gigih dalam mendidik pelajarnya. Dia mengajar dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap pelajarnya. Selain daripada itu dia mengajar kelas lanjutan yang bermula pada pukul 1.15 tengahari. Kegigihan mencari ibu kandung juga membuahkan hasil. Dia berusaha mengesan ibunya dan berjaya menemuinya ketika berada di holpital. Ibunya ialah Mariana yang juga ibu kepada Farhana. Perwatakan lain yang terdapat pada diri Fuad ialah suka menolong orang lain. Dia telah menolong Borhan dengan mengeluarkan wangnya untuk menampung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Semasa dia melawat Borhan pada malam itu, anak Borhan demam. Dia telah mendapatkan kereta dan membawa Borhan, isteri dan anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Fuad juga kerap menolong Farhana. Dia telah menumpangkan Farhana dari Kuala Terengganu ke kampung Farhana di Kuantan apabila dia mendapati Farhana tidak mendapat tiket bas. Semasa Farhana menunggu ibunya Mariana yang sakit di hospital, Fuad menolong Farhana pergi ke rumah Farhana untuk melihat adik-adik Farhana. Fuad kembali ke hospital pada pukul sebelas malam.

B) FARHANA Dia merupakan anak kepada Mariana yang juga ibu kandung kepada Fuad. Farhana ialah adik beradik seibu dnegan Fuad. Ayahnya Fakhrudin telah meninggal dunia. Dia

mempunyai empat orang adik. Merupakan seorang guru ketua panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia iaitu sekolah yang sama dengan Fuad. Dari segi perwatakan, Farhana digambarkan sebagai seorang yang periang. Sifat itu disedari oleh Fuad sendiri bermula pada peringkat awal perkenalan mereka lagi. Fuad melihat Farhana sebagai seorang guru yang tidak mempunyai masalah. Dia mudah ketawa apabila diusik oleh Fuad. Sebagai seorang yang periang, dia suka bergurau. Farhana kerap bergurau dengan Fuad ketika mereka berbual di bilik guru perempuan terutamanya ketika Fuad memberitahu bahawa dialah yang memerikan kad hari jadi kepada Farhana. Farhana juga bergurau dengan Fuad semasa mereka keluar dan makan pada petang tersebut. Farhana juga digambarkan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Dia ingin mencari Cikgu Zamani apabila seorang pelajar mengadu kepadanya bahawa guru tidak masuk ke kelas semasa program Jawab untuk Jaya yang diadakan dalam kelas masing-masing. Apabila menemui Cikgu Zamani Farhana memaklumkan perkara tersebut kepada Cikgu Zamani. Cikgu Zamani sebaliknya berkasar dengan Farhana menyebabkan Farhana mengungkit pula tentang perjumpaan PBSMi Sabtu. Cikgu Zamani tidak datang sedangkan Farhana terlihatnya di Hock Kee Seng. Farhana mengungkitkan soal tanggungjawab kepada Cikgu Zamani. Satu sifat negatif yang terdapat pada diri Farhana ialah diakurang menghayati ajaran agama Islam. Dia terpegun apabila Fuad menghormati azan Zohor yang dilaungkan dan kemudiannya berdoa selepas azan sedangkan dia tidak berbuat demikian. Farhana juga kagum dengan Fuad yang amat menjaga solatnya sedangkan dia sendiri mengaku bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang sering ditinggalkan ialah solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada hari-hari cuti. Semasa makan dalam perjalanan ke Kuantan, Farhana terpegun apabila Fuad tiba-tiba mengambil ayam goreng di dalam pinggannya. Fuad memberitahunya tentang rezeki dan pembaziran. Farhana merasakan dirinya banyak kekurangan dalam penghayatan agama Islam berbanding dengan Fuad.

C) PAK MAIL Pak Mail ialah suami kepada Mak Salmah. Bapa angkat kepada Fuad. Dia tidak mempunyai anak. Dari segi perwatakan, Pak Mail digambarkan sebagai seorang yang berilmu dan taat kepada perintah agama. Fuad telah kembali kepada ajaran Islam dan tinggal di rumah Pak Mail sebagai anak angkat setelah kehilangan Sofia. Pak Mail yang bertanggungjawab membimbing, memberikan ilmu agama dan keyakinan kepada Fuad. Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran di surau selepas solat Maghrib. Fuad meminta Pak Mail mendengar dan menegur bacaannya. Selain daripada itu Pak Mail juga sentiasa solah berjemaah di surau. Pak Mail juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab besar yang telah dilaksanakannya ialah memberikan pendidikan agama kepada Fuad yang memeluk agama Islam dan tinggal di rumahnya. Sebagai seorang yang paling dekat dengan Fuad dan sebagai seorang penganut agama Islam, Pak Mail menunaikan tanggungjawab tersebut dengan baik sehinggakan Fuad dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik. Pak Mail juga bertanggungjawab terhadap isterinya. Pak Mail menjaga Mak Salmah dengan baik ketika Mak Salmah sakit akibat daripada tekanan perasaan kerana kehilangan Sofia.

Pengarang juga menggambarkan Pak Mail sebagai seorang yangrasional dan tidak berdendam. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilanganSofia. Namun Pak Mail sebaliknya berfikiran terbuka dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas ketiadaanSofia. Lebih daripada itu Pak Mail telah membela Fuad daripada cercaan masyarakat kampung. Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agarSofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim. ********* 3

PLOT
Secara umumnya plot novel Melunas Rindu merupakan plot yang agak kompleks kerana ia tidak mengikut kronologi atau urutan peristiwa. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa yang lalu pada bab 18. Bab ini menceritakan kembali bagaimana Mariana kehilangan Abd. Halim dan kemudiannya berkahwin dengan Fakhrudin sehingga berpindah dan menetap di Kuantan. Pada peringkat permulaan plot novel ini, pengarang telah memperkenalkan tiga watak iaitu fuad yang merupakan watak utama dalam novel dan juga watak Pak Mail serta Mak Salmah sebagai ibu bapa angkat kepada Fuad. Berdasarkan imbas kembali dalam beberapa bab yang awal, pembaca mengetahui bahawa Fuad sudah berada di rumah Pak Mail sejak beberapa tahun yang lepas. Dia datang ke situ setelah menyedari keadaan dirinya dan setelah dia rasa bersalah atas kehilangan Sofia dari rumah Pak Mail. Fuad menjadi anak angkat Pak Mail dan Mak Salmah. Fuad telah melakukan apa sahaja yang termampu untuk menebus kesalahannya termasuklah membeli sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemiliknya. Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Cikgu Abas datang menemui Fuad dan memaklumkan bahawa dia ingin meminta bantuan Fuad untuk mengajar pelajarnya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad bersetuju dan telah melaporkan diri di sekolah tersebut. Di sekolah itu dia telah berkenalan dengan Farhana selaku ketua panitia Bahasa Inggeris. Sikap Cikgu Zamani di sekolah itu telah menimbulkan konflik dengan Farhana. Perkenalan yang sekian lama telah membuahkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun mereka tidak pernah meluahkannya. Konflik pada diri Fuad bermula apabila Chin datang ke sekolah untuk menemuinya. Chin menasihati agar Fuad melawat apaknya di Kuala Lumpur. Apaknya ingin sangat bertemu dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan walaupun apaknya itu merupakan bapa kandungnya. Chin juga menasihati Fuad agar melawat apak di Sungai Ruan yang merupakan bapa saudara yang telah membesarkannya sejak kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini fikirannya telah dipengaruhi oleh apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan keluarga ibunya. Dia ingin menjejak kubur ibu kandungnya kerana dia mengetahui ibu kandungnya telah meninggal.

Dia ingin ke Lembah Klau untuk tujuan tersebut. Dalam perjalanan dia telah menumpangkan Farhana dan singgap di rumah Farhana di Kuantan. Dia sempat berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana. Kemudian dia ke rumah bapa saudara yang menjaga dan membesarkannya sebelum dia tinggal di rumah Pak Mail. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi. Fuad ingin menjejaki ibunya. Dia meminta pertolongan Peter Lim agar menghubungi bapanya Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya. Dia akan jadikan gambar itu sebagai petunjuk untuk mencari ibunya. Namun Fuad masih tidak dapat berhadapan dengan bapanya Robert Lim. Plot novel ini menuju ke peringkat kemuncak atau klimaksapabila tiba-tiba sahaja Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Fuad yang sangat prihatin terhadap Farhana segera bertolak ke Kuantan pada petang yang sama. Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman. Fuad mengajak Farhana turun ke bawah setelah Farhana terjaga dari tidur. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Fuad menenangkan keadaan dan mencadangkan agar mereka menyiasat perkara itu. Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Dia mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia dapat buat pengecaman. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis. Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula apabila Farhana dan Fuad dapat menenteramkan perasaan dan menerima kenyataan. Fuad dan Farhana berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu mereka untuk sementara. Fuad dan Farhana pulang ke Kuala Terengganu. Mereka terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan sebenar. Mereka mahu Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru agar tidak mendatangkan fitnah. Fuad menerima kiriman berupa sampul besar daripada Bahagian Pendidikan Guru. Dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK sebulan lagi. Mereka juga mengetahui bahawa Cingu Zamani akan bertukar pada tahun hadapan. Fuad cuba menggembirakan Farhana dan belajar menerima hakikat bahawa mereka bersaudara. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail mengerjakan umrah. Ketika di KLIA, Robert Lim datang. Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa dialah yang memberitahu apaknya tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah. Robert Lim

berpesan supaya penjaga ibunya dengan baik. Dia akan menyusul kemudian. Robert Lim menarik Fuad ke dalam pelukan. ********* 4

LATAR
A) LATAR TEMPAT Secara umumnya cerita dalam novel ini berpusat di rumah Pak Mail di Danau Seberang, Terengganu. Tempat ini merupakan tempat tinggal Pak Mail dan Mak Salmah. Adik Fuad iaitu Sofiapernah tinggal di tempat ini bersama Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Fuad telah membeli sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Cikgu abas datang menemui Fuad meminta Fuad mengajar di sekolahnya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad membawa Farhana pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada Pak Mail dan Mak Salmah. Chin datang menemui Fuad di sekolah dan memaklumkan tentang keadaan apaknya di Kuala Lumpur. Pada bahagian akhir cerita, bapa Fuad iaitu Robert Lim telah datang ke rumah Pak Mail untuk menemui Fuad. Robert Lim juga meminta maaf atas apa yang telah dilakukan dahulu sehingga Sofia meninggal. Peristiwa penting juga berlaku di Sungai Ruan. Di situ Fuad telah melawat apaknya Peter Lim yang merupakan bapa saudara yang telah menjaga dan membesarkannya. Peter Lim sedang sakit dan kehidupan mereka agak sukar. Kedatangan Fuad yang sekian lama meninggalkan keluarga itu telah memberi sinar. Peter Lim semakin sihat apabila melihat Fuad. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung kos persekolahan adik-adik sepupunya. Dari situ Fuad pergi ke lembah Klau untuk menjejak kubur ibu kandungnya. Fuad singgat sekali lagi di Sungai Ruan setelah menjejaki kubur ibunya dan mendapati ibunya masih hidup. Dia meminta Peter Lim menghubungi bapanya Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin. Fuad masih enggan menemui bapanya. Novel ini juga menggambarkan sedikit latar tempat Lembah Klau dan Kampung Sedili. Fuad bersama Pak Said datang ke Lembah Klau untuk menjejaki kubur ibu kandungnya. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi. Satu lagi latar tempat yang penting dalam novel ini ialahKuantan. Ini adalah tempat berlakunya peristiwa penting yang menjadi puncak plot. Dalam perjalanan ke Sungai Ruan, Fuad telah menumpangkan Farhana yang ketiadaan tiket bas ekspres. Dia singgah di rumah Farhana di Kuantan dan berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana. Sekali lagi Fuad datang

ke Kuantan apabila mengetahui Farhana pulang dan ibu Farhana dimasukkan ke hospital. Di hospital Fuad terkejut apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibu kandungnya. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Setelah Robert Lim masuk ke dalam bilik, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis. B) LATAR MASA Terdapat dua latar zaman yang jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan masa, pembaca dapat mengesan latar akhir tahun 1960-an pada bab 18. Bab ini merupakan imbas kembali oleh pengarang untuk menceritakan tentang peristiwa yang dilalui oleh Mariana selepas melahirkan anak iaitu Abd. Halim. Peristiwa itu tidak diketahui oleh watak lain yang ditemui oleh Fuad sama ada Pak Ngah Lias Lembah Klau atau Pak Shamsudin di Kampung Sedili. Mariana sebenarnya mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dua hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat limaorang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim. Manakala sebahagian besar peristiwa dalam novel berlaku padatahun 1990-an iaitu setelah Fuad berumur 27 tahun. Pengarang menceritakan tentang peristiwa yang berlaku setelah Fuad dewasa dan menyedari keadaan sebenar tentang kehidupannya. Keadaan itu menyebabkan dia meninggalkan keluarganya itu keluarga Robert Lim dan keluarga Peter Lim dan tinggal bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Sukar baginya untuk memaafkan bapanya sendiri iaitu Robert Lim atas apa yang berlaku pada dirinya dan Sofia. Perkenalannya dengan Farhana merupakan satu hikmah. Dia dapat bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari sebelum itu. Dia mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup setelah pergi ke Lembah Klau dan Kampung Sedili. Robert Lim menyedari kesilapannya dan datang ke rumah Pak Mail untuk mencari Fuad. Dia juga meminta maaf daripada Pak Mail atas segala peristiwa yang berlaku sebelum itu. Fuad juga dapat menerima bapanya Robert Lim setelah menemui ibu kandungnya. Selain daripada latar zaman, terdapat juga latar waktu yang menarik dalam novel ini iaitu latar waktu malam. Fuad membaca al-Quran di hadapan Pak Mail selepas sementara menunggu waktu Isyak di surau. Robert datang ke rumah Pak Mail juga pada waktu malam iaitu sekitar pukul 9.20 malam untuk menemui Fuad. Oleh kerana Fuad berada di Kuantan, Robert Lim terus bertolak ke Kuantan pada malam itu juga. Pak Mail ikut bersama. Peristiwa yang menjadi kemuncak plot novel ini juga berlaku pada waktu malam di hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad mengetahui nama ibu Farhana daripada rekod rawatan. Segala kekusutan terbongkar apabila Farhana mengesahkan pertanyaan Fuad dan Robert

Lim yang datang kemudiannya. Fuad menemui ibu kandungnya apabila bapanya Robert Lim mengesahkan bahawa Mariana adalah bekas isterinya. Terdapat beberapa peristiwa berlaku pada waktu pagi. Fuad memandu untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia pada waktu pagi. Dia tiba di sekolah itu tiga minit sebelum pukul tujuh pagi. Dia melaporkan diri kepada Cikgu Abas yang datang ke rumahnya sebelum itu. Fuad bertolak ke Lembah Klau juga pada waktu pagi iaitu sekitar pukul Sembilan. Fuad dan Farhana bertolak dari Kuantan pada waktu awal pagi setelah ibu mereka dibawa pulang dari hospital. Mereka terus ke sekolah pada pagi itu juga dan memaklumkan keadaan mereka kepada Cikgu Abas.

C) LATAR MASYARAKAT Pembaca novel ini dapat mengesan tiga masyarakat utama. Masyarakat pertama yang dapat dikesan ialah masyarakat Melayu yang diwakili oleh watak Pak Mail, Mak Salmah, Mariana. Farhana, Cikgu Abas dan lain-lain. Mereka tinggal di luar bandar Kuala Terengganu iaitu di Danau Seberang, Lembah Klau, Bentung dan Kampung Sedili. Mereka digambarkan bekerja sebagai petani. Pak Mail mengerjakan sawah walaupun dinasihatkan oleh Fuad supaya tidak melakukan kerja itu lagi. Pak Mail juga bercucuk tanam di atas sebidang tanah yang dibeli oleh Fuad. Mariana, Mariah dan suaminya menorah getah di Bentung. Selainnya merupakan penjawat awam iaitu guru sebagaimana watak Farhana, Cikgu Abas dan Fuad sendiri. Pembaca juga mendapat gambaran latar masyarakat Cinamelalui watak Robert Lim dan Peter Lim. Robert Lim merupakan bapa kandung kepada Fuad manakala Peter Lim adalah bapa saudara Fuad. Fuad dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter Lim. Robert Lim berkahwin dengan Mariana tetapi meninggalkannya setelah tiga bulan berkahwin atas desakan keluarga. Setelah Mariana melahirkan anak, keluarga Robert Lim telah melarikannya dan menyerahkan anak tersebut kepada Peter Lim di Sungai Ruan. Fuad tinggal bersama mereka sehingga umurnya lebih dua puluh tahun. Robert Lim merupakan seorang ahli perniagaan yang tinggal di Kuala Lumpur. Watak Fuad pula mempunyai darah campuran Cina dan Melayu. Satu lagi masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat pendidik di sekolah menengah di luar bandar. Masyarakat ini termasuklah Farhana, Cikgu Abas, Cikgu Zamani, Fuad sendiri dan beberapa guru lain. Mereka mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala Cikgu Zamani mengajar mata pelajaran geografi. Mereka bekerja dan menghadapi cabaran dan masalah mereka sendiri. Cabaran Farhana dan Fuad ialah sikap pelajar luar bandar yang tidak berminat terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Farhana juga menghadapi perselisihan faham dengan rakan sekerja seperti Cikgu Zamani kerana sikap tidak bertanggungjawab terhadap tugas. Dari sudut kemasyarakatan, terdapat watak dalam novel ini digambarkan sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Fuad juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga. Walaupun hanya sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah kepada Pak Mail. Dia selalu membeli keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan

tanggungjawabnya kepada bapa saudaranya Peter Lim yang telah menjaga dan membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh. Dia juga menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya. Pak Mail pula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam dan bapa angkat kepada Fuad. Dia telah memberikan pendidikan agama yang cukup kepada Fuad sebagai seorang mualaf. Pak Mail dan Fuad juga menggambarkan masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Fuad suka sembahyang berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Fuad belajar ilmu agama dan membaca al-Quran dengan Pak Mail. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa berada di rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad makan di rumah itu kerana dia pasti keluarga Peter Lim tidak makan makanan yang diharamkan oleh orang Islam. Fuad juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di hospital. Bertentangan dengan nilai di atas, novel ini menggambarkan juga masyarakat yang tidak menghayati ajaran Islam dengan baik. Satu sifat negatif yang terdapat pada diri Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak Farhana yang terpegun apabila Fuad menghormati azan Zohor yang dilaungkan. Fuad kemudiannya berdoa selepas azan sedangkan dia Farhana tidak berbuat demikian. Begitu juga dengan solatnya. Farhana mengaku bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang sering ditinggalkan ialah solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada hari-hari cuti. Fuad juga memberitahunya tentang rezeki dan pembaziran. Farhana merasakan dirinya banyak kekurangan dalam penghayatan agama Islam berbanding dengan Fuad. Demikian juga dengan watak Robert Lim atau Roslan. Dia memeluk agama Islam hanya untuk berkahwin dengan Mariana. Cikgu Zamani pula menggambarkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberikan. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Selain daripada itu Cikgu Zamani juga lewat ke kelas lanjutan pada petang menyebabkan pelajar dalam kelas bising. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak boleh ditegur. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan getas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Sikap itu juga telah menyebabkan dia berkonflik dengan guru lain termasuklah Farhana. *********** 5

TEKNIK
A) TEKNIK PLOT

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Melunas Rindu tidak mengikut kronologi iaitu tidak mengikut perkembangan masa secara teratur. Bab 18 jelas menceritakan peristiwa imbas kembali yang telah berlaku pada tahun 1960-an yang menjadi punca kepada perpisahan antara Abd. Halim dengan ibu kandungnya Mariana. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dia hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat limaorang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim. Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan banyakteknik kejutan. Kejutan pertama ialah kehadiran Chin ke sekolah untuk menemui Fuad. Fuad juga terkejut dengan kedatangan Chin. Kedatangan itu juga mencetuskan konflik dalam diri Fuad kerana Chin telah mengingatkan kembali bapa kandungnya Robert Lim sedangkan Fuad masih tidak dapat menerima perbuatan bapanya dahulu. Kejutan kedua pula ialah semasa Fuad menelefon Farhana dan memaklumkan Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Berita itu mengejutkan Fuad membuatkan dia mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke Kuantan pada petang itu juga. Kejutan itu menjadi titik perkembangan dan perubahan plot novel ke kemuncaknya. Kejutan besar kepada Fuad apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Tambah mengejutkan apabila dia mendapat pengesahan daripada Farhana dan bapanya sendiri setelah melihat Mariana. Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pada peringkat awal cerita dalam novel ini pembaca berasa suspens tentang penerimaan Mak Salmah terhadap Fuad. Kemungkinan Mak Salmah tidak menerima Fuad kerana perasaannya masih tidak dapat menerima perbuatan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan Sofia. Pembaca juga berasa suspens semasa Fuad pergi ke Lembah Klau dan Kampung Sedili untuk mencari kubur ibunya. Dia mengetahui ibunya masih hidup dan dapatkah dia menemui ibunya kembali. Manakala teknik suspens ini ketara pada kemuncak cerita ketika Fuad dan Farhana berada di hospital Kuantan. Pembaca berasa suspens tentang tindakan dan penerimaan Farhana terhadap keadaan yang berlaku. Pembaca juga suspens semasa Robert Lim masuk untuk memgecam Mariana. B) TEKNIK PENCERITAAN Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya pada bab 2 pengarang telah menggambarkan suasana pantai dan laut di Pantai Batu Buruk semasa Fuad pergi ke sana seorang diri. Di situ Fuad melayani perasaan. Pada keseluruhan bab 18 pengarang menggunakan teknik pemerian sepenuhnya untuk menceritakan kembali kisah yang dilalui oleh Mariana pada tahun 1960-an hingga menyebabkan dia terlisah dengan Abd. Halim. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis

selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang anak. Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Farhana dengan Cikgu Zamani semasa mereka bertengkar dalam bilik guru pada halaman 163 membolehkan pembaca mengetahui perwatakan Cikgu Zamani. Daripada dialog Farhana, pembaca mengetahui Cikgu Zamani tidak hadir perjumpaan PBSM pada hari Sabtu. Selain daripada itu Cikgu Zamani juga tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya dan tidak masuk ke kelas sebagaimana yang telah dijadualkan. Demikian juga dialog Fuad dengan Farhana semasa Fuad membawa Farhana keluar makan seperti yang terdapat pada halaman 130. Dialog itu menggambarkan perasaan sayangnya kepada Fuad dan perasaan cemburu apabila Farhana menyebut tentang Sofia. Pengarang juga menggunakan sedikit teknik monolog luaran. Contohnya pada halaman 66, Pak Mail bersyukur apabila Fuad menyetakan hajatnya untuk mencari kubur ibunya. Pak Mail membisikkan alhamdulillah. Pada halaman 80 pula pembaca akan menemui penggunaan teknik monolog dalaman pada watak Fuad. Semasa melihat Mariana, Fuad berbicara dalam hatinya tentang wajah Mariana jika dibandingkan dengan Farhana terutamanya tentang warna kulit dan hidung. Farhana tidak mewarisi warna kulit dan bentuk hidung ibunya. Pada halaman 120 pula, Cikgu Abas berdoa dalam hatinya supaya sikap Fuad terhadap tugas dan pelajarnya tidak berubah. Sebaliknya terus mengajar dengan tekun sebagaimana yang dilihat oleh Cikgu Abas. Fuad sekali lagi bermonolog dalam dirinya ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu bersama Farhana sebagaimana yang terdapat pada halaman 192. Hati Fuad berkata bahawa segala yang berlaku dan sedang dihadapi olehnya dan Farhana merupakan satu dugaan dalam kehidupan. ******** 6

PENGAJARAN
Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialahkita hendaklah mengikut ajaran agama Islam dengan baik.Pak Mail dan Fuad selalu mengerjakan sembahyang termasuklah sembahyang berjemaah di surau. Mak Salmah juga menjaga auratnya dalam hubungannya dengan Fuad kerana Fuad hanyalah anak angkat kepada mereka. Mak Salmah tidak mendedahkan rambutnya kepada Fuad. Fuad tidak mahu membazir apabila dia memakan ayam gireng yang tidak dihabiskan oleh Farhana. Fuad mencari masjid dan bersembahyang qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai Ruan. Kita juga hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah

dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya. Kita janganlah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun setelah setahun Fuad berasa di rumahnya, Mak Salmah sudah memaafkan Fuad. Cuma dia tidak menzahirkan hal tersebut. Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim. Selain daripada itu, kita juga hendaklah menerima kenyataan dan dugaan dalam hidup. Pada mulanya Fuad marah dengan tindakan bapanya Robert Lim setelah dia mengatahui kedudukan dirinya yang sebenar dan peristiwa yang menyebabkan kematian Sofia. Namun setelah setahun berada bersama Pak Mail hatinya telah memaafkan bapanya. Dia menerima takdir yang berlaku. Cuma dia belum dapat berhadpan dengan bapanya. Dia juga menerima kenyataan dan takdir ke atasnya sekali lagi apabila mengetahui bahawa dia dan Farhana adalah adik beradik. Dia juga cuba memujuk Farhana agar menerima kenyataan itu kerana setiap ujian ada hikmahnya. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Pengajaran ini ditunjukkan oleh watak Cikgu Abas apabila berhadapan dengan Cikgu Zamani. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas Cikgu Zamani semasa kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising. Cikgu Zamani tidak ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan tegas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Kita juga janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga menudaratkan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Mariana. Dia rasa tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya Roslan / Robert Lim. Setelah melahirkan anak dia teus meratap dan menangis sehinga dia menjadi gila meroyan. Keadaan dirinya yang demikian menyebabkan Mariah menyerahkan anak yang dilahirkan kepada ayah Mariana. Mariah telah membawanya ke Bentung agar tekanan perasaan Mariana reda. Setelah beberapa hari, anak itu telah dilarikan oleh keluarga Robert Lim / Roslan. Setelah sembuh daripada gila meroyan, Mariana menyesal atas perbuatannya sehingga dia terpisah dengan anaknya.

****** 7

NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai ketakwaan dan keimanandalam diri beberapa watak dalam cerita. Contohnya Fuad digambarkan mempunyai pegangan agama Islam yang kuat selain daripada Pak Mail. Mereka suka sembahyang berjemaah di surau. Fuad lebih memahami tentang agama Islam berbanding dengan Farhana dan Cikgu Zamani. Mak Salmah juga tidak mendedahkan rambutnya kepada Fuad kerana Guad hanya anak angkat. Fuad mencari masjid dan bersembahyang qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai Ruan. Hubungan antara beberapa watak dalam novel ini mewujudkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga. Contohnya Fuad sayang kepada Sofia terutama setelah mengetahui bahawa Sofia adalah adiknya. Dia juga menyayangi Farhana. Dia masih tetap sayang kepada Farhana setelah mengetahui Farhana juga adalah adiknya. Begitu juga dengan perasaan Farhana terhadap Fuad. Perasaan sayang juga mendorong Fuad menjejaki kubur ibunya. Robert Lim juga sayang kepada anaknya Fuad. Fuad melawat Peter Lim di Sungai Ruan kerana dia masih menyayangi keluarga itu. Dia telah memasukkan wang dengan jumlah yang banyak ke dalam akaun Fuad. Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini. Nilai ini dapat diperhatikan melalui watak Fuad dan Farhana. Mereka bekerjasama dan berbincang untuk mencari pendekatan terbaik dalam pendidik pelajar mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad memberikan buah fikiran tentang program yang akan dilaksanakan oleh panitia Bahasa Inggeris apabila diminta oleh Farhana. Pak Mail, mak Salmah dan Fuad bekerjasama mengerjakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad untuk bercucuk tanam. Watak Cikgu Abas mencerminkan nilai tanggungjawab dalam novel ini. Dalam mesyuarat guru Cikgu Abas telah menegur dan memberi amaran tentang tanggungjawab guru. Teguran itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hatinya terhadap Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas. Cikgu Zamani juga ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang. Cikgu Abas dengan tegas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah yang perlu dipikul olah guru. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Fuad. Fuad tidak berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah yang marah kepadanya kerana bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Dia melakukan apa yang termampu untuk memujuk perasaan Mak Salmah. Sebagai guru, Fuad juga tekun mendidik pelajarnya. Dia mengajar dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap pelajarnya. Ketekunannya menjejak ibu kandung juga membuahkan hasil. Dia berusaha mengesan ibunya dan berjaya menemuinya ketika berada di holpital. Ibunya ialah Mariana yang juga ibu kepada Farhana. Watak Fuad juga menggambarkan nilai baik hati. Nilai ini ditunjukkan oleh Fuad sejak awal cerita apabila dia mengeluarkan belanja untuk menanggung kos perkahwinan Borhan. Semasa mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia, dia membawa jagung yang ditanamnya untuk dibahagikan kepada kawan-kawan. Fuad menumpangkan Farhana untuk balik ke Kuantan setelah mengetahui Farhana tidak mendapat tiket bas ekspres ketika berada di perhentian bas Kuala Terengganu.

Nilai tolong-menolong dapat diperhatikan oleh pembaca melalui beberapa watak dalam novel ini. Semasa Fuad di Sungai Ruan, dia telah mendapat pertolongan daripada Pak Said untuk menjejak kubur ibu kandungnya di Lembah Klau. Pak Said pergi bersama-sama Fuad. Ketika di Lembah Klau pula Fuad mendapat pertolongan daripada Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya di Kampung Sedili. Robert Lim juga mendapatkan pertolongan daripada Chin untuk menunjukkan rumak Pak Mail. Dia ingin ke rumah Pak Mail untuk menemui Fuad. Nilai keinsafan terhadap kesilapan yang lalu dapat diperhatikan pada watak Mariana dan Robert Lim. Mariana insaf dan sedar akan perbuatannya yangterlalu mengikut perasaan setelah ditinggalkan oleh Roslan / Robert Lim. Akibat daripada kesedihan itu dia menangis sehinggalah selepas melahirkan anak. Dia telah menjadi gila meroyan sehingga anaknya terpaksa diserahkan kepada ayahnya dan kemudiannya dilarikan oleh keluarga Roslan. Robert Lim / Roslan juga telah insaf dan menyedari kesilapannya sebelum itu sehingga menyebabkan Sofia meninggal dan Fuad melarikan diri daripada keluarga.