Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN B TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA GURU SAINS (A) 1 2 3 Siti Puasa Cikgu Rizal Siti Puasa Assalamualaikum Cikgu

Rizal Waalaikumussalam Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa ditemubual. 4 5 Cikgu Rizal Siti Puasa Sama-sama. Ada masa terluang ni bolehlah sekejap Baiklah kita teruskan sessi ini.Sebelum itu bolehkah saya tahu berapa lamakah cikgu bergelar warga pendidik? 6 Cikgu Rizal Saya dah mengajar selama 10 tahun. Tahun ni nak masuk 11 tahun dah. 7 8 9 Siti Puasa Cikgu Rizal Siti Puasa Berapa lama pula cikgu mengajar subjek sains di sekolah? Saya mengajar subjek sains dah 10 tahun. Sebagai guru sains apakah perkara pertama yang cikgu buat dalam merancang pengajaran sains di sekolah? 10 Cikgu Rizal Selalunya saya akan lihat rancangan pengajaran tahunan dahulu untuk menentukan objektif pengajaran. Kemudian saya akan memikirkan kaedah atau aktiviti pengajaran yang akan saya gunakan. Ikut kesesuaian tajuk yang nak di ajar. Kalau tajuk itu memerlukan murid saya membuat eksperimen atau kajian lapangan saya akan tentukan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Selain itu saya juga memikirkan aras pengetahuan murid-murid yang saya ajar. Memandangkan kelas yang saya ajar kelas yang agak lemah, aktiviti yang saya rancangkan tidak boleh terlalu sukar. Nanti tak tercapai pula objektif pengajaran. 11 Siti Puasa Apakah cara ataupun kaedah yang cikgu gunakan untuk memulakan sesi pengajaran? 12 Cikgu Rizal Kadang-kadang saya ada juga menggunakan set induksi untuk menarik perhatian pelajar seperti kuiz pendek, teka teki, nyanyian dan kadang-kadang soal jawab sahaja untuk mengetahui sejauh mana pelajar tahu tentang tajuk yang akan saya ajar. Memandangkan kelas ini agak lemah saya memang terpaksa

menarik perhatian mereka supaya mereka bersedia untuk menerima ilmu baru. Kalau saya tak tarik perhatian mereka, alamatnya..saya cakap sorang-sorang la.Tak pun syok sendiri. 13 Siti Puasa Dalam sesi pembelajaran siapakah yang selalu mengemukakan soalan? 14 Cikgu Rizal Bergantung pada tajuk juga. Kalau tajuk yang diajar tu ada hubungkait dengan kehidupan seharian mereka seperti belajar tentang haiwan dan tumbuhan, pelajar dahulu yang mengemukakan soalan. Mereka agak teruja sedikit. Tapi kalau tajuk yang ingin diajar tu tiada hubung kait dengan persekitaran mereka, saya dahulu yang selalunya mengemukakan soalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada mereka. 15 Siti Puasa 16 Cikgu Rizal Adakah murid cikgu mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab? Tengok kepada pelajar juga. Kalau yang agak pandai tu mereka aktif dalam kelas. Kadang-kadang dalam aktiviti berkumpulan, mereka ni lah yang banyak membantu rakan-rakan mereka. Selain itu pelajar yang tak takut kan guru akan banyak bertanya dan aktif dalam kelas. 17 Siti Puasa Pada pendapat cikgu,manakah yang lebih penting,sesi pengajaran yang cikgu sampaikan atau hasil pembelajaran yang murid perolehi? Atau pada cikgu kedua-duanya sama penting? 18 Cikgu Rizal Pada saya dua-dua sama penting kerana sesi pembelajaran yang baik akan membolehkan objektif pengajaran tercapai dan hasil pembelajaran juga baik. Pelajar mudah ingat apa yang kita ajar sekiranya sesi pembelajaran yang di gunakan oleh guru melibatkan murid. 19 Siti Puasa Adakah cikgu menyedikan pembelajaran secara koperatif (berkumpulan)? Kaedah berkumpulan ni saya gunakan mengikut kesesuaian tajuk dan objektif pengajaran. Memang saya ada jalankan aktiviti secara berkumpulan, tetapi tidak kerap. Saya buat kadang-kadang jea. Sebabnya pelajar yang lemah dalam kumpulan akan banyak

20 Cikgu Rizal

bergantung pada pelajar yang agak bijak. Saya tak mahu perkara itu berlaku kerana nanti pelajar ini tidak berusaha sendiri hanya bergantung pada rakan sahaja. 21 Siti Puasa Adakah cikgu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dalam memulakan sesi pengajaran? 22 Cikgu Rizal Ya.memang itu yang saya selalu lakukan. Kalau pelajar ini ada pengetahuan sedikit sebanyak tentang tajuk yang kita nak ajar, mudah sedikit tugas saya untuk menerangkan isi pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran. 23 Siti Puasa Adakah cikgu menerima pendapat anak murid cikgu tentang sesuatu konsep sains yang akan dipelajari? 24 Cikgu Rizal Ya sekiranya konsep sainsnya itu adalah betul. Tapi kalau tak betul pun, saya akan dengar dahulu idea mereka kemudian perbetulkan apa yang salah berdasarkan hasil pengajaran atau bukti-bukti lain contohnya buku dan internet. 25 Siti Puasa Adakah cikgu memberi peluang kepada murid cikgu mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep sains?. 26 Cikgu Rizal Ya. Tetapi mereka ini tak boleh mengemukakan konsep sains tanpa bimbingan dari saya sendiri. 27 Siti Puasa Adakah cikgu menyediakan aktiviti hand-on dan mind-on kepada murid?. 28 Cikgu Rizal Ya adaaktiviti ini sememangnya penting dalam sains kerana melalunyalah murid belajar dan mendapat pengetahuan baru. Apatah lagi aktiviti hand-on dan mind-on ini terdapat dalam KPS dan KBKK. Kalau aktiviti ini tidak di sediakan, macam mana murid nak faham kalau mereka tak merasainya sendiri. 29 Siti Puasa Adakah cikgu menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam merancang pengajaran? 30 Cikgu Rizal Ya ada, terutama sekali dalam menjalankan aktiviti kajian atau eksperimen. Benda ni pun ada dalam Kemahiran Proses Sains (KPS) untuk diterapkan. 31 Siti Puasa Adakah anak murid cikgu boleh mengaplikasikan idea yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian?

32 Cikgu Rizal

Kadang-kadang boleh.kadang-kadang tidak. Tapi selalunya tidaklah. Saya kena bantu mereka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari ke dalam kehidupan seharian mereka.

33 Siti Puasa

Bagaimanakah caranya cikgu menjalankan aktiviti eksperimen atau kajian?

34 Cikgu Rizal

Selalunya saya akan memberikan tujuan eksperimen atau kajian yang ingin dijalankan. Kemudian saya menentukan bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah eksperimen atau kajian. Selebihnya murid-murid akan buat pemerhatian sendiri hasil dari kajian mereka dan saya akan perbetulkan apa yang tak betul. Kemudian saya akan bimbing mereka buat kesimpulan sekiranya kesimpulan yang mereka berikan tidak tepat.

35 Siti Puasa

Siapakah yang selalu menyediakan radas atau bahan dalam eksperimen atau kajian dalam pengajaran ?Cikgu atau murid atau kedua-duanya sekali?

36 Cikgu Rizal

Perkara ni bergantung pada tahap kesukaran murid menyediakan bahan dan juga kuantitinya. Kalau bahan yang diperlukan tu agak sukar dicari saya akan sediakan. Maksudnya bahan tu ada kat bilik sains sekolah. Sekiranya kuantiti yang diperlukan banyak saya akan minta pelajar itu bawa sendiri dari rumah.Kadangkadang ada juga ibu bapa yang bising bila kita minta anak-anak mereka bawa bahan yang pelbagai jenis. Ada yang kata tah apo apo cikgu kau nie bila timbul situasi macam ni saya cari jalan selamat, kalau benda tu ada di sekolah pelajar tak perlu sediakan tapi kalau tak ada mereka kena lah sediakan sama ada individu atau berkumpulan.

37 Siti Puasa

Kebanyakan aktiviti cikgu dalam pengajaran,adakah secara individu atau berkumpulan?

38 Cikgu Rizal

Saya lebih banyak menyediakan aktiviti secara berkumpulan.Terutama sekali jika melibatkan kajian atau eksperimen. Itu pun bergantung pada kesesuaian tajuk juga. Kalau perlu berkumpulan mereka buatlah secara berkumpulan, tapi kalau tajuk tu sesuai di buat sendirian, mereka akan buat

sendiri-sendiri. Lepas tu sama-sama bincang dapatan. 39 Siti Puasa Ada atau tidak ada murid cikgu mengemukakan sesuatu hipotesis (kesimpulan awal) dalam sesuatu eksperiman atau kajian yang dibuat? 40 Cikgu Rizal Tidak. Selalunya saya bimbing mereka untuk buat kesimpulan awal atau hipotesis ini. 41 Siti Puasa Adakah cikgu memberikan soalan yang merangsang idea murid untuk mencari jawapan sendiri? 42 Cikgu Rizal Ya ada, kerana dari situ baru kita boleh tahu tahap pengetahuan mereka tentang tajuk sains yang di ajar dan hubung kaitnya dengan persekitaran mereka. 43 Siti Puasa Adakah cikgu menggalakkan anak murid cikgu mencari maklumat sendiri untuk mendapatkan jawapan ? Jelaskan bagaimana cara atau kaedah yang cikgu boleh gunakan. 44 Cikgu Rizal Saya galakkan terutama sekali dengan menggunakan komputer iaitu melayari internet. Selain itu saya juga menggalakkan mereka menonton telivesyen seperti rencana, National Geography, Majalah Tiga dan sebagainya. Kerana dari situ mereka juga dapat belajar. Selain itu buku-buku rujukan juga saya galakkan mereka beli untuk diuat rujukan dan maklumat. 45 Siti Puasa Adakah cikgu mengambil kira keperluan,kebolehan dan minat murid dalam merancang pengajaran? 46 Cikgu Rizal Ya. Sebab dari situ kita boleh tentukan aktiviti yang nak dijalankan. Kalau tajuk yang kurang menarik saya kena sediakan aktiviti yang menarik perhatian mereka baru mudah sikit. 47 Siti Puasa Siapakah yang selalu membuat refleksi atau rumusan apabila selesai satu sesi pembelajaran ?Adakah cikgu,murid atau keduaduanya Jelaskan juga cara atau kaedah yang cikgu selalu gunakan? 48 Foziah Selalunya murid membuat rumusan dengan cara menjawab soalan lisan daripada guru. Ada juga saya berikan lembaran latihan sebagai penutup untuk mengetahui dapatan murid atau

kadang-kadang saya buat kuiz. 49 Siti Puasa Adakah faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari sains? Boleh cikgu nyatakan contoh-contoh persekitaran tersebut. 50 Cikgu Rizal Ya faktor persekitaran memang mempengaruhi. Sebagai contoh mengajar tentang Alam Kehidupan mereka perlu tahu bendabenda di sekitar mereka untuk dikaitkan dengan tajuk.Selain itu sokongan daripada ibu bapa juga penting. Tapi kalau ibu bapa dah komplen apa yang cikgu buat akan membuatkan pelajar ini tidak berminat, lemah semangat dan memberikan persepsi negatif kepada guru. Saya rasa telivesyen juga mempengaruhi pelajar ini belajar kerana dari situ kadang-kadang mereka boleh nampak secara life benda-benda di sekitar mereka. Kemahiran mereka untuk bersosial juga penting. Kalau mereka pasif macam mana mereka nak bekerjasama dalam kumpulan 51 Siti Puasa Pada pandangan cikgu ,adakah personaliti seseorang guru turut mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari Sains? 52 Cikgu Rizal Yakerana kalau guru tu tak bersedia dengan pengajaran yang baik dan tidak menyediakan medium untuk murid ini rasa mereka ini seperti seorang saintis, dah tentu pelajar ini anggap mereka sama belajar dengan mata pelajaran lain, belajar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja. 53 Siti Puasa Baiklah kita sampai ke penghujung temubual ini.Soalan saya terakhir,apakah harapan cikgu tentang subjek sains pada masa akan datang? 54 Cikgu Rizal Saya berharap dan cuba menyemai dalam diri murid ini betapa seronoknya belajar sains kerana ia ada di sekeliling kita. Akan ramai saintis yang muncul dikalangan orang-orang kita. Selain itu kuota 60:40 akan tercapai di mana pelajar-pelajar ini akan terus meminati sains dan mengambil bidang sains ini di sekolah menengah nanti. 55 Siti Puasa Terima kasih cikgu atas kerjasama sepanjang menjayakan temubual ini.

56 Cikgu Rizal

Sama-sama. Nanti temuramahlah lagi.

Anda mungkin juga menyukai