Anda di halaman 1dari 5

ISL MINGGU KE-6 HUBUNGAN ETNIK.

TUGASAN: MENCARI DAN MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG PEMBANGUNAN EKONOMI.

Sistem ekonomi di Malaysia Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak. Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan. SUMBER EKONOMI MALAYSIA 1. 2. 3. 4. 5. Pertanian Perikanan Perdagangan Pemeliharaan Perlombongan Bijih timah Emas Bauksit Bijih besi Arang batu

Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya. Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960 Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual. Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965 Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970 Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980 Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985 Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990 Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber. Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi pelaksanaan projek.

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995 Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional. Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makroekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000 Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005 Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II
(SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.