Anda di halaman 1dari 9

LAMPIRAN C TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA GURU SAINS (B) 1 2 3 Siti Asiah Foziah Siti Asiah Assalamualaikum Cikgu Foziah.

Waalaikumussalam. Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa ditemubual. 4 Foziah Tidak mengapaapa salahnya.Saya pun rasa terharu kerana dipelawa menjayakan temubual ini. 5 Siti Asiah Baiklah kita teruskan sesi ini.Sebelum itu bolehkah saya tahu berapa lamakah cikgu bergelar warga pendidik? 6 7 8 9 Foziah Siti Asiah Foziah Sti Asiah Emmmhampir 10 tahun. Berapa lama pula cikgu mengajar subjek sains di sekolah? Hampir 10 tahun juga. Sebagai guru sains apakah perkara pertama yang cikgu buat dalam merancang pengajaran sains di sekolah? 10 Foziah Bagi sesi pengajaran ,sebelum memulakan sesuatu p&p perkara yg perlu dititikberatkan adalah perancangan mengajar.Persediaan mengajar sangat perlu bagi sesuatu pengajaran sebelum ia berlansung.Persediaan mengajar harian merupakan pelan tindakan yang merealisasikan Rancangan Pengajaran Mingguan berpandukan Rancangan Pengajaran Tahunan.Pada rancangan mengajar ,saya perlu menyatakan kandungan yang hendak diajar,memilih topic dan skop yang akan saya ajar,objektif pembelajaran,aktiviti dan langkah-langkah serta sumber bahan yang akan digunakan.Disamping itu,saya juga perlu meengambil kira perbezaan antara individu bagi kelas yang akan saya jalankan p&p tersebut.Ini kerana ,setiap murid mempunyai tahap kecerdasan dan potensi yang pelbagai.Dengan mengenalpasti hal sedemikian ,guru dapat mengetahui tahap kebolehan murid.Dengan adanya persediaan mengajar yang terancang perjalanan p&p akan berlansung dengan tersusun dan dapat memenuhi objektif.

11

Siti Asiah

Apakah cara ataupun kaedah yang cikgu gunakan untuk memulakan sesi pengajaran?

12

Foziah

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.Melalui pengalaman saya,bagi pengajaran sains,kaedah yang paling baik saya lakukan adalah eksperimen. Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.Murid-murid berasa seronok jika dapat menjalankan kaedah ini.Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajarmasing-masing. kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid- murid yang berbeza kecerdasan.

13

Siti Asiah

Dalam sesi pembelajaran siapakah yang selalu mengemukakan soalan?

14

Foziah

Untuk mempertingkatkan kefahaman dalam sesi pembelajaran, murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam konteks ini,perlu ada komunikasi dua hala iaitu murid bertanya guru menjawab dan guru bertanya murid yang menjawab.Guru sebagai pemudah cara perlu bijak memainkan peranan dengan mencungkil pengetahuan sedia ada murid agar murid boleh memahami apa yang dipelajari.

15

Siti Asiah

Adakah murid cikgu mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab?

16

Foziah

Ya..ada ketikanya anak-anak murid saya akan mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab.Semuanya bergantung kepada topik yang dipelajari.Sebagai guru kita perlu bijak memainkan peranan agar murid aktif mengajukan soalan dan tidak pasif di dalam kelas.

17

Siti Asiah

Pada pendapat cikgu,manakah yang lebih penting,sesi pengajaran yang cikgu sampaikan atau hasil pembelajaran yang murid perolehi? Atau pada cikgu kedua-duanya sama penting?

18

Foziah

Bagi pendapat saya,kedua-duanya sama penting.Hal ini kerana jika seseorang guru itu bijak merancang pengajaran tentulah hasil pembelajarannya nanti lebih berhasil dan mencapai objektif yang diinginkan.Namun,ada juga yang tidak dapat memenuhi objektif jika berdepan dengan pelbagai kekangan dan gangguan semasa p&p dijalankan.Semua ini terpulang kepada guru terbabit untuk melaksanakannya

19

Siti Asiah

Adakah cikgu menyedikan pembelajaran secara koperatif (berkumpulan)?

20

Foziah

Bergantung kepada sub topik yang ingin diajar.Biasanya dalam p&p sains, saya ada menjalankan pembelajaran secara koperatif dan memang dititikberatkan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Dengan itu,murid dapat didedahkan cara berkomunikasi dan kerja berkumpulan dengan rakan-rakan sekelas.

21

Siti Asiah

Adakah cikgu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dalam memulakan sesi pengajaran?

22

Foziah

Ya.Sememangnya pengetahuan sedia ada murid amat penting bagi membantu saya dalam sesi p&p.Murid yang terdedah pada persekitaran yang baik mempunyai pengetahuan sedia ada yang cukup meluas.Ini dapat membantu mereka dengan lebih cepat dalam proses pengajaran.Kita dapat melihat perbezaan yang jelas antara murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada atau yang kurang .Dengan ini guru boleh meransang tindakan mental murid supaya mereka akan membina idea-idea sendiri.

23

Siti Asiah

Adakah cikgu menerima pendapat anak murid cikgu tentang sesuatu konsep sains yang akan dipelajari?

24

Foziah

Bergantung kepada kefahaman konsep yang mereka faham.Sekiranya mereka memperkatakan konsep yang betul saya boleh terima memandangkan konsep sains adalah fakta yang tidak boleh direka atau diubah dan mestilah dibuktikan.Cuma sekiranya sesuatu konsep yang diberitahu itu salah saya perlu perbetulkan agar tidak berlaku miskonsepsi di mana murid membawa konsep yang salah sehingga tahap yang lebih tinggi.Itu yang perlu dibimbangkan agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka.

25

Siti Asiah

Adakah cikgu memberi peluang kepada kepada murid cikgu mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep sains?.

26

Foziah

Tidak salah memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan sesuatu pandangan.Ianya cukup bagus untuk membina keyakinan murid memberikan pendapat dan juga ia perlu bergantung kepada tahap kebolehan murid.Jika kita mengajar di kelas yang terdiri daripada murid pandai saya akan tekankan perkara ini namun pada kelas murid yang agak lemah saya tidak menggunakan pendekatan sedemikian malah saya yang akan mengemukakan konsep tersebut agar ianya lebih jelas.

27

Siti Asiah

Adakah cikgu menyediakan aktiviti hand-on dan mind-on kepada murid?.

28

Foziah

Ya.Setiap aktiviti perlu sesuai dengan topik yang ingin kita ajarkan

kepada murid-murid. 29 Siti Asiah Adakah cikgu menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam merancang pengajaran? 30 Foziah Ya .Kemahiran ini penting kerana ia melibatkan kemahiran proses sains. 31 Siti Asiah Adakah anak murid cikgu boleh mengaplikasikan idea yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian? 32 Foziah Bagi saya,murid boleh mengaplikasikan idea dalam kehidupan harian mereka kerana sains dan kehidupan saling berkait rapat.Mereka boleh mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku disekeliling.Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam kehidupan harian 33 Siti Asiah Bagaimanakah caranya cikgu menjalankan aktiviti eksperimen atau kajian? 34 Foziah Cara saya menjalankan eksperimen atau kajian adalah mengikut kaedah eksperimen yang pernah saya pelajari semasa latihan perguruan dahulu.Berikut langkah langkah aktiviti eksperimen: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipotesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh Ubah - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentukan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Kaedah ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau

persendirian 35 Siti Asiah Siapakah yang selalu menyediakan radas atau bahan dalam eksperimen atau kajian dalam pengajaran ?Cikgu atau murid atau kedua-duanya sekali? 36 Foziah Bergantung kepada keperluan semasa.Sekiranya keperluan radas dan bahan ada di makmal sekolah kebiasaannya guru yang perlu menyediakan,namun jika bahan tiada di makmal kita boleh mendapatkannya melalui sekolah.Ada juga sesetengah bahan yang boleh didapati dari rumah dan murid membawanya ke sekolah secara individu atau bekumpulan. 37 Siti Asiah Kebanyakan aktiviti cikgu dalam pengajaran,adakah secara individu atau berkumpulan? 38 Foziah Saya lebih menumpukan pembelajaran secara berkumpulan agar murid berasa seronok dan lebih menarik.Namun ada juga aktiviti individu. 39 Siti Asiah Ada atau tidak ada murid cikgu mengemukakan sesuatu hipotesis (kesimpulan awal) dalam sesuatu eksperiman atau kajian yang dibuat? 40 Foziah Ada.Perkara ini berlaku apabila murid menjalankan eksperimen.Murid boleh mengemukakan hipotesis dan merujuk kepada saya untuk saya menyatakan pandangan agar ianya tidak bercanggah daripada fakta yang akan saya nyatakan kepada mereka. 41 Siti Asiah Adakah cikgu memberikan soalan yang merangsang idea murid untuk mencari jawapan sendiri? 42 Foziah Secara keseluruhan ia bergantung kepada tahap kebolehan murid.Sepanjang saya mengajar di sekolah semasa,saya banyak terlibat mengajar di kelas murid yang mempunyai tahap agak lemah.Bila berada dalam situasi ini saya tidak dapat mengemukakan soalan yang berada pada aras tinggi.Jika soalan yang dapat meransang idea murid,saya lebih kepada bentuk yang lebih mudah dan ringkas seperti penggunaan gambar.

43

Siti Asiah

Adakah cikgu menggalakkan anak murid cikgu mencari maklumat sendiri untuk mendapatkan jawapan ? Jelaskan bagaimana cara atau kaedah yang cikgu boleh gunakan.

44

Foziah

Saya menggalakkan penggunaan internet sebagai satu medium untuk mencari maklumat.Pada era globalisasi bagi saya penggunaan buku seperti ketinggalan zaman.Murid-murid sekarang agak malas untuk membaca buku mereka perlukan sesuatu yang lebih mudah dan cepat.Jadi penggunaan internet sangat relevan dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan.

45

Siti Asiah

Adakah cikgu mengambil kira keperluan,kebolehan dan minat murid dalam merancang pengajaran?

46 47

Foziah Siti Asiah

Ya Siapakah yang selalu membuat refleksi atau rumusan apabila selesai satu sesi pembelajaran ?Adakah cikgu,murid atau keduaduanya Jelaskan juga cara atau kaedah yang cikgu selalu gunakan?

48

Foziah

Biasanya guru yang membuat refleksi atau rumusan .Ini juga bergantung kepada keadaan dan topik yang telah dpelajari.Refleksi boleh dibuat dalam bentuk lisan atau penggunaan bahan lembaran.Kaedah sebegini amat sesuai sebagai aktiviti pengukuhan dan kita dapat mengenalpasti samada objektif p&p kita tercapai atau tidak.

49

Siti Asiah

Adakah faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari sains? Boleh cikgu nyatakan contoh-contoh persekitaran tersebut.

50

Foziah

Ya.Contoh-contoh persekitaran tersebut adalah: 1. latarbelakang sesebuah keluarga.Ini sangan mempengaruhi kanak-kanak dalam mempelajari sains 2. keadaan fizikal 3. sosiobudaya

4. iklim 5. pengalaman 6. interaksi sesama manusia 51 Siti Asiah Pada pandangan cikgu ,adakah personaliti seseorang guru turut mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari Sains? 52 Foziah Sangat penting seseorang guru menjaga personalitinya kerana kita adalah Ikon kepada murid-murid dan masyarakat.Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi.Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati danmeninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan sebagai pekerjaan dan bukan lagi profesion.

. 53 Siti Asiah Baiklah kita sampai ke penghujung temubual ini.Soalan saya terakhir,apakah harapan cikgu tentang subjek sains pada masa akan datang? 54 Foziah Harapan saya,pada masa akan datang dasar kurikulum subjek sains dapat diubah kepada yang lebih efisyen dan sistematik,walaupun pihak kerajaan telah mengubah dasar KBSR kepada KSSR pada 2011namun ianya kurang relevan dan mantap.Perlu ada penambahbaikkan bagi keseluruhan dasar tersebut.Walaupun isitilah subjek Sains tidak diguna pakai lagi dan sekarang telah diubah kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi saya berharap silibus terbaru lebih membawa pengertian yang lebih besar terhadap keperluan pada masa akan datang ini kerana Pendidikan Sains di negara kita telah menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi Negara kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang disarankan oleh Tun Mahathir Mohamad dijadikan sebagai matlamat Negara maju pada masa akan datang sejak tahun 1991.Semoga hasrat dan matlamat itu dapat direalisasikan pada masa akan datang..InsyaAllah. 55 Siti Asiah Terima kasih cikgu atas kerjasama sepanjang menjayakan temubual ini. 56 Foziah Sama-sama