Anda di halaman 1dari 14

TARIKH 05 APRIL 2013 ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG 2012

PENGENALAN Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu,guru akan berhadapan masalah Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. TUJUAN Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah

RASIONAL 1. Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut. 2. Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, dimana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. 3. Mengurangkan jurang bezatara antara guru dengan murid OBJEKTIF Objektif Guru Penyayang; i) ii) iii) iv) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. AKTIVITI Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan dan berdasarkan tiga aktiviti utama yang berikut; Mengalu-alukan kehadiran murid Pelaksanaan Program Mentor Mentee Memberi penghargaan kepada murid

SASARAN
Semua murid SK Haji Ramli

BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh program 05 APRIL 2013

Tempoh perlaksanaan 1 jam (07.30a.m 08.30a.m) Tempat program Dewan Terbuka SK Haji Ramli

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 11 SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA :

: : : : :

PN HJH SITI EISHAH BT HJ SHAKARANI


GURU BESAR SK HAJI RAMLI

PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN


PK HEM SK HAJI RAMLI

EN ZOLKIFLE B AHMAD
PK PENTADBIRAN SK HAJI RAMLI

PN NORAIN BT HJ MAT SAID


PK KOKURIKULUM SK HAJI RAMLI

PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD

1. EN. ANUAR B. HASSAN 2. PN ANISAH BT OSMAN 3. PN SUZANA BT ALIAS 4. PN RAHIMAH BT BERAHIM 5. PN. AZLISANA BT ROHANI

TENTATIF PROGRAM

7.30 pg

Murid berkumpul di Dewan Terbuka

7. 40 pg

Ucapan aluan pengerusi Majlis

Bacaan Doa Ustaz Anuar bin Hassan

Ucapan Guru Besar Pn. Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani

Majlis Penyerahan Mentor Mentee Pn Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani Guru Besar SK Haji Ramli

8.10 pg

Bersurai

PERJALANAN PROGRAM
Semua murid berkumpul di dewan terbuka dan duduk mengikut kelas masing-masing. Pengerusi Majlis ( Pn Murshu Hail bt Muhamad ) menyampaikan ucapan aluan sebagai pembuka majlis. Bagi memberkati majlis pada pagi itu, majlis menjemput Ustaz Anuar b Hassan mengetuai bacaan doa memohon agar perjalanan program berjalan lancar hingga selesai. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Guru Besar SK Haji Ramli, Pn Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2013. Beliau mengingatkan agar semua guru memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan program yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Diharapkan budaya penyayang antara guru-murid dapat diwujudkan. Selepas selesai sahaja ucapan dari Puan Guru Besar, Pn Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani sekali lagi di jemput bagi menyempurnakan majlis penyerahan mentee kepada mentor masing-masing. Setiap guru (mentor) dijemput naik ke pentas di mana mereka menerima fail yang mengandungi nama kumpulan serta nama-nama mentee. Setiap Mentor akan meminta mentee masing-masing bangun apabila nama mereka disebut supaya mentor dapat mengenali mentee-mentee mereka.

SENARAI NAMA KUMPULAN DAN MENTOR MENTEE

KELAS

NAMA MENTOR PN AZURA BT MOHADZIR PN AZLISANA BT ROHANI PN RAHIMAH BT BERAHIM EN ANUAR BIN HASSAN

NAMA KUMP. GIGIH AKTIF DINAMIK CERDAS DELIMA BERLIAN KASIH SAYANG SAHABAT KAWAN BIJAK PINTAR CERIA TERBILANG GEMILANG CEMERLANG ZAMRUD PERMATA JED

PRA

SEKOLAH

TAHUN 1

TAHUN 2

PN SHAHIRAWATY BT RAZALI CIK JULIANA BT MOHAMAD TAJUDDIN CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL PN HALIZA AKMAR BT ABD RAHMAN CIK SHAFIDA AZWANI BT MOHD SHAFIE CIK NOR LINA BT HUD PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 5

PN HAMIDAH BT JAAFAR PN ZARINA BT MOHAMAD ROOZI PN HJH SITI EISAH BT HJ SHAKARANI EN ZOLKIFLE BIN AHMAD

TAHUN 6

PN ANISAH BT OSMAN PN SUZANA BT ALIAS PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN PN NORAIN BT HJ MAT SAID

PENUTUP
Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang di dalam kertas kerja yang telah disediakan. Kerjasama dari semua guru amatlah baik dalam pelaksanaan program ini. Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan kearah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurangkan salahlaku disiplin murid.Program guru penyayang ini adalah program sepanjang tahun, maka diharapkan kerjasama dari semua guru dan murid dalam memastikan perancangan kerajaan dalam memupuk budaya penyayang di sekolah berjalan dengan jayanya.

Laporan disediakan oleh ;

....................................... ( MURSHU HAIL BT MUHAMAD )

Anda mungkin juga menyukai