Anda di halaman 1dari 13

Kenal Pasti Bakat ( TID )

Identifikasi bakat merupakan satu mekanisme

melibatkan pemilihan, penilaian, pencarian, serta melibatkan penyelidikan bakat atau kesesuaian kanakkanak, individu, dan atlet untuk menyertai satu-satu sukan. Program TID sesuai untuk sukan-sukan yang memerlukan kemahiran fizikal dan fisiologikal serta sukan-sukan yang mana kejayaannya ditentukan oleh kemahiran dan strategi tertentu.

Proses Pengenalpastian Bakat


Pencarian asas dilakukan dengan bantuan guru sekolah

Dianalisa oleh saintis sukan

Ujian Sukan Spesifik

Di Malaysia, Institut Sukan Negara merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses pengenalpastian bakat.

Institut Sukan Negara menjalankan penyelidikan mengenai sains sukan dan pencarian bakat atlet di seluruh negara.

Proses Identifikasi Bakat


Terdapat tiga fasa untuk proses identifikasi bakat.

Fasa Permulaan

Fasa Kedua

Fasa akhir

Fasa Permulaan - Dijalankan melalui pengukuran rudimentary kesihatan dan aspek perkembangan kesihatan yang luas. - Tujuan ujian dibuat untuk mengenal pasti strukturstruktur atau fisiologikal yang tidak berfungsi dengan sempurna. - Fokus program merangkumi kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun

Fasa Kedua - Program identifikasi bakat dijalankan ke atas kanakkanak dalam lingkungan umur 9 - 17 tahun. - Ujian dilakukan ke atas atlet yang mempunyai pengalaman dan pernah mengikuti sesi latihan serta mengikuti proses penilaian fizikal yang lengkap sebelum ini.

Fasa Akhir - Lebih tertumpu kepada atlet elit yang berada dalam lingkungan proses perkembangan. - Tumpuan adalah kepada memeriksa keupayaan atlet daripada aspek kesihatan atlet, keupayaan fisiologikal dalam sesi latihan dan pertandingan, keupayaan atlet mengatasi tekanan dan peningkatan atlet yang berpotensi.

Kelebihan TID di Malaysia

- Program TID di negara kita mendapat perhatian yang sewajarnya dalam perkembangan kanakkanak dalam bidang sukan. - Pegawai-pegawai TID juga dihantar ke luar negara untuk mengikuti kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan program TID.

Kekurangan TID di Malaysia

- Kakitangan dan pegawai yang tidak mencukupi untuk melakukan program pencarian bakat di seluruh negara. - Proses TID memakan masa dan kos yang agak tinggi. - Terdapat unsur salah guna kuasa dan campur tangan politik .

Antara Program Pencarian Bakat Yang Pernah dijalankan

Program Pencarian bakat dalam kanak-kanak yang berumur 12 Tahun ke bawah untuk sukan Bola Sepak

- Program ini diadakan untuk mencari 6 pemenang yang bertuah bagi program Realiti Mencari Ramli Musim ke-3 untuk menjalani latihan di Manchester United Soccer School (MUSS) - Program serampang dua mata dimana para pemenang berpeluang diserapkan ke skuad Harimau Muda C atau D - Program ini hasil kerjasama Telekom Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) & TV3 sebagai penyiar rasmi.