Anda di halaman 1dari 13

- Kata majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil

membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. - Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

Rangkai Kata Bebas

Kata Majmuk Istilah Khusus Maksud Kiasan

Kata Majmuk Rangkaian Kata Bebas


Gambar rajah Biru laut Air hujan Jalan raya Nasi minyak Terima kasih Alat tulis Bandar raya Kapal terbang Bom tangan Jam tangan Tengah hari

Bentuk kata yang digunakan sebagai Gelaran


Perdana Menteri
Duta Besar Raja Muda

Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar

Kata Majmuk Yang Berbentuk Istilah Khusus


Model linear
Garis pusat Lesung sendi

Kanta tangan
Segi tiga Cari gali

Kata Majmuk Yang Maksud Kiasan


Kaki ayam Buah hati

Duit kopi
Anak emas Bulan madu

Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap


Terdapat sebahagian kecil bentuk kata majmuk

yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Dieja sebagai satu perkataan.

Bentuk Kata Majmuk Mantap


Antarabangsa Beritahu Bumiputera Jawatankuasa Kakitangan Kerjasama Olahraga matahari - Setiausaha - Sukarela - Suruhanjaya - Tandatangan - Tanggungjawab - Warganegara - Pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang tergolong

dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1) Kata nama : peribadi, peribahasa, haribulan, perikemanusiaan. 2) Kata adjektif: sukacita, dukacita 3) Kata sendi nama: kepada, daripada 4) Kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal 5) Kata tanya: bagaimana

Penggandaan kata majmuk


Penggandaan kata majmuk melibatkan pengandaan

unsur pertama sahaja. Contohnya;


Alat-alat tulis Gambar-gambar rajah Baju-baju berkolar Semut-semut api

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan

bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan semua unsur. Contohnya;


Pesuruhjaya-pesuruhjaya Warganegara-waganegara Tandatangan-tandatangan Setiausaha-setiausaha Jalanraya-jalanraya

Pengimbuhan kata majmuk


Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan

kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu; a) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya; Campur aduk => bercampur aduk Litar selari => berlitar selari Ambil alih => mengambil alih b) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya; Campur aduk => mencampuradukkan Satu padu => menyatupadukan Urus niaga => diurusniagakan

Sekian, terima kasih