PJM 3112
VISI Peneraju sukan bolasepak terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia MISI Memastikan Program Pembangunan Sukan Bola Sepak bawah 12 tahun negeri dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat
Mykid Soccer Negeri Johor merupakan sebuah pusat latihan negeri yang diamanahkan untuk melaksanakan program jangka panjang Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai sebuah pusat latihan, kami bertanggungjawab dalam melaksanakan visi dan misi sukan negara, seterusnya berusaha secara komprehensif dan sistematik ke arah melahirkan atlet-atlet terbaik untuk negeri dan negara untuk masa hadapan. Setiap jurulatih yang dilantik telah didedahkan dengan pelbagai aspek sukan terutama sukan bolasepak yang meliputi aspek pengurusan sukan, teknikal, taktikal, kecergasan, fisioterapi, dan aspek-aspek profesional bagi memenuhi hasrat negara. Pelbagai kursus telah dihadiri seperti Kursus Awalan Kejurulatihan FAM, Kursus-kursus Kejurulatihan AFC/FAM, Kursus Bolasepak Akar Umbi (Grassroot), Kursus-kursus Kecergasan MSN, dan sebagainya. Justeru itu, program ini telah merangka pelbagai aktiviti bagi jangkamasa panjang dan pendek, dalam melahirkan pemain-pemain bolasepak yang bermutu.
Cara pelaksanaan :
Peserta-peserta Program Mykid Soccer Negeri Johor dibahagikan kepada kategori-kategori mengikut umur. Setiap kategori pula diawasi dan diletakkan di bawah rtanggungjawa Jurulatih Separuh Masa (JSM) yang terlatih. Kategori pemain adalah seperti berikut: 1. Pasukan bawah 7 tahun. 2. Pasukan bawah 8 tahun. 3. Pasukan bawah 9 tahun. 4. Pasukan bawah 10 tahun. 5. Pasukan bawah 11 tahun. 6. Pasukan bawah 12 tahun.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Mykid Soccer Negeri Johor adalah seperti berikut 1. Latihan bolasepak harian. dijalankan pada setiap Khamis Jumaat ,dan Sabtu (4.30 hingga 6.00 petang)
Latihan adalah mengikut takwim dan perancangan tahunan di pusat latihan negeri. Dikendalikan oleh KJRN dan JSM mengikut kategori umur. Melibatkan latihan koordinas, kemahiran asas bermain termasuk hantaran, kawalan dan menerima bola, menjaring gol , latihan penjaga gol dan permainan kumpulan keci sehingga perlawanan 11 v 11..
Disertai pasukan-pasukan di kalangan pemain Mykid Soccer. Format perlawanan; 4 v 4, 5 v 5, 6 v 6 , 7+1 v 7 + 1, 9 v 9 dan 11 v 11. Menerapkan konsep 'karnival bola sepak' yang menyeronokkan.
3. Kejohanan Terbuka.
Pasukan Mykid Soccer Johor menyertai mana-mana kejohanan luar, Pasukan luar dijemput untuk menyertai kejohanan anjuran Mykid Soccer Johor. Pasukan sekolah / kelab luar di jemput untuk menyertai perlawanan persahabatan dengan MyKid Soccer Johor.
Lawatan sambil belajar akan diadakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Lawatan adalah melibatkan premis-premis kerajaan seperti Unit Sukan, SekolahSekolah Sukan, Gimnasium negeri dan daerah, dan kelab-kelab bolasepak berdekatan.
Pasukan khas akan dibentuk sekurang-kurangnya sebulan daripada tarikh kejohanan yang bakal disertai pada masa tersebut.
Diuruskan dan dilatih oleh KJRN atau JSM terpilih. Akan mengadakan sesi latihan tambahan mengikut kesesuaian, dan diputuskan oleh KJRN.
Klinik bola sepak akan dianjurkan mengikut kesesuaian masa dan bertepatan dengan takwim program.
Pengendali / fasilitator klinik bola sepak adalah dipilih di kalangan jurulatih bola sepak yang bertauliah.
5. Kursus kejurulatihan kepada JSM oleh FAM/ MSN / PBNJ/ Unit Sukan JPNJ/ sebagainya.
JSM digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bola sepak melalui kursus-kursus seperti Kursus Bola Sepak Akar Umbi (grass root), kursus kecergasan, kursus fisioterapi dan urutan sukan dan sebagainya.
Kursus-kursus seperti di atas adalah atas penganjuran agensi-agensi seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia / Negeri / Daerah, Majlis Sukan Negara / Negeri, dan agensi-agensi lain.
Kursus ini dianjurkan oleh Mykid Soccer Johor dengan menjemput Pengarah Teknikal FAM, dan pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara.
Pihak Mykid Soccer Johor akan menjemput para guru seluruh negeri Johor untuk turut menyertai bengkel ini.
Kejayaan sesuatu pasukan bolasepak adalah sangat berkait rapat dengan komitmen dan sumbangan yang dicurahkan oleh para pemain, ibubapa dan penjaga pemain, para jurulatih dan juga agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penuh program pembangunan ini. Mudah-mudahan, dengan kerjasama, berkat usaha dan komitmen yang tidak berbelah bagi, nama Negara Malaysia yang tercinta ini dapat harum, megah dan dihormati di dalam peta bolasepak dunia.
AHLI JAWATANKUASA (2013) PENGERUSI Y.B Dato Razali Hj Ibrahim Timbalan Menteri Belia & Sukan
AHLI JAWATANKUASA Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran Y.Bhg. Dato' Mohid Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan Y.Bhg. Tan Sri Abd Ghafar Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato Seri Zolkples Embong Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia Y.H. Lt Jen. (B) Dato Azzudin Ahmad Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Puan Ee Hong Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Datuk Dell Akbar Khan Penggiat Sukan Bola Sepak Y.Bhg. Dato' Mohd Junid Mohd Noor Penggiat Sukan Bola Sepak Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Shafie Penggiat Sukan Bola Sepak En. Ahmad Khawari Isa Presiden Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) En. Hassan Tun Sulaiman Penggiat Sukan Bola Sepak En. Abdul Rashid Yaakub Pengarah Bahagian Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia " Majulah Sukan Bolasepak Untuk Negara "
17 Februari 2013
AKTIVITI DIRANCANG dan akan dilaksanakan 1. Kem Motivasi Mersing Pn Azurah Pegawai Motivasi Intitut Sukan Negara Johor di Endau,
2. Latihan kekuatan Fizikal bersma En Omar Ali Pegawai Majlis Sukan Negera Negrri Johor 3. Menyertai pertandingan bawah umur
4. Mengadakan Karnival pertandingan Jemputan U12 5. Mengadakan Pertandingan Jemputan Sekolah Sekolah U 10 6. Mengadakan Fun Festival U 7 dan U8 7. Mengadakan dan menyertai Karnival Antara Pusat Zon Selatan 8. Menyertai Kejoihanan bawah umur 10 dan 12 tahun peringkat Kebangsaan. 9 Mengadakan LATIHAN MYKIDS SOCCER seperti dirancang 10.Menghantar pemain pemain ke sesi latihan dan pemilihan pasukan Kebangsaan bila diperlukan. 11. Menmghantar Jurulatih menghadiri sesi bengkel,dan Kursus Kejurulatiha
Sabtu Petang
Konsep Latihan :
Warming up with or without ball Coordination with or without ball Small Side Game Technique 1 Rest Technique 2 Small Sided Game Physical Fitness Warming down
a) Pelaksanaan kejohanan sukan tahunan sekolah atau sukaneka Kejohanan sukan tahunan sekolah atau sukaneka akan dijalankan sekurangkurangnya sekali setahun bagi setiap sekolah. Pelbagai acara sama ada acara balapan dan padang dipertandingkan. Pertandingan bagi setiap acara tersebut dibahagikan mengiut kategori umur murid sekolah. Murid diberikan kebebasan untuk mewakili rumah sukan masing-masing dalam apa jua acara yang dipertandingakan mengikut minat dan kebolehan mereka sendiri. Bakat seseorang murid dalam sukan dapat dikenalpasti apabila seseorang murid itu menjuarai bagi acara yang disertai. Murid yang menjadi juara dalam acara tertentu akan dipilih untuk mewakili seklah pada peringkat seterusnya.
b) Aktiviti pertandingan yang dianjurkan bagi setiap jenis sukan di sekolah Pelbagai jenis pertandingan sukan yang dilaksanakan di sekolah seperti kejohanan bola jarring, kejohanan bola sepak dan sebagainya sering dianjurkan oleh pihak sekolah. Penyertaan adalah digalakkan untuk semua murid di sekolah sama ada kategori tersebut mengikut umur dan jantina. Penglibatan aktif murid dalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan mampu untuk member peluang kepada murid-murid mempamerkan bakat masingmasing. Bakat sukan yang dimiliki oleh murid dapat diperhatikan semasa mereka menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid yang telah dikenalpasti bakat mereka akan dipilih untuk membentuk pasukan sekolah tersebut. Latihan akan diberikan oleh guru yang membimbing sebagai jurulatih mereka.
c) Kebolehan murid menguasai kemahiran yang diajar dalam kelas Pendidikan Jasmani Bakat murid dalam sesuatu bidang sukan juga dapat dikenalpasti melalui pemerhatian oleh guru Pendidikan Jasmani semasa sesi pengajaran dalam kelas Pendidikan Jasmani.
Murid yang diperhatikan mempunyai kebolehan untuk menguasai sesuatu kemahiran yang diajar kemungkinan mempunyai bakat yang tinggi dalam sesuatu sukan yang berkenaan. Contohnya, seorang murid menampakkan kelincahannya membuat kemahiran mengelecek menggunakan bola dijangkakan mempunyai bakat dan minat dalam sukan bola sepak. Dengan itu, guru Pendidikan Jasmani tersebut akan memaklumkan kepada guru yang membimbing pasukan bola sepak sekolah tentang kebolehan murid tersebut bagi menyertai pasukan sekolahnya.
d) Keaktifan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah Selain itu, bakat murid dalam sukan juga mampu dikenalpasti semasa murid tersebut menyertai aktiviti kokurikulum sekolah. Contohnya aktiviti sukan olahraga, di mana murid tersebut menunjukkan minat, komitmen dan kebolehannya dalam satu acara. Sebagai contoh murid diperhatikan menunjukkan keaktifan dalam sukan merejam lompat tinggi. Murid tersebut didapati mempunyai bakat yang terpendam dalam acara lompat tinggi.
2. Meningkatkan prestasi sukan sekolah dengan pemberian insentif. Pemberian insentif bagi atlet yang mewakili sekolah dan memperoleh kejayaan harus diperkukuhkan lagi sebagai galakan kepada mereka untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan. Pemberian insentif yang diberikan kepada atlet membuatkan para atlet merasakan bahawa kejayaan yang mereka perolehi adalah dihargai begitu juga dengan usaha gigih yang mereka curahkan.
Pemberian insentif kepada para atlet dapat diberikan dalm pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material. Contoh pemberian secara material adalah insentif dalam bentuk wang. Murid yang berjaya memperoleh kejuaraan akan diberikan wang sebagai insentif. Insentif dalam bentuk wang tersebut boleh dimanfaatkan oleh mereka untuk memberi barang keperluan mereka seperti kasut, baju sukan peralatan dan sebagainya. Manalaka insentif yang berbentuk bukan material adalah sepeti pemberian sijil penghargaan. Sijil penghargaan tersebut adalah sangat penting buat seorang murid
sebagai bukti kejayaan mereka amatlah dihargai dan sijil tersebut dapat dijadikan sebagai satu bukti yang sah untuk menunjukkan bahwa mereka adalah aktif dalam sukan tertentu. Selain itu, pemberian insentif bukan material juga boleh diberikan dalam bentuk penganugerahan. Sebagai contoh, sekolah akan memberikan anugah
olahragawan dan olahragawati kepada murid yang paling berjaya dalam bidang sukan yang mereka ceburi bagi setiap tahun. Pemberian insentif dalam pelbagai bentuk di atas sememangnya mampu memberikan motivasi dan galakkan semangat buat atlet sukan sekolah. Dengan itu mereka akan lebih berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam sukan yang diceburi sekaligus meningkatkan prestasi sukan sekolah mereka. Oleh itu, usaha-usaha seperti pemberian insentif perlu diambil dalam membentuk motivasi sukan sekolah.
Rujukan