SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN PRAKATA BORANG KOLABORASI 1.0 PENDAHULUAN 2.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 2.1 Strategi 2.2 Pendekatan Pembelajaran 2.3 Kaedah 2.4 Teknik Pengajaran 3.0 JENIS-JENIS AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA 3.1 Kemahiran Bahasa 3.2 kemahiran Mendengar 3.3 Kemahiran Bertutur 3.4 Kemahiran Membaca 3.5 Kemahiran Menulis 3.6 Rumusan 4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 4.1 Rancangan Pelajaran Harian Kemahiran Mendengar dan Bertutur 4.2 Rancangan Pelajaran Harian- Kemahiran Membaca 4.3 Rancangan Pelajaran HarianKemahiran Menulis 5.0 REFLEKSI 6.0 BIBLIOGRAFI 1 2 3 4 5 -15 5 6 9 11-15 15 -24 15 16 17 19 21 24 25-34 25 29 34 38 39
LAMPIRAN
40
PENGHARGAAN
Kami ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104 ini telah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga saya sendiri. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat
pensyarah kami iaitu Encik Hj.Rosli Bin Hj.Ab.Ghani yang banyak memberikan penerangan dan membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan Kelas RBT 1 yang turut
sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar sekolah saya yang memahami dan memberi dorongan untuk saya meneruskan pembelajaran di peringkat ini.
1. PENDAHULUAN
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3104) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada pendekatan kaedah, strategi dan teknik pengajaran. Dalam melaksanakan perkara tersebut, tumpuan adalah diberi kepada pelaksanaan aktiviti kemahiran bahasa secara berhieraki, agar pelajar dapat menguasai kemahiran bahasa itu secara semula jadi. Pelajar didedahkan kepada komponen kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan mengaplikasikan pelbagai aktiviti seperti simulasi, main peranan, permainan bahasa dan sebagainya agar pelajar dapat memahami dan mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
STRATEGI
PENDEKATAN
KAEDAH TEKNIK
RAJAH 1 2.1 Strategi Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1305), strategi ditakrifkan sebagai rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor ) untuk mencapai matlamat atau kejayaan; - dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan juga teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran . Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam proses pembelajaran. Menurut sukatan pelajaran tahun dua (2003: 7-10) strategi pengajaran dapat dilaksanakan melalui beberapa pendekatan iaitu pendekatan yang berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang bertema, penyerapan, bacaan luas, penggabungjalinan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.
4
2.2 Pendekatan Pembelajaran 2.2.1 Definisi Pendekatan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai titik tolak atau sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk kepada pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum, di dalamnya mewadahi, menginsiprasi, menguatkan, dan mendasari langkah-langkah pembelajaran dengan merangkumi teori-teori tertentu. Jika kita lihat pada kajian-kajian yang telah dilakukan pembelajaran terdapat dua jenis pendekatan. Dua pendekatan tersebut adalah pendekatan yang berpusatkan pada murid dan pendekatan pembelajaran yang berpusat pada guru. Cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektif.
Kamus Dewan
Definisi Pendekatan
Konteks Pendidikan
RAJAH 2 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN Pertamanya ialah pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru dan kaedahkaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi. Pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah pendekatan yang kedua, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
5
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif sering diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P). Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan cerakinan. Pendekatan ini kebiasaannya akan dimulakan dengan satu kajian secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan. Pendekatan ini juga kebiasaannya menggunakan penguasaan peraturan atau hukuman daripada aspek penggunaan. Maklumat yang umum akan dicerakinkan ke dalam bentuk yang lebih spesifik. Contoh mudahnya adalah topik kepada sub-topik. Pendekatan Elektif pula adalah merupakan kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Guru berperanan untuk memastikan agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu memberikan input terlebih dahulu bagi memudahkan murid untuk membuat rumusan dan memberikan contoh. Pendekatan ini kebiasaannya
menggunakan banyak latihan tetapi guru perlu mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak agar ia sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
2.3 Kaedah Kaedah ditakrifkan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutama yang bersistem atau yang biasa) mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu) menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:557). Di samping itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan guru yang bersistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah juga lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga merupakan pendokong bagi pendekatan yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah mengajar seperti kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah elektik dan kaedah gabung jalin ( Abd Aziz Abd Talib, 2000) Manakala semua kaedah pengajaran adalah bermatlamat untuk kemahiran bahasa murid. Selain daripada empat kaedah di atas terdapat juga berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang terkenal yang telah dicipta oleh ahli pendidikan bahasa antaranya ialah kaedah latih tubi, kaedah terus, kaedah dengar dan sebut, kaedah bersiri, kaedah terjemahan, kaedah tentera dan kaedah tatabahasa, Sebagai contoh, empat kaedah yang sesuai diaplikasikan akan dihuraikan dengan lebih terperinci iaitu :
2.3.1 Kaedah Induktif Kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi perbuatannya) dijelaskan kepada pelajar. Kaedah induktif ini sebenarnya berasaskan teori Jean Piaget. Menurut Piaget kanak-kanak lebih mudah belajar daripada sesuatu yang konkrit kepada yang abstrak terutama bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan mentalnya ( Abd Aziz Abd Talib, 2000)
2.3.2 Kaedah deduktif Kaedah deduktif bertentangan dengan kaedah induktif. Menurut kaedah ini, ia akan menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumusan tentang sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kaedah ini lebih bersesuaian dijalankan untuk mengajar pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah. Menurut Piaget, pelajar yang berada pada tahap
perkembangan mental sudah boleh berfikir dan memahami sesuatu secara abstrak.
2.3.3 Kaedah Elektik Kaedah elektik merupakan gabungan antara kaedah induktif dan kaaedah deduktif. Kaedah ini sangat bersesuaian dijalankan oleh guru di dalam kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza daya kebolehan. Di dalamnya terdapat murid-murid yang pandai, kurang pandai dan lemah.
2.3.4 Kaedah Gabung Jalin Kaedah ini telah diutarakan oleh H.G Widdowson. Kaedah ini telah dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip ini sangat
menekankan fungsi bahasa yang sebagaimana berlaku dalam komunikasi bahasa. Kebiasaannya perkara yang digabungjalinkan benar-benar terlibat dalam proses komunikasi. Antaranya ialah kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dilihat berlaku dalam dialog, wawancara, perbincangan dan sebagainya. Pengaplikasian kaedah ini perlulah dilaksanakan oleh guru dengan memilih dan menggabungkan satu kemahiran bahasa dengan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar menggambarkan situasi penggabungan kemahiran dalam komunikasi.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. (Mengantar Simanjuntak 1981 :57). Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang guru pilih seharusnya selaras dengan kaedah yang digunakan. Guru seharusnya bijak menggunakan pelbagai teknik pengajaran kerana ia membantu dalam mencapai objektif yang diharapkan dalam Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).
Teknik forum
Teknik sumbangsaran
Teknik dialog
Teknik kuiz
Teknik inkuiri
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik perbincangan
Teknik perbahasan
Teknik bercerita
Teknik drama
Teknik simulasi
2.4.1. Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini, guru dapat membantu murid dalam mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini juga pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa. Aspek Kebolehan Menggunakan Bahasa Aktiviti-aktiviti yang disarankan menyebut patah-patah perkataan atau Sebutan (accent) sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. penggunaan bahasa yang tepat mengikut Tatabahasa (grammer) hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. meluaskannya dengan penggunaan Perbendaharaan kata (vocabulary) imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. menggunakan perkataan dan lain-lain Kefasihan (fluency) dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
11
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini juga pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah sebenar.
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Contohnya pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Dramatisasi ini tiada kaitan dengan penghafalan skrip atau dengan kata lain pelakon-pelakon yang dipilih guru itu cuba menjayakan wataknya dengan spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Pada peringkat rendah seperti tahap satu di sekolah rendah permainan bahasa boleh dilakukan dan tahap dua pula boleh dilakukan perbincangan yang lebih serius dan sedikit kompleks.
12
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah satu bentuk teknik yang mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
13
3.
melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. 3.3 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Hal ini kerana, jika seseorang kanakkanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan.
Kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekana suara ) , jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsure-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca adalah satu komponen dalam kemahiran berbahasa yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Menurut Kamarudin Hj.Husin (1988) dalam Siri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
15
Mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pen gajian Melayu !:Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik; iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi ia adalah lebih daripada itu. Membaca ialah proses pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Psikolinguitik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan (dalam hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.
Terdapat lima peringkat dalam kemahiran membaca iaitu; a) Peringkat menyediakan murid. b) Peringkat mendirikan asas. c) Peringkat melatih membaca dan memahami. d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan. e) Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.
Kemahiran membaca ini pula terbahagi kepada dua jenis bacaan iaitu bacaan bersuara (mekanis) dan bacaan senyap (akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Selain itu, ia juga disebut sebagai membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring. Bacaan akaliah / senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Ia juga disebut sebagai membaca di dalam hati. Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.
16
3.4
Kemahiran Menulis
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsepkonsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.
Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat dengan membaca.
Peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat. Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.
17
Bagi peringkat tulisan mekanis pula, ianya berlaku setelah kanak-kanak melaui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.
Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iatu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Pada peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh pada peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif bagi membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.
4. RUMUSAN
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik. Penguasaan ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Keempat-empat komponen dalam kemahiran berbahasa adalah saling berhubungan dan tidak boleh dipisahkan. Ianya saling berkaitan dan pengajaran pembelajaran tidak akan bermakna sekiranya tidak menggunakan kemahiran berbahasa tersebut.
18
5.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Masa Tahun : 60 minit (9.00.pagi 10.00 pagi) : 6 Cekap
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Unit Tema Tajuk :2 : Datuk di Ibu Kota : Berkunjung ke Ibu Kota
Hasil Pembelajaran; Fokus Utama 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam aktiviti harian.
Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
19
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; i. menggunakan gelaran dan kata panggilan yang sesuai dalam perbualan. ii. membaca dialog dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. iii. menyenaraikan kata panggilan dan gelaran yang terdapat dalam dialog dan kata panggilan dan gelaran lain. Sistem Bahasa Tatabahasa : 1. Kata panggilan 2. Ayat Ajuk Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : Kasih sayang Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai i. Verbal linguistik
20
Masa / Langkah Isi Pengajaran Soalan Set Induksi (5 minit) 1.Di manakah gambar ini diambil? 2.Siapakah yang pernah ke ibu kota? 3.Apakah yang kamu lihat di sana? 4.Ke manakah tempat yang kamu pergi? 4.Bagaimanakah suasana tempat tersebut. Langkah 1
( 15 minit ) Murid menyatakan tempat yang dimaksudkan iaitu Kuala Lumpur. Guru menyatakan tajuk pelajaran ialah Berkunjung ke Kuala Lumpur. Guru bersoaljawab dengan murid tentang gambar.
Aktiviti
Murid ditunjukkan gambar kota Kuala Lumpur.
Dialog (Lampiran 2) Kata panggilan dan gelaran dalam dialog: * Along * Angah * Ucu * Encik *Atuk * Ibu * Ayah * Nenek
Murid-murid membaca dialog yang terdapat dalam buku teks secara senyap. Murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berdasarkan tanda baca. Murid menyatakan kata panggilan dan gelaran yang terdapat dalam dialog.
21
BBM:Teks bacaan
Teknik : lakonan
Murid-murid AlongAngahAlang menyenaraikan kata panggilan dan gelaran yang terdapat dalam dialog dan kata panggilan dan gelaran lain.
Murid membuat carta yang menunjukkan hieraki kata panggilan dalam keluarga.
Guru memberikan situasi dan memanggil 4 orang murid untuk melakukan Main peranan
1.Seorang bapa, ibu dan aktiviti main peranan yang anak lelakinya sedang menyambut ketibaan datuk dan neneknya yang baru tiba dari kampung. Murid melakukan aktiviti main peranan yang telah dirancang. Penutup ( 5 minit ) Kita mesti menghormati dan menyayangi ahli keluarga massingmasing. Murid menyatakan nilai murni yang diperoleh daripada pengajaran pembelajaran hari ini. melibatkan kata panggilan dan gelaran.
22
Refleksi Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3104 dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sama ada tanggungjawab di sekolah atau di rumah. Tugasan kali ini agak mencabar minda saya kerana saya perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mesti mengikut kaedah yang diterangkan. Melalui pengalaman dan rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran , buku teks, buku panduan guru dan sumber internet, saya telah merangka RPH yang mengandungi kemahiran-kemahiran sepatutnya. Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambilewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan RPH yang sempurna. Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan(dengar dan tutur), bacaan atau tulisan. Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknikteknik yang boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.
23
Bibliografi Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka http://www.scribd.com/doc/30396978-Pendekatan-Kaedah-Teknik-Dan-Strategi
24
LAMPIRAN
25