Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh Pada suatu hari , ada seekor kerbau jantan

hendak minum air.Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai.Sungai itu agak luas. Airnya cetek sahaja, jernih dan sejuk.Kerbau itu mengharung air.Air itu hanya setakat lutut sahaja.Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambar naik di tepi sungai.Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Buaya : Tolong ! Tolong ! Tolong aku , kerbau! Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu.Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema.Merayu-rayu bunyinya.Kerbau mendekati suara itu.Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu , betul-betul di tengah belakangnya. Kerbau : Oh,buaya! Kenapa ini? Buaya : Tolong aku , kerbau ! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak.Berat sungguh batang kayu ,ini Kerbau kasihan melihat buaya.Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya. Kerbau : Eh,buaya! Kenapa ini ? Buaya : Aku hendak makan kau.Hari ini kau menjadi rezeki aku. Kerbau : Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini.Tidak tahu membalas budi.Orang berbuat baik, kau balas jahat.Sepatutnya buat baik dibalas baik.Buat jahat dibalas jahat. Buaya : Aku tidak peduli. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitanya.Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air.Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas.Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. Kebau : Janganlah bunuh aku , buaya ! Aku pun mahu hidup.Kau makanlah benda lain . Buaya : Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan syarat.

Kerbau : Apakah syaratnya. Buaya : Kita cuba dapatkan jawapan , betul atau tidak bahawa berbuat bauk dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu disini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau. Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya.Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji. Buaya : Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik? Saji : Tidak betul.Berbuat baik dibalas jahat.Di rumah , aku digunakan untuk menutup makanan.Nasi ,lauk ,kuih dan apa-apa sahaja aku lindungi.Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku.Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi.Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai .Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat.: Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut. Buaya : Macam mana kerbau ? Betul atau tidak apa yang aku kata? Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. Tuhan tentu akan menolong orang yang baik. kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasanganya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut bersama-sama. Buaya : Hah,itu satu lagi benda hanyut ! Kita cuba tanya.Kasut,betul atau tidak berbuat baik dibalas baik? Kasut : Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita Kasut : Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku.Setiap hari aku dibersihnkan dan dikilatkan.Apabila malam,aku disimpan di tempat selamat. Aku juga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, aku tidak disayangi lagi.Badanku tidak dikilatkan lagi.Aku dibaling ke tepi

tangga selepas digunakan.Apabila malam , aku ditinggalkan di halaman rumah.Aku dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk.Apabila sudah terlalu buruk dan koyak , aku dibuangkan ke dalam sungai.Itulah sebabnya aku hanyut ke sini. Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. Buaya : Sudah dua jawapan.Engkau kalah.Tetapi aku bagi satu peluang lagi.Kalau datang yang ketiga,sama jawapanya, engkau akan jadi habuanku. Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau.Kancil melihat air mata kerbau berlinang.Manakala buaya pula kelihatan bengis. Kancil : Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau ? Buaya : Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami. Kancil : Mengapa? Buaya : Kami bertengkar ,berbuat baik adalah dibalas jahat. Kancil : Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau? Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu.Kerbau datang menolong .Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau.Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. Kancil : Tetapi sebelum aku memberikan keputusan , aku mahu tengok kejadian asalnya. Buaya: Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah.Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku. Kancil : Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau? Buaya : Macam mana aku hendak tunjukkan , kerbau sudah alihkan batang kayu itu. Kancil : Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih Buaya mengikut sahaja arahan kancil.Buaya melepaskan kaki dan kerbau lalu duduk dekat batang pokok.

Kancil : Kerbau ! Cuba engkau tunjukkan , bagaimanakah kayu itu bera da di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku ,bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu? Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. Kancil : Cuba engkau bergerak, buaya ! Bolehkah kayu itu diangkat ?Cuba lagi seperti engkau mula-mula kena tindih.Kuat lagi,kuat lagi. Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri .Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak.Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. Kancil : Selepas itu apakah yang terjadi? Kerbau : Selepas itu aku datang menolong.Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas , ia gigit kaki aku. Kancil : Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya? Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu. Kancil : Sudah! Setakat itu dulu.Aku sudah faham.Jangan angkat kayu itu. Kerbau : Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati. Kancil : Engkau ini sangat lurus dan jujur,wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati.Kalau buaya ini hidup , engkau tentu mati.Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik. Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu.Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya.Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. Buaya : Jaga ,kancil ! Kautipu aku.Ingat ,Kancil ! Aku akan makan kau. Namun , kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.