Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2009

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun ini. Antaranya adalah berikut:

1. Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah berlangsung di tapak serbaguna SMKDIY pada 9 Januari
2009. Waktu adalah dari 9.30pg hingga 10.30pg.Sebanyak 135/180 orang telah menghadiri mesyuarat
ini.

Dalam mesyuarat ini, ucapan pengerusi majlis dan guru penasihat telah diberikan. Kemudian
guru penasihat meluluskan minit tahunan 2008. Perlantikan AJK 2009, aktiviti-aktiviti tahunan 2009,
hal-hal lain yang berbangkit serta pembaharuan persetiaan pengakap dan janji setia telah
dibincangkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini tamat dengan majlis penutup ikatan persaudaraan
pengakap.

2. Merayakan Hari Pengasas Pengakap

Aktiviti ini diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada 21hb Februari 2009. 86 orang pengakap
daripada 88 orang pengakap telah hadir pada hari ini. Guru-guru penasihat yang hadir ada En. Ku
Zamil, En.Chan Chee Kong, En.Amra, En. Hafiz dan Cik Arnis Juliana.

Taklimat pembentukan tapak kuda bagi majlis ini. Aktiviti-aktiviti seterusnya ada pembentukan
tapak kuda, naik bendera kumpulan dan lafaz persetiaan pengakap.Ucapan pemimpin pengakap
diberikan sebelum penutupan majlis penutupan. Aktiviti selepas penutupan majlis penutupan ada
permainan dan tarian pengakap.Yang akhirnya ialah istiadat turun bendera.

3. Pengembaraan keTanjung Malim

Pada 14 Mac dan 15 Mac 2009, En. Ku Zamil, En.Chan Chee Kong, En. Hafiz dan Cik Arnis
Juliana telah mengetuai pasukan pengakap yang seramai 30 orang pengakap mengembara ke Tanjung
Malim.

Pada 14/3, pengakap berkumpul di sekolah pada pukul 5.30pg.Pengakap mula aktiviti
pengembaraan pada 6.00pg. Selepas 3 jam 30 minit, pasukan telah sampai di Taman Rimba Templer.
Pasukan pengakap meneruskan perjalanan mereka dan berehat di Rawang pada pukul 10.30 pagi.
Pada pukul 11.15pg, perjalanan diteruskan. Pasukan telah tiba di Serendah pada 3.30ptg. Semasa
rehat, guru-guru penasihat dan ahli-ahli pengakap telah mengambil keputusan untuk naik bas ke
Tanjung Malim. Akhirnya, pengakap-pengakap pun telah tiba Tanjung Malim pada pukul 6.10ptg.

Pada hari seterusnya, iaitu 15/3, para guru dan pengakap makan pagi pada 7.30pg. Kemudian pun
mengemaskan barang untuk balik ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.15pg, guru dan pengakap tiba di
sekolah.
4. Kem Ujian Keahlian Sempena Earth Hour

Kem ujian keahlian ini telah diadakan pada 27/3 – 29/3/2009. Guru-guru penasihat ada En. Ku Zamil,
En. Chan Chee Kong, En. Hafiz dan Cik Arnis. Ahli-ahli baru yang akan mengambil ujian ada 20
orang, manakala ahli-ahli lama atau AJK juga ada 20 orang. Jumlahnya ialah 40 orang. Kem ini
bertempat di SMKDIY. Earthhour telah ambil masa selama 1 jam, iaitu pada pukul 8.30mlm sehingga
9.30mlm, pada 28/3/09.

5. Hari Terbuka Pengakap

Hari terbuka ini telah berlangsung pada 26 April 2009, dari pukul 8.30pg hingga 12.30tgh.
Sebanyak 70 orang ahli pengakap telah menyertainya dan diawasi oleh En. Chan Chee Kong.

Istiadat menaikkan bendera telah memulakan hari terbuka ini. Aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan pada hari ini ada “wall climbing”, “abseiling”, “backwoods cooking”, pameran dan
permainan yang beraneka. Aktiviti-aktiviti ini berlangsung pada masa yang sama.

Hari Terbuka Pengakap telah bertamat pada pukul 12.30tgh. Selepas En. Chan memberi taklimat,
ahli-ahli pengakap pun mengemas barang dan alat-alat.

6. Rombongan ke Pulau Pinang

Rombongan ke Pulau Pinang yang diketuai oleh En. Chan Chee Kong telah berlangsung selama
empat hari dua malam, iaitu dari 4 Jun 2009 hingga 7 Jun 2009. Seramai 12 ahli-ahli pengakap telah
menyertai rombongan ini.

Pada hari pertama, 4/6/09, ahli-ahli pengakap yang mengambil bahagian berkumpul di stesen bas
Jalan Duta pada 9.30pg dan bertolak pada pukul 10.00pg. Masa tiba ke Pulau Pinang ialah 4.00ptg.
Pada waktu malam, En. Chan telah membawa ahli-ahli pengakap melawat muzium alat-alat
permainan, “Toy Museum”.

Pada hari yang seterusnya, En. Chan telah membawa ahli-ahli pengakap melawati St. Xavier
Institution dan pantai Pulau Pinang. Ketibaan En. Chan dan ahli-ahli pengakap telah disambut oleh
ahli-ahli pengakap dan guru penasihat St. Xavier Institution. Selepas itu, mereka pun pergi ke pantai
Pulau Pinang bermain.

Pada hari ketiga, ahli-ahli pengakap telah melawati Kek Lok Si dan Bukit Bendera. Pada pukul
8.30mlm, Encik Chan dan ahli-ahli pengakap bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Rombongan ini tiba ke KL Central pada waktu 5.00pg, 7/6/09.


SENARAI NAMA AJK

REMAJA MUDA

Troop Leader : Tan Kok Hong Poon Seng Pang

ATL : Cheng See Quan Rudhi Yallahuan

Secretary : Lim Chi Yen Kadhi

AS : Iqseed B. Mohd Zuki -

Treasurer : Chia Yak Thuan Anthony Choo

AT : Lim Bee Kean -

Quartermaster : Chong Jyy Fei Nasrul Shah

2nd QM : Yau Siong Fai Mohd Zaki

Cheong Kin Fong

Sandev Singh

Sharim

Ketua Keceriaan: Mellissa Yeo

Penolong : Yap Leh Moon

Anda mungkin juga menyukai