Anda di halaman 1dari 3

,

2013
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

BAHAGIAN A [ 10 markah ] [ Masa dicadangkan : 15 minit ] Tulis lima ayat yang lengkap tentang jadual yang terdapat di bawah.

BAHAGIAN B [ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] [ 30 markah ] Pilih satu daripada tajuk tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Jika saya jadi jutawan.

ATAU

2. Kamu tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Tulis surat kepada guru kelas kamu untuk menyatakan sebab ketidakhadiran kamu.

ATAU

3. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Tulis sebuah laporan tentang aktiviti tersebut.

BAHAGIAN C [ 20 markah ] [ Masa dicadangkan : 20 Minit ]

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Karthik murid Tahun Enam. Dia seorang pelajar yang rajin berusaha dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Di rumah Karthik tidak suka membuang masa. Pada masa lapang Karthik membaca buku atau bermain dengan adiknya. Kadang kala dia membantu ibunya menyapu sampah, mengemas rumah, menyidai baju dan sebagainya. Kawan kawannya sayangkan Karthik kerana sifatnya yang baik. Karthik suka menolong kawan-kawan yang mendapat kesusahan. Dia dihormati kerana sifat peramahnya, lemah-lembut, rajin dan tidak membesarkan diri. Karthik menjadi contoh kepada murid-murid lain di sekolahnya dan disayangi oleh gurunya. Oleh sebab itu, Karthik dilantik gurunya menjadi Ketua Murid.

Anda mungkin juga menyukai