Anda di halaman 1dari 22

1.

Pengenalan Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan

persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat(Sillars ). Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa magic atau sakti. Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (Sigmund Freud). Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau medium. Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang mendengar.

Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanya soalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri

SOALAN

BAGAIMANAKAH KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KOMUNIKASI MAMPU MENJANA DAN MENYUBURKAN PEMIKIRAN RAKYAT YANG BERNAS DAN BERKUALITI. Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah Roger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby dan Goodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu juga dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di bahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang berlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan dan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untuk perhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisfera ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kiri memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses maklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkat kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisfera otak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlaku perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentuk-bentuk geometri. Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali sebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7 kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik,
3

visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu dalam mengesan dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialah kebolehan individu mengeluarkan idea, meluahkan perasaan dan menyelesaikan menggunakan anggota badan. Matematik logik pula merupakan kebolehan seseorang itu menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untuk menjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingati maklumat. Visual spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan

bentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu untuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehan untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak. Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individu ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri. Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat

terbatas,terutamanya pada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh, akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal dan pancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripada pengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripada penggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan

pancaindera untuk berfikir tentang pengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal dan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk mendapatkan kebenaran dan ilmu.

Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir daripada pelbagai research perspektif. trust). Beliau ini telah memperkenalkan 6 progam iaitu

CoRT(cognitive

Program

mempunyai

bahagian

pertamanya;keluasan persepsi, kedua;organisasi proses berfikir,ketiga;interaksi,argument dan pemikiran kritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan. Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiap masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum mengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiap keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan masyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan. Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini kerana keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itu juga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kita disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara yang kurang penting. Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurut mereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah

menyenaraikan lima kesilapan manusia berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai pemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan sekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam diri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkan kejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggap dirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderung melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrak selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan communicare yang berasal daripada kata Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan communis pula membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secara umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial. Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu pertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat

komunikasi sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk membangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu seperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasi sebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu proses sebab-akibat atau aksi-reaksi, yang arahnya sentiasa berubah. Seseorang menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakala mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balas daripada respon (feed back), iaitu mesej yang

disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada penerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepada sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yang ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak. Ketiga, komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya bersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam komunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumber sekaligus juga sebagai penerima mesej.

Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yang terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakan individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua, kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untuk komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerima mesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan. Gaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan komunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan yang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad, mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan. Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabila seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain, tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasa percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud orang lain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku dan maksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi memiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, serta mempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten.
7

Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang ketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yang demikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yang mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan. Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifat terbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas beserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnya keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan lagi. Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong ( supportif) mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator. Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini, pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain. Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea, disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu, pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya. Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkap bagi mencapai keberkesanan komunikasi. Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung, penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan kekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlaku adalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan oleh komunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yang mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi.

Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlu menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah atau membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersama- sama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan komunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan hipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritis terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan. Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yang dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara jelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini, pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu penyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr. Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yang berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan data yang tepat.

RUMUSAN Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiran itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Cara komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainya dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana.

10

SOALAN

JELASKAN SECARA TERPERINCI BAGAIMANA SESEBUAH ORGANISASI MAMPU MELAHIRKAN PRODUK YANG MELALUI KOMUNIKASI

ORGANISASI? Komunikasi telah menjadi sebahagian hidup kita sejak azali lagi. Sejak bermulanya kehidupan manusia komunikasi merupakan keperluan bagi menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Bermula dengan penggunaan bahasa isyarat kemudian terciptanya bahasa lisan, penulisan, bunyi, gelombang dan seterusnya melalui elektronik, komunikasi semakin berkembang pesat mengikut arus semasa. Komunikasi menurut Kamus Dewan ialah perhubungan secara lansung atau dengan menggunakan alat perantara seperti surat, telefon, internet, bahasa dan sebagainya. [Kamus Dewan, 1984 : 598] Gilbert Arthur Highet mendefinasikan komunikasi sebagai pemancaran idea dari satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Ahli sains pula menyatakan di dalam kehidupan, manusia hanya menggunakan 10% dari pemikirannya untuk berfikir. Komunikasi merupakan sebahagian daripada proses pemikiran ini.

Komunikasi sebenarnya merupakan satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima dalam bentuk perbualan dan perbuatan ataupun dikenali dengan Komunikasi Verbal dan Komunikasi Non-Verbal. Komunikasi Verbal ialah komunikasi secara lisan. Komunikasi jenis ini terjadi apabila dua pihak berbual sama ada secara berdepan atau tidak. Penggunaan bahasa lisan diperlukan dalam Komunikasi Verbal. Komunikasi Non-Verbal pula adalah dalam bentuk gerakan anggota badan, bunyi, mimik muka ataupun dalam bentuk isyarat. Misalannya seorang pengurus sedang berucap kepada pekerja-pekerjanya. Ucapan pengurus tersebut disambut pula dengan tepukan daripada para pekerja sebagai tanda sokongan terhadap ucapan yang telah disampaikan. Pengurus tersebut telah menggunakan Komunikasi Verbal untuk menyampaikan mesejnya manakala para pekerja pula menggunakan Komunikasi Non-Verbal.

11

Komunikasi berkesan akan terhasil sekiranya mesej yang disampaikan dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya penerima tersalah tafsir akan maksud yang disampaikan, maka percanggahan di antara penerima dan pemberi mesej akan berlaku. Oleh itu, komunikasi yang jelas dan berkesan amat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan antara satu sama lain. Bagaimana untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan? Pertama sekali kita harus bersikap positif dan percaya antara satu sama lain. Kita juga harus bersifat ramah dan mesra agar perhubungan yang baik dapat terjalin. Apabila kita berbual dengan seseorang, kita hendaklah hormat terhadap pendapat dan pandangannya. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Berikan arahan yang jelas dan jitu sewaktu menyampaikan arahan. Arahan yang jelas dapat mengelakkan kerja dilakukan dua kali dan sekaligus meningkatkan produktiviti kerja. Janganlah kita membangkang atau membantah pendapatnya sekalipun kita tidak bersetuju kerana perbuatan itu boleh menyebabkan seseorang menjadi tersinggung, sebaliknya kita boleh menyuarakan pendapat kita tanpa menimbulkan perbalahan atau konflik dengan cara meminta izin untuk memberikan pandangan atau idea kita sendiri. Komunikasi yang baik terhasil seandainya kita menyiasat dahulu latar belakang orang yang kita ajak berbual contohnya di antara pengurus dan pekerja. Seseorang pekerja itu mestilah mengetahui apakah agenda atau topik yang hendak dibualkan. Sebagai pekerja jadilah seorang pendengar yang aktif dengan sentiasa peka terhadap apa yang disampaikan dan sentiasa bersedia dengan jawapan jika secara tiba-tiba diajukan soalan. Tunjukkan mimik muka yang berseri dan ikhlas. Wajah yang manis dan bersih membuatkan orang senang berinteraksi. Mimik muka yang serius dan garang menyebabkan orang takut hendak berbicara dan menghampiri kita. Dalam sebuah organisasi apabila suatu mesyuarat atau sebarang perjumpaan diadakan, pengurus ataupun pengerusi haruslah menggalakkan pekerja untuk memberikan idea dan pandangan. Sebutkan nama seseorang ketika berinteraksi dengannya supaya kelihatan lebih mesra. Tonjolkan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka yang tidak keterlaluan sewaktu bercakap.

12

Bagaimanapun terdapat beberapa halangan yang dapat menjejaskan komunikasi. Pertama sekali suasana bising di tempat kerja boleh menyebabkan komunikasi yang baik terganggu. Anggapan umum terhadap seseorang juga boleh mengurangkan minat untuk berkomunikasi seperti seseorang itu membosankan, kurang pengetahuan ataupun sombong.

Dengan anggapan-anggapan negatif sebegitu kita kurang menumpukan perhatian apabila berinteraksi dengannya. Kita sering hendak menamatkan perbualan dengan seberapa segera. Pemikiran yang tertutup juga menghalang daripada terjadinya komunikasi yang baik. Lazimnya seseorang yang agak pasif dan tidak boleh menerima teguran atau nasihat akan memberontak ataupun mengasingkan dirinya daripada kelompok yang lain. Pengurus juga tidak sepatutnya melabel seseorang pekerja kerana para pekerja yang dilabel lebih suka menyendiri dan tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti ataupun majlis. Ini akan melemahkan organisasi tersebut. Seseorang yang suka bercakap dan sentiasa memotong percakapan orang lain juga merupakan satu masalah dalam komunikasi. Perbuatan ini boleh menjejaskan komunikasi dua hala kerana selalunya hanya sebelah pihak sahaja yang akan bercakap. Komunikasi jenis ini dipanggil komunikasi diktator. Menurut Henry Mintzberg terdapat tiga peranan penting komunikasi dalam organisasi iaitu peranan antara perseorangan, peranan maklumat dan peranan untuk membuat keputusan. Daripada ketiga-tiga peranan ini jelas menunjukkan bahawa komunikasi yang berkesan harus lahir dari diri sendiri dahulu sebelum dapat membentuk sebuah organisasi yang cemerlang. Anggota yang dapat berkomunikasi dengan baik di kalangan anggota yang lain mampu untuk menjadikan suasana yang harmonis di tempat kerja. Selalunya anggota sebegini akan sering diketengahkan atau dikedepankan untuk dijadikan sebagai jurucakap. Setelah mengetahui akan ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan, secara tak lansung anggota tersebut dapat membentuk peribadinya sekaligus menjadikan dirinya seseorang yang berwawasan. Menurut pakar motivasi Abdullah Hassan dan Ainon Mohd di dalam buku Komunikasi di Tempat Kerja, terdapat empat faktor yang paling mempengaruhi kejayaan di tempat kerja iaitu pertama keupayaan mendorong diri sendiri. Kedua, keupayaan mendorong individuindividu lain. Ketiga, kemahiran berkomunikasi dan keempat barulah kepakaran teknikal.
13

RUMUSAN Daripada fakta yang diberikan, kita dapat lihat bahawa kemahiran berkomunikasi memang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi diri sebagai seorang anggota yang berkaliber. Dengan komunikasi berkesan kita dapat mempengaruhi orang lain agar menurut jejak langkah kita. Melalui kemahiran berkomunikasi juga kita dapat menimba ilmu pengetahuan dan kepakaran daripada orang lain.

Apabila semua anggota dapat berkomunikasi dengan berkesan, imej syarikat ataupun organisasi juga akan berkembang. Sesebuah organisasi akan cemerlang apabila anggota-anggotanya mampu untuk berkomunikasi dengan baik dan berilmu pengetahuan. Kemahiran untuk berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain adalah tergolong dalam jenis kepintaran yang disebut kepintaran emosional atau emotional intelligence. Sebagai anggota yang berwawasan, latihlah diri untuk berkomunikasi dengan berkesan, menyampaikan mesej atau maklumat dengan cara terbaik bagi mencemerlangkan sesebuah organisasi kerana hanya komunikasi yang berkesan sahaja dapat melahirkan anggota yang berwawasan dan organisasi cemerlang

14

SOALAN

BERIKAN SECARA BERCONTOH KELEBIHAN DAN HALANGAN DALAM KOMUNIKASI MAKLUMAT ICT ATAU TEKNOLOGI DIKALANGAN PENERIMA

KELEBIHAN KOMUNIKAS Sebelum menganalisis kebaikan dan keburukan teknologi maklumat, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan teknologi dan juga untuk mengetahui kenapa ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan juga ia digunakan untuk proses komunikasi dan juga proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan. Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, email dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam pekerjaan terhadap

masyarakat.Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos,mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan

15

dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam Global Village dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain. Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung dari muka ke muka iaitu komunikasi secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat. Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan. Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis. Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu.
16

Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu Computer Programmers, System Designer. Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga keburukan yang berselindung disebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak persendirian, budaya jugapengangguran. Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun ia juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab. Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat menjadikan dunia ini Global Village, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat. Di samping itu, Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya downsizing dan outsourcing. Kebanyakkan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih..
17

Analyzers,Hardware

and Software

Developersdan Web

dominasi,

kekurangan

dalam

keselamatan

pekerjaan dan

HALANGAN KOMUNIKASI Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar. Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain membawa

18

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi. Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej. Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

19

RUMUSAN

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.

20

BIBLIOGRAFI Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Salam Haji Yussof,(2003).Imam AlGhazali Pendidikan Berkesan.Kuala

Lumpur:Utusan Publications Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd. Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib, (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagi pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd. http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html (Diperoleh pada 21/11/2011) http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt (Diperoleh pada 23/11/2011) http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011)
21

http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011) Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176). Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran. Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd. Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Mohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENA UiTM. O Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi. London. Routledge. Poh Swee Hiang, (2000).KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dan

kritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan PelbagaiAplikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. Communication Arts Books.

22