Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Sejarah pelancongan sememangnya nyata menunjukkan persekitaran sesuatu tempat memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan

pelancongan rekreasi. Persekitaran yang menarik dan bersih mempunyai daya tarikan yang lebih kepada pengunjung untuk mendekatinya. Kesan kepada persekitaran seharusnya dapat dilihat dalam semua tahap pelancongan rekeasi berasaskan cabaran. Keadaan persekitaran yang mempunyai iklim, flora dan fauna yang baik selalunya mempengaruhi setiap pembangunan yang akan dijalankan dikawasan tersebut. Namun, penciptaan persekitaran untuk pelancongan rekreasi berasaskan cabaran seperti pembinaan tempat peranginan sememangnya perlu dikawal. Setiap persekitaran samada secara semulajadi atau diubahsuai oleh manusia merupakan sumber asas untuk produk pelancongan. Jika tiada suasana alam yang menarik maka tidak akan ada pelancongan. Ciri-ciri alam daripada tarikan asas oleh sinaran matahari, laut dan pantai sehinggalah kepada tempat-tempat yang belum pernah manusia lalui menjadikan alam sekitar sebagai tunjang utama kepada industri pelancongan rekreasi berasaskan cabaran dan juga industri pelancongan rekreasi yang lain. Namun demikian, secara sedar atau tidak pertumbuhan pelancongan rekreasi berasaskan cabaran akan menyebabkan sesuatu persekitaran atau kawasan semulajadi tersebut akan terubahsuai. DEFINISI PELANCONGAN REKREASI BERASASKAN CABARAN Pelancongan merupakan suatu kegiatan ekonomi yang mendatangkan pendapatan lumayan kepada sesebuah negara. Hakikatnya banyak kawasan-kawasan pelancongan baru dibuka untuk tatapan pengunjung dari masa ke semasa. Menurut Mathieson & Wall (1982), pelancongan adalah gerakan sementara oleh manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka.

Manakala menurut Mason (2003), pelancongan adalah kajian tentang manusia daripada habitat asalnya yang mana memberi reaksi kepada industri dan kehendaknya serta memberi impak terhadap sosial, ekonomi dan persekitaran fizikal. Rekreasi berasaskan cabaran dikelaskan sebagai pelancongan alternatif didalam cabang pelancongan. Menurut Bucher & Bucher (1974), rekreasi adalah berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh manusia ketika masa kesenggangan, aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan aktiviti secara sukarela dan tidak melibatkan ganjaran. Menurut Newsome, Moore & Dowling (2004), rekreasi berasaskan cabaran adalah berfokus kepada aktiviti didalam kawasan semulajadi samada didarat, air atau udara. Walau bagaimanapun setiap aktiviti dan kegiatan rekreasi berasaskan cabaran yang di anjurkan atau diadakan perlulah mengambil kira impaknya terhadap biodiversiti. Ianya juga harus mengambil kira yang mana jika impaknya tidak ditangani dengan berhati-hati maka kehidupan biodiversiti diatas muka bumi ini akan terhapus buat selama-lamanya dan secara tidak langsung juga memberi impak yang besar terhadap manusia. DEFINISI BIODIVERSITI Biodiversiti mengandungi 3 komponen utama iaitu; Merangkumi semua organisma hidup termasuklah mikroorganisma seperti bakteria dan kulat serta flora dan fauna tanpa mengira keseragaman spesies mahupun kegunaan organisma-organisma ini kepada kehidupan manusia. Setiap peringkat bagi organisasi kehidupan. Biodiversiti termasuk organisma dan kandungan genetiknya dan juga kumpulan bagi organisma yang serupa seperti populasi dan spesies dan juga kumpulan spesies di dalam komuniti dan ekosistem. Kesemua interaksi di antara bentuk kehidupan dan tahap organisasinya; biodiversiti bukan hanya sebahagian daripada sistem kehidupan seperti gen, individu dan spesies. Biodiversiti juga merangkumi bagaimana

sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama lain seperti persaingan, predasi, simbiosis dan komensalisme. KEPENTINGAN BIODIVERSITI Sejak berkurun lamanya manusia bergantung kepada kepelbagaian biodiversiti dan sumber-sumber biologi untuk meneruskan kehidupan. Sumber-sumber biodiversiti membekalkan manusia dengan keperluan makanan, perubatan, produk-produk industri dan juga berperanan penting untuk mengimbangi alam sekitar. Selain itu, kepelbagaian sumber flora dan fauna membekalkan manusia dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Biodiversiti memberi ruang kepada manusia untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi serta meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang dapat dijalankan termasuklah aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti berkhemah, penjelajahan hutan dan berbagai lagi. KEPENTINGAN BIODIVERSITI TERHADAP SOSIAL Biodiversiti memberikan banyak peluang dan kepentingan terhadap perkembangan sosial. Taman-taman negara, kawasan rizab hidupan liar, sungai dan lautan dan juga kawasan-kawasan yang dilindungi memainkan peranan yang signifikan terhadap penggalakkan perkembangan ekonomi dengan membekalkan pelbagai sumber kepada kehidupan sosial manusia. Antaranya sumber perkhidmatan kesihatan (melalui kepelbagaian etnobotani), sumber air minuman, sumber penjanaan kuasa elektrik dan juga memberikan sumber pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat. Perkembangan dan pembangunan pelancongan rekreasi secara langsung dapat membantu masyarakat setempat dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Menurut Zbignew (1995), pelancongan merupakan sektor ekonomi yang menawarkan produk yang paling bernilai iaitu alam semulajadi. Selain itu juga, sumber biodiversiti yang merupakan warisan negara merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Oleh yang demikian, langkah konservasi dan pemuliharaan sumber biodiversiti yang ada perlu digiatkan agar generasi akan datang masih berpeluang untuk mempelajari dan memperoleh ilmu pengetahuan daripadanya. Saling kaitan di antara kehidupan sosial dan kepelbagaian sumber biodiversiti tidak dapat dinafikan lagi. Manusia masih bergantung kepada sumber biodiversiti dan ekologi yang ada. Begitu juga sumber biodiversiti yang amat memerlukan perhatian dan perlindungan daripada manusia untuk ia terus kekal di muka bumi ini. ANCAMAN PELANCONGAN REKREASI BERASASKAN CABARAN TERHADAP BIODIVERSITI Terdapat banyak sebab yang boleh di ambil kira terhadap ancaman dan kesan yang di tinggalkan oleh penggiat-penggiat rekreasi di kawasan persekitaran aktiviti mereka. Kerosakan biodiversiti dikawasan terlibat disebabkan oleh penggiat-penggiat yang lalai dan kurangnya kesedaran dikalangan mereka ketika menjalankan aktiviti dan selepas meninggalkan kawasan tersebut. Menurut Newsome, Moore & Dowling (2004), pelancongan rekreasi berasaskan cabaran sememangnya memberi impak terhadap biodiversiti seperti aktiviti rekreasi air, kenderaan pacuan empat roda, penjelajahan hutan, perkhemahan, basikal lasak, menunggang kuda dan penjelajahan gua. Sememangnya aktiviti-aktiviti ini begiu diminati oleh penggemar-penggemar rekreasi berasaskan cabaran. Tumbuhan dan pokok-pokok merupakan salah satu tarikan utama yang dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sesuatu tempat. Melalui aktiviti menjelajah hutan, basikal lasak, pandu arah dan juga penjelajahan kenderaan pacuan empat roda mereka dapat melihat dengan lebih dekat sumber-sumber biodiversiti yang cantik dan unik dan jarang-jarang dapat dilihat dikawasan-kawasan hutan biasa. Namun tidak banyak yang diketahui umum tentang impak yang telah ditinggalkan oleh mereka terhadap biodiversiti. Beberapa impak yang ditinggalkan oleh penggiat-penggiat ini antaranya ialah menggunakan api secara tidak berhati-hati akan menyebabkan kebakaran hutan

secara tidak langsung. Disamping itu juga, kegiatan penebangan pokok dengan sengaja untuk mendirikan tiang-tiang khemah dan juga sebagai sumber kayu api secara tidak langsung akan mengakibatkan banyak pokok-pokok muda terhapus dan struktur umum komuniti pokok dikawasan tersebut akan berubah. Kesan daripada itu hanya sebilangan kecil pokok sahaja yang akan matang dan kurang sesuai digunakan untuk tempat berteduh pada masa-masa akan datang. Terdapat juga kegiatan pembuangan sampah secara berlebihan yang bukan sahaja menjadikan pemandangan dikawasan persekitaran cacat malah secara tidak langsung mengubah status nutrien tanah dan mengakibatkan kerosakan hidupan biodiversiti dengan cara menyekat kemasukan udara dan cahaya di persekitaran tersebut. Selain daripada itu, aktiviti perkhemahan juga mempunyai kesan yang serupa dengan injakan. Pembinaan tempat berkhemah melibatkan penebasan pokok dan juga tumbuh-tumbuhan dikawasan sekitar tapak. Kerosakan dikawasan tersebut juga secara tidak langsung akan juga berkembang ke kawasan sekitarnya berikutan keperluan pembinaan lorong untuk berjalan dan tapak untuk keperluan asas yang lain seperti dapur, tandas dan juga tempat penyimpanan peralatan. Sehingga hari ini masih kurangnya penyelidikan terutamanya tentang mutu air disebabkan oleh kegiatan rekreasi terutamanya rekreasi yang berasaskan air seperti jet ski, motor bot, bot laju dan kenderaan rekreasi air yang lain. Menyedari kepada keadaan yang serius ini amat menghairankan mengapa tidak banyak penyelidikan yang dijalankan untuk mengetahui sebabnya. Pembangunan pelancongan rekreasi berasaskan cabaran boleh memberi tekanan ke atas sumber semula jadi bila berlakunya peningkatan penggunaan kawasan dan kemasukan jumlah pelancong yang datang. Aktiviti perkhemahan, penjelajahan hutan dan mendaki gunung lazimnya memerlukan kawasan yang berdekatan dengan punca air bagi memudahkan aktiviti memasak dan mencuci. Namun jika penggunaan sumber air tersebut digunakan dengan cara yang bertentangan akan mengakibatkan sumber

biodiversiti di kawasan tersebut menghadapi kesukaran untuk hidup. Contohnya aktiviti mencuci samada peralatan memasak atau pinggan mangkuk dikawasan denaidenai, sungai dan juga tasik jika tidak diuruskan dengan baik seperti tumpahan minyak dan juga peningkatan bahan kimia di dalam air akibat daripada sabun pencuci secara tidak langsung akan mengakibatkan habitat di dalamnya akan terjejas. Ini amat juga membimbangkan jika jumlah patogen dibawa masuk ke dalam persekitaran air melalui sisa kumbahan mentah atau kumbahan yang tidak diproses dengan secukupnya. Hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna rekreasi yang lain. Selain itu, menurut Mathieson & Wall (1982), pertambahan nutrien ke dalam air juga akan mempercepatkan proses eutropikasi. Keadaan ini berlaku di mana rumpai akan cepat tumbuh dan sekaligus boleh mengurangkan paras dan kandungan oksigen yang terlarut dan umumnya boleh mengundang kematian, menjejaskan ikan, komposisi dan kadar pertumbuhan serta pembiakan spesis-spesis air yang lain. Pencemaran air daripada aktiviti meredah hutan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda juga menyumbang kepada gangguan terhadap sumber biodiversiti akibat daripada tumpahan minyak. Menurut Jaffry & Benderi (2006), aktiviti pacuan empat roda juga boleh mengakibatkan pencemaran air yang serius akibat hakisan denai-denai dan anak sungai yang juga terdedah kepada pencemaran minyak kenderaan yang digunakan. Sekalipun kuantitinya dalam jumlah yang kecil namun ianya tetap memberi impak yang besar kepada sumber biodiversiti. Pengangkutan melalui udara, air dan darat adalah sumber utama penyumbang kepada peningkatan bilangan jumlah pelancong yang datang. Menurur Weed & Bull (2004), pelancongan sememangnya mempengaruhi pembangunan di dalam arena pengangkutan. Walau bagaimanapun penggunaan pengangkutan ini jika secara berlebihan akan menyebabkan kepada peningkatan pencemaran udara dan bunyi disebabkan oleh asap-asap pengangkutan tersebut dan bunyi yang dihasilkan. Penambahan dan peningkatan pengeluaran karbon monoksida akan menyebabkan

Anda mungkin juga menyukai