Anda di halaman 1dari 5

SOROTAN LITERATUR Definisi Budaya

Salah satu keunikan dan keunggulan sebuah sekolah adalah memiliki budaya sekolah (school culture) yang kukuh, dan efesien. Perpaduan semua unsur (three in one) baik pelajar, guru, dan ibubapa yang bekerjasama dalam menciptakan komuniti yang lebih baik melalui pendidikan yang berkualiti, serta bertanggung jawab dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah, menjadikan sebuah sekolah unggul dan terkenal di mata masyarakat. Sebuah sekolah harus mempunyai misi menciptakan budaya sekolah yang mencabar dan menyenangkan, adil, kreatif, terintegratif, dan dedikatif terhadap pencapaian visi, menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi dalam perkembangan intelektualnya dan mempunyai karakter takwa, jujur, kreatif, mampu menjadi teladan, bekerja keras, toleransi dan cekap dalam memimpin, serta dapat mengembangkan sumber daya manusia yang dapat berperanan dalam perkembangan intelek. Budaya sekolah yang harus diciptakan agar tetap efesien adalah dengan mengembangkan budaya keagamaan (Religi), Budaya kerjasama (team work), Budaya Kepemimpinan (team work). 1. Budaya Keagamaan (Religi) : Menanamkan perilaku atau tatasusila yang tersistematik dalam pengamalan agama masingmasing sehingga terbentuk kepribadian dan sikap yang baik serta disiplin dalam berbagai hal. Bentuk Kegiatan : Budaya Salam, Doa sebelum/sesudah belajar, Doa bersama menyambut Tadarus, Hijrah dan Mauridul Rasul, Solat zohor Berjemaah, Belajar Amalan Ramadhan, Hafalan Al-Quran, Kegiatan Praktik Ibadah, Buka Puasa Bersama, 2. Budaya Kerjasama (Team Work) : Menanamkan rasa kesamaan dan rasa sosial melalui kegiatan bersama Bentuk Kegiatan : Kunjungan Industri, Hari keluarga, sukan dan seni, Kunjungan tempat bersejarah, Pentas Seni, Seragam Sekolah, Majalah Sekolah, Buku Tahunan. 3. Budaya Kepimpinan (Leadhership) : Menanamkan jiwa kepemimpinan dan keteladanan dari sejak mula. Bentuk Kegiatan : Hari kerjaya; budaya kerja keras, cerdas dan ikhlas, budaya Kreatif; Mandiri & bertanggung jawab, Budaya disiplin, Ceramah Umum. Antara budaya sekolah ialah: 1. Budaya Ilmu Istilah budaya merujuk kepada cara hidup yang merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan berfikir. Ilmu pula bermakna cara memperolehi dan mengendali maklumat dan pengalaman. Oleh yang demikian, budaya ilmu membawa erti cara memperoleh maklumat serta mengendalinya. Ini akan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti membaca, berfikir, bermusyawarah dan refleksi. I. Budaya Membaca Budaya membaca merupakan amalan yang penting dalam hidup kita. Melalui amalan membaca, seseorang insan akan memperolehi pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti pengetahuan tentang agama, falsafah, sastera, sains, matematik, nilai, kepercayaan dan moral. Budaya membaca juga

menggalakkan perkembangan mental. Hasil daripada itu, pelajar-pelajar berkenaan akan lebih berupaya melakukan pemikiran kritis dan analitis. II. Budaya Berfikir Budaya berfikir hendaklah dipupuk dikalangan pelajar. Ini bermakna, para pelajar tidak hanya menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Mereka hendaklah dilatih untuk menyoal tentang apa sahaja yang mereka kurang faham. Setelah dibina sikap ingin bertanya, baharulah dikatakan bahawa guru berkenaan telah berusaha kearah memupuk budaya berfikir. Berfikir merupakan aktiviti menggunakkan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Para pelajar boleh dipupuk melakukan pemikiran konvergen, divergen, induktif, deduktif, kreatif, membina, kritis, vertical atau menegak, lateral atau mendatar. III. Budaya Berkarya Budaya berkarya merupakan sesuatu usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan melalui hasil penulisan sama ada dalam bentuk buku, artikel, karangan, puisi, syair, pantun dan sebagainya. Segala hasil kerja itu akan membolehkan anggota masyarakat lain memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sikap baharu juga akan dapat dipupuk melalui hasil karya tersebut. IV. Bermusyawarah Istilah bermusyawarah membawa makna berunding. Perundingan yang diadakan dengan individu lain akan membolehkan seseorang memperoleh atau menyebar ilmu. Jika seseorang itu bermusyawarah dengan orang lain yang lebih berilmu, maka dia akan memperoleh ilmu yang baharu. Sebaliknya, jika seseorang yang lebih berilmu bermusyawarah dengan individu lain, dia pula akan menyebarkan ilmu. V. Refleksi Refleksi merupakan satu teknik membuat pertimbangan teliti tentang segala tindakan yang telah dijalankan oleh seseorang individu. Budaya refleksi amat berguna kerana ia membantu seseorang membuat analisis tentang tindakannya. Jika seseorang guru pelatih telah selesai mengajar pelajar-pelajar, dia akan memikirkan set induksi untuk menarik minat pelajar-pelajar, langkahlangkah perkembangan dan cara menutup pelajaran. Dia juga akan memikirkan sama ada alat bantuan mengajar yang telah digunakan itu berkesan atau tidak. Dia juga memikirkan sama ada objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau tidak. Refleksi seperti ini tentu akan membantu guru itu meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Budaya ilmu di sekolah dapat ditingkatkan melalui lima aspek, iaitu: i. Meningkatkan semangat mahu belajar ii. Merangsang para pelajar iii. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu iv. Meningkatkan penguasan bahasa Inggeris v. Meningkatkan keinginan untuk menyelidik 2. Budaya Kerja Sekolah a) Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan falsafah, matlamat dan objektif sekolah. b) Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan kementerian pendidikan setiap masa.

c) Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. d) Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan. e) Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. 3. Budaya Nilai Murni di Sekolah Teknik Penerapan Nilai Murni Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah: Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam) Penerapan nilai murni dalam matapelajaran lain Aktiviti ko-kurikulum Aktiviti persatuan sekolah Melalui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri. Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilainilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah. 4. Budaya Pengurusan dan Pentadbiran Cemerlang Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sesebuah sekolah mengkehendaki keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Sesebuah sekolah yang berhasrat menuju ke arah kecemerlangan perlulah mempunyai pentadbir dan guru yang memainkan peranan yang berkesan. Oleh yang demikian, budaya pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang di sekolah wajar dilaksanakan supaya semua kekuatan sama ada amalan pengurusan, kerjasama, pengajaran, komunikasi dan lain-lain yang membentuk budaya sekolah yang sihat dapat dikongsi bersama oleh sekolah lain. 5. Budaya Kepimpinan Tanggungjawab menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi. sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri. sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.

membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya. Sikap sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab. mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara. mengambil berat tentang masalah yang dhadapi oleh rakyat. mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya. Perwatakan dan peribadi mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik. sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi asalah dan cabaran. sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat. Etika Guru/ Profesion Perguruan
Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolah selalunya dihuraikan dengan inilah cara kita melakukan kerja di sini. Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain, dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuah sekolah (Ruhani Mat Min, 2009). Ruhani Mat Min (2009), Deal dan Peterson (1999) berpendapat bahawa budaya sekolah juga akan mempengaruhi setiap komponen yang wujud di sesebuah sekolah, antaranya topik perbualan antara guruguru semasa waktu rehat di kantin sekolah, bentuk-bentuk arahan yang akan dihargai, perkembangan kakitangan yang dilalui serta kepentingan proses pembelajaran pelajar. Budaya sekolah adalah nilai dominan yang didukung oleh sekolah atau kepercayaan dasar yang dipegang oleh sekolah. Budaya sekolah juga merujuk pada suatu sistem nilai, kepercayaan dan norma-norma yang diterima secara bersama, serta dilaksanakan dengan penuh kesedaran sebagai perilaku yang nyata, yang dibentuk, difahami dan diamalkan bersama oleh pihak pengurusan sekolah, guru, staf serta pelajar. Budaya adalah hasil nilai, kepercayaan, keutamaan, harapan dan norma yang sama dimiliki serta bertindak menyampaikan cara organisasi itu memperlihatkan manifestasinya kepada dunia (Burnham, 2007). Menurut Burnham (2007) budaya juga adalah personaliti sesebuah organisasi, maka sekolah yang berkualiti akan resah, sentiasa tertanya-tanya, tidak pernah puas, malah percaya keadaan selalunya akan lebih baik. Pengurusan kualiti memerlukan rasa percaya kepada kebolehan yang tidak terbatas demi memajukan organisasi, proses dan individu. Ab Aziz Yusof (2008) juga berpendapat bahawa budaya merupakan nilai, perlakuan dan kepercayaan, pegangan, sikap dan adat yang sama-sama diamalkan oleh sesebuah kelompok organisasi. Budaya berkualiti secara semulajadinya berhubung rapat dengan elemen seperti organisasi kerja, teknologi, sturktur organisasi, strategi perniagaan dan membuat keputusan kewangan (Ehlers, 2009). Burnham, J.W, 2007. Mengurus Kualiti Sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Ab Aziz Yusof. 2008. Mengurus Perubahan Dalam Organisasi. Selangor. Arah Publications.

Ehlers, Ulf Daniel. 2009. Understanding Quality Culture. Quality Assurance in Education. Volume 17, No 4, pp 343-363. Ruhani Mat Min. 2009. Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran Secara Mengalami. Jurnal Kemanusiaan.Bil 13. Deal dan Peterson (1999)