Anda di halaman 1dari 11

3.0 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BANJIR 3.

1 Kesan Pembangunan Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir. 3.1.1 Berkurangannya kawasan telap air Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya. Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun. 3.1.2 Pemendapan kelodak dalam sungai Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih 3.2 Kekurangan Kawasan Lapang/hijau Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar

dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan kedalam tanah dalam kadar yang tinggi ( rujuk... ). Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai. Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh pembangunan yang pesat. (rujuk... ). Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil tempat kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian permukaan. Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%. Daripada rujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi imbangan a serta berperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan. 3.3 Sistem Perparitan dan Sistem Saliran 3.3.1 Sistem perparitan Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana dua sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik. Walaupun sistem perparitan bukan punca utama banjir, tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan banjir di kawasan kajian kumpulan kami----kawasan Jalan P. Ramlee. Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah." Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang menyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir (rujuk...). Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji. Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), aras pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain). Maklumat ini penting untuk membuat pengiraan dan menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P. Ramlee. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian kejuruteraan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hasil pencarian data kumpulan kami, didapati pihak kejuruteraan tidak mempunyai data-data tersebut kerana tiada sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P.

Ramlee. Walau bagaimanapun, terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasan kajian. Perkara yang mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpan maklumat yang berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan. Alasan yang diberi oleh pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak bergantung pada Sungai Pinang. Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat dalam sistem pangairan. Oleh itu, reked-rekod tidak disimpan. Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar di kawasan kajian. Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal selidik tidak kukuh. Justeru, andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak dapat disahkan. 3.3.2 Sistem saliran Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke tempat-tempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang dalam kejadian banjir, kumpulan kami telah membuat kajian ke tapak dan mengumpul maklumat yang berkaitan. Pihak yang bertanggungjawab atas sistem saliran ialah Jabatan Pengairan dan Saliran. Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air yang seluas 12,604 ekar (rujuk...). Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan tadahan air dan juga merupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan. Hal ini memang menunjukkan kepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan P. Ramlee. Selain itu, terdapat sistem sub-basin, Empangan Air Itam (Air Itam Dam) dan sistem lencongan untuk menampung dan menakung air. Didapati bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam (rujuk..). Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan Terjun (Terjun Diversion Channel) dan Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel) (rujuk...). Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem perparitan dan sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing. Pihak kejuruteraan menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap fungsi sistem perparitan di kawasan Jalan P. Ramlee. Hal ini kerana tidak mempunyai rekod-rekod dan catatan yang diperlukan untuk memudahkan kerja pengubahsuaian masa depan. Walaupun Sungai Pinang merupakan sungai yang utama dalam sistem saliran, tetapi sungai itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. Sungai Pinang telah mengalami pencemaran dan kadar hakisan yang serius (rujuk...). Hal ini telah menunjukkan sikap tidak menghargai dan menjaga sistem saliran yang sedia ada. Oleh itu, banjir senang berlaku.

3.4 Kawasan Kajian Berada di Aras Tanah Rendah Di dalam kajian kes kumpulan kami iaitu yang bertajuk "Kajian Banjir di Georgetown iaitu disekitar Jalan P. Ramlee". Kumpulan kami telah mengenal pasti dan

menyenaraikan empat punca utama yang menyebabkan banjir. Kesemua keempat-empat punca ini telah dikenal pasti kerana melihat ianya saling relevan dan saling berkaitan terhadap permasalahan ini. Maksudnya punca-punca ini telah dipilih setelah mengkaji setiap satu daripadanya secara terperinci melihat daripada pelbagai aspek dan didapati bahawa keempat-empatnya boleh diterima secara logikal. Antara yang telah disenaraikan ialah disebabkan oleh kesan pembangunan, kekurangan kawasan tanah lapang, kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran dan juga kawasan kajian adalah pada aras tanah yang rendah. Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras tanah yang rendah ianya berdasarkan kepada maklumat-maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data primer dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang punca ini terdapat lima maklumat ataupun data yang dapat menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian, laporan Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 1990-2010, kedudukan geografi (peta), hasil temubual dan akhir sekali daripada hasil soal selidik. 3.4.1 Pemerhatian Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian kami. Pemerhatian sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami melihat situasi sebenar kawasan kajian dan dapat memberikan sedikit gambaran tentang apa-apa yang boleh dikaitkan dengan punca tadi. Setelah beberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan kajian,kami mendapati bahawa paras rumah adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan paras longkang dan jalan. Hal ini sedemikian kerana sememangnya kawasan Jalan P. Ramlee sudah dikenal pasti sekian lamanya sebagai kawasan yang kerap dan teruk apabila dilanda banjir dan melihat kepada keadaan ini menyebabkan jalanrayanya sering ditinggikan parasnya tetapi yang teruk menjadi mangsa banjir ialah bagi kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut. Air akan mengalir terus menerus dan melimpah dengan mudah ke kawasan penempatan disitu. Di bawah adalah gambar yang menunjukkan keadaan seperti yang telah dijelaskan.

3.4.2 Rancangan struktur Menurut Laporan Penyemakan Rancangan Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-2010 pula sememangnya ada menyebut tentang kawasan kajian adalah

berada di kawasn tanah yang rendah. Di dalam laporan itu ada menyatakan bahawa kawasan rendah adalah disepanjang Sungai Pinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong. Hal ini kerana mendapan menyebabkan sungai bertambah cetek,disamping kelebaran sungai tidak dapat menampung kadar aliran berlebihan dari hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan kawasan rendah menjadi sasaran. Kawasan rendah disepanjang sungai selain dari Sungai Pinang yang mana ketinggian paras sungai dipengaruhi oleh pasang surut air laut. 3.4.3 Geografi Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini adalah dengan melihat keadaan geografi (peta). Semasa persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta yang boleh menyokong pernyataan ini. Setelah pengkajian dibuat ke atas peta tersebut dapatlah disimpulkan bahawa arah aliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee dan juga Jln. Terengganu yang menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah berada pada aras yang rendah jika dibandingkan dengan kawasan lain disekitarnya. Bahkan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak pihak yang terlibat contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan juga daripada responden bancian yang mana mereka mempunyai persepsi yang sama tentang pernyataan ini. 3.4.4 Temubual Seterusnya ialah melalui hasil temubual kami dengan dua badan kerajaan yang terlibat iaitu daripada JPS dan juga daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut salah seorang pegawainya iaitu Encik Yahya, sememangnya paras tanah disepanjang Sungai Pinang adalah rendah terutamanya di kawasan kajian kami. Hal ini juga adalah sama seperti yang telah dinyatakan oleh Encik Lim daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut beliau, diseluruh Georgetown terutamanya dikawasan Jalan P. Ramlee jalannya berada pada aras yang rendah. Walaupun ini adalah hanya merupakan pendapat ataupun pandangan tetapi ianya boleh diterima sebagai menguatkan lagi pernyataan ini memandangkan mereka ini adalah orang ataupun pihak yang terlibat secara langsung dalam projek-projek tebatan banjir. (rujuk...) 3.4.5 Soal selidik Akhir sekali ialah daripada hasil soal selidik yang telah kami jalankan. Semasa menyediakan soalan bagi borang soal selidik, kami ada menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan punca banjir. Setelah bancian tersebut selesai dijalankan dan pengumpulan dan klasifikasi maklumat dibuat, kami mengenal pasti sebanyak 28% menyatakan punca yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh paras tanah yang rendah. (rujuk...) Kesimpulannya, punca yang menyebabkan banjir ini sememangnya tidak dapat dinafikan ianya adalah berpunca daripada kawasan kajian berada di aras tanah yang rendah. Keadaan ini telah menyumbang kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan kajian kami.

3.5 Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat Punca yang boleh dikaitkan selain daripada keempat-empat punca yang sedia ada, dinyatakan ada satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakkan sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ini bukan merupakan punca utama tetapi setelah dikaji kami mendapati ianya turut sama menyumbang kepada masalah banjir di kawasan kajian kami. Bahkan ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian tidak kira daripada pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai. Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu dan gambar-gambar yang menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut juga ada di tunjukkan dalam persembahan akhir yang lalu. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air. Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan: Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan Kg /penduduk/hari 0.73 0.88 1.03 1.18 Jumlah / penduduk 550,353 595,270 645,004 701,195 Pembuangan sampah (kg / hari) 401,757 523,837 664,354 827,410 Pembuangan sampah (tan / tahun) 146,641 191,200 242,489 302,004

Tahun 1995 2000 2005 2010

Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73 kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun. Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan tersebut telah menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya. Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap

tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung.

Di atas adalah gambar-gambar yang menunjukkan ketidakprihatinan masyarakat

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1. Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasankawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anakanak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anakanak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

4. Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya: Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAH

Tahun 1996 Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut. Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang, Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan.

Tahun 1997 Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam. Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki perkhidmatan pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki. Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan, Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna. Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah.

Tahun 1999 Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10 jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort (3) dan Keningau (3).

Anda mungkin juga menyukai