Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS,


JALAN YAAKOB LATIF,
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PPISMP PJ/11
Tarikh
: 22 Ogos 2011
Kepada :
Bahagian Pentadbiran
Institut Perguruan Ilmu Khas,
56000 Kuala Lumpur.
Melalui dan salinan:
Puan Fuziah Binti Abdul Manaf,
Pensyarah,
Jabatan Kajian Sosial,
Institut Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaakob Latif,
56000, Cheras,
Kuala Lumpur.
Tuan,
MEMOHON MENGGUNAKAN BAS INSTITUT UNTUK PROJEK JOM KE DESA
Sukacita perkara di atas adalah dirujuki :
2. Kami pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kumpulan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Khas ingin memohon untuk meminjam bas Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGIK), untuk tujuan Program Khidmat Masyarakat
bagi tahun 2011.
3.

Berikut adalah butiran yang berkaitan :


Tarikh
Tempat
Kumpulan

: 23 September 2011 hingga 25 September 2011


: Kampung Tanjung Pahang,Rompin Pahang
: PISMP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Khas

4.
Tujuan Program Khidmat Masyarakat ini dijalankan adalah untuk melatih kekuatan
fizikal dan mental di kalangan guru-guru pelatih agar mereka dapat mengaplikasikan
segala pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa berada di sekolah kelak
5.
Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Segala
kerjasama yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

..
(AHMED ASHRAFF ABDULL WAHED)
Setiausaha,
Program Jom Ke Desa,
PISMP Januari 2009
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas.

s.k
1. Puan Fuziah Binti Abdul Manaf
Pensyarah Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Anda mungkin juga menyukai