Anda di halaman 1dari 12

HBEF2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / 2011

KOD KURSUS : HBEF2103


TAJUK KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA

FADLY BIN KADRI

NO. MATRIKULASI

840425135501001

NO. KAD PENGNEALAN

84042513-13-5501

NO. TELEFON

0198753579

E-MEL

yldaf_getchoo@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE (Y01)

HBEF2103

ISI KANDUNGAN
M/S
PENGENALAN 2-3
HURAIAN MASALAH DAN PENYELESAIAN
MENGIKUT TEORI4
MASALAH 1 .4-5
MASALAH 2.6-7
MASALAH 3.7-8
MASALAH 4 8-9
MASALAH 5.9-10
KESIMPULAN 10
RUJUKAN 11

HBEF2103

PENGENALAN
Psikologi pendidikan adalah pembelajaran yang sistematik terhadapa proses dan faktor-faktor
yang berhubungan denagn pendidikan. Pendidikan adalah proses pertumbuhan yang
berlangsung melalui tindakan-tindakan belajar dan juga timbul beberapa masalah dalam
proses pengajran dan pembelajaran. Dalam menjalankan dan mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran, hampir setiap guru menghadapi masalah-masalah yang sama di
kalangan murid. Antara senario masalah-masalah ini ialah kelas bising, pelajar hilang minat
belajar, pelajar tidak menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar, tiada kesediaan belajar ,
tahap kecerdasan murid dan banyak lagi masalah-masalah lain yang berlaku di dalam kelas.
Kita ambil contoh masalah yang sering berlaku di dalam kelas iaitu kelas
bising.Hampir semua sekolah-sekolah di Malaysia menghadapi masalah kelas bising. Kelas
bising ini terjadi apabila murid tidak menumpukan perhatian pada sesi pengajaran dan
pembelajaran guru atau melakukan kerja-kerja yang mengganggu pelajaran seperti bermain,
bercakap dengan rakan, mengganggu rakan sekelas dan hilang minat atau bosan dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang sedang guru jalankan. Selain itu sebab berlakunya
keadaan kelas yang bising ini adalah kurang kawalan dari guru terhadap murid. Ini mungkin
berlaku kepada guru yang terlalu mesra dengan murid hinggakan murid tiada perasaan
hormat mahupun segan dengan guru sekaligus menyebabkan berlaku suasana bising di dalam
kelas.
Pelajar sering tidak menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan kerana kemungkinan ini terjadi kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti tidak tahu dalam mengeja membaca dan menulis
mahupun mengira. Ketika guru sedang mengajar, pelajar ini mungkin tidak faham akan apa
yang cuba disampaikan oleh guru dan mula berasa bosan kerana tidak tahu hendak berbuat
apa-apa maka mulalah

pelajar tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti

yang

boleh

menghilangkan rasa bosan pada dirinya antaranya mengganggu pelajar lain yang sedang
belajar
Selain itu, hilang minat dan bosan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran guru
boleh mencetuskan suasana bising di dalam kelas. Ini kerana kemungkinan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang guru sedang jalankan itu adalah kurang menarik perhatian dan minat

HBEF2103
para pelajar. Pelajar-pelajar yang bosan itu tadi akan membuat aktiviti yang boleh
menghiburkan diri mereka seperti bercakap dengan rakan dan bermain dan sekaligus
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Hal ini juga berlaku
mungkin kerana sikap guru yang mengajar itu keterlaluan seperti sentiasa memarahi pelajar
dan pilih kasih. Murid akan rasa diri mereka tidak diperlukan dan tersisih jikalau guru asyik
memarahi mereka dan juga sikap guru yang asyik pilih kasih dimana pelajar yang pandai dan
rajin diberi perhatian sepenuhnya manakala pelajar yang sederhana kurang diberi perhatian
dan manakala murid yang kurang pandai tidak diendahkan. Hal ini akan menyebabkan murid
akan membuat bising kerana ingin mendapat perhatian dari guru tersebut.
Selain itu, guru juga berdepan dengan masalah lain seperti pelajar kelihatan sedih dan
tidak menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang sedih ini
mungkin berlaku pada pelajar yang mempunyai masalah keluarga dan guru haruslah memberi
perhatian pada pelajar ini dan cuba untuk berinteraksi dengan pelajar tersebut agar masalah
pada diri pelajar tersebut dapat diselesaikan. Ada sesetengah guru tidak mempedulikan akan
masalah pelajar dan mengambil remeh dengan apa yang berlaku pada pelajar tersebut. Ini
boleh mengganggu prestasi pelajar tersebut malah boleh mengganggu prestasi sekolah secara
tidak langsung.
Terdapat juga masalah-masalah lain yang berlaku dalam kelas seperti buli. Kes buli
ini berlaku keatas kepada pelajar-pelajar yang kurang keyakinan diri. Pelajar yang membuli
akan mengambil kesempatan diatas pelajar yang kurang keyakinan diri tersebut. Pembuli
akan membuli pelajar yang lemah dengan apa jua cara sekali pun seperti membuat kerja
rumah, meminta wang dan banyak lagi.
Selain daripada itu, masalah yang biasa dihadapi oleh para guru ialah murid malas dan
tidak menyiapkan kerja-kerja atau latihan-latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan di
rumah. Kebanyakkan murid mengambil tidak serius tentang latihan ini dan jika dibuat kerja
atau latihan tersebut ianya bagaikan perumpamaan melepas batuk di tangga iaitu kerja dan
latihan tersebut siap dibuat tetapi tiada kualiti. Masalah ini sering dilakukan dan kadangkala
mereka sudah biasa dengan tidak melakukan kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh
guru kepada mereka. Ini berlaku kerana mereka tidak faham dan tidak menumpukan
perhatian mereka pada sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Perkara ini berlaku kepada

HBEF2103
murid yang lemah dan tahap kecerdasan mereka tidak dapat mencapai dalam mana-mana
mata pelajaran yang diajar di sekolah.
HURAIAN MASALAH DAN PENYELESAIAN MENGIKUT TEORI
Masalah- masalah yang berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
amat berkait rapat dengan teori-teori perkembangan dan teori-teori pembelajaran yang telah
dikemukan oleh ahli-ahli psikologi seluruh dunia seperti pendekatan behaviorisme,
psikoanalitik, pendekatan humanistik atau kemanusiaan dan pendekatan biologi. Disini
saya menekankan 5 masalah yang biasa berlaku sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku:

Masalah 1
Masalah pelajar bising dalam kelas terjadi apabila murid mula bosan dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran guru jalankan kerana mungkin aktiviti yang di jalankan dalam
kelas kurang mengambil perhatian pelajar dan kemungkinan pelajar tidak faham akan
pengajaran guru. Murid yang tidak menumpukan perhatian pada sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut akam membuat aktiviti yang boleh mengelakkan rasa bosannya di
dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Secara tidak
langsung, pelajar-pelajar dalam kelas tersebut akan memberi perhatian kepadanya dan cuba
meniru gaya dan aktiviti rakan tersebut dan sekali gus menyebabkan suasana bising dalam
kelas.
Ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Albert
Bandura. Menurut Bandura tingkah laku manusia kebanyakkannya dipengaruhi oleh
peniruan dan modeling. Peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang
ditiru dari orang lain. Proses belajar tersebut dinamakan pembelajaran sosial. Perilaku
peniruan manusia terjadi karena murid merasa telah memperoleh tambahan ketika mereka
meniru orang lain, dan memperoleh hukuman ketika mereka tidak menirunya. Menurut
Bandura lagi, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan maupun
penyajian, contoh tingkah laku (modeling). Dalam kes bising di dalam kelas tersebut, pelajar
meniru tingkah laku rakan mereka seperti berjalan di dalam kelas, bercakap-cakap semasa
5

HBEF2103
guru mengajar, menyanyi semasa membuat latihan dan ketawa ketika rakan membuat sesuatu
yang menghiburkan mereka. Peniruan tingkah laku ini terjadi apabila murid bosan dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sebaliknya lebih berminat dengan rakan
mereka yang mereka rasa boleh menghiburkan mereka di dalam aktitivi pengajaran dan
pembelajaran yang bosan.
Proses peniruan pelajar ini melalui empat langkah tertentu iaitu proses pemerhatian
iaitu mereka memerhati tingkah laku rakan mereka kemudian proses penyimpanan iaitu
tingkah laku yang di lakukan oleh rakan mereka tadi disimpan dalam ingatan dan seterusnya
proses pengeluaran iaitu mereka melakukan tingkah laku yang telah dilakukan oleh rakan
mereka dan akhir sekali proses motivasi iaitu sekiranya tingkah laku yang dilakukan oleh
mereka tadi menerima tepukan atau sorakan dari rakan-rakan lain dalam kelas maka mereka
akan mengulangi aktiviti tersebut dan secara tidak langsung suasana bising akan timbul.
Dalam masalah bising ini ianya dapat diatasi atau diselesaikan melalui penggunaan
hukuman seperti merotan murid-murid yang bising dan ianya akan memberi kesedaran dan
motivasi kepada murid-murid untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Ini
boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Teori Pelaziman Klasik Pavlov ini
menekankan setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini berlaku
akibat apa-apa sahaja tingkah laku berlaku akibat daripada sesuatu ransangan. Dalam
situasi murid bising di dalam kelas tadi, guru akan merotan mana-mana murid yang
menimbulkan suasana bising dan kecoh dalam kelas dan guru perlu sentiasa membawa rotan
setiap kali masuk kelas walaupun rotan itu tidak digunakan untuk merotan murid-murid yang
bising tetapi sebagai ransangan kepada murid-murid agar memberi tumpuan dan perhatian
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Selain itu teori ini
menekankan motivasi kendiri di kalangan murid-murid untuk belajar dengan suasana
pembelajaran yang kondusif iaitu suasana kelas yang tidak bising dan tenang serta tidak
mengganggu tumpuan murid-murid lain mahupun murid yang berada di kelas-kelas yang
berdekatan. Secara tidak langsung maka dengan teori Pelaziman Klasik Pavlov ini dapat
membantu guru untuk mengawal keadaan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang dijalankan.

HBEF2103
Masalah 2
Aktivi-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru mestilah
berjaya atau dapat menarik perhatian murid. Jika aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak
menarik perhatian murid maka murid-murid menghadapi masalah untuk mengingati fakta
atau rumus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga boleh berlaku jika
murid-murid tidak menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
akan melakukan aktiviti mereka sendiri yang boleh mengelakkan kebosanan dalam diri
mereka.
Ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Gagne. Menurut teori ini mudah
pembelajaran berlaku secara berperingkat hierarki, iaitu bergerak daripada peringkat
paling kepada peringkat paling kompleks. Setiap pembelajaran akan dicapai sekiranya
murid dapat menguasai pembelajaran pada peringkat yang lebih awal. Dalam situasi
mengingati fakta atau rumus murid haruslah menguasai sesuatu fakta itu dari peringkat yang
mudah atau asas iaitu dari fakta yang mudah atau senang ke peringkat yang lebih susah atau
kompleks.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan atau dirancang oleh guru mestilah berlandaskan


pemikiran kognitif murid-murid mengikut tahap kesesuaian murid. Sekiranya aktiviti-aktiviti
yang dijalankan mengandungi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan tahap kognitif
yang tinggi maka sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut akan kurang berjaya. Masalah
ini boleh diselesaikan dengan Teori Pembelajaran Gestalt. Menurut ahli psikologi dalam
mengkaji subjek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada
personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan. Mereka telah menemui
pembelajaran melalui celik akal. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku
secara tiba- tiba dan lengkap. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, muridmurid menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan
penyelesaian masalah. Ini boleh dikaitkan dengan masalah untuk menyelesaikan masalah
tanpa menggunakan alat bantu mengajar terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman yang
kekurangan kemudahan. Murid-murid perlu menggunakan pengalaman hidup atau
pengalaman sedia ada murid-murid untuk menjana idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah
contohnya masalah dalam matapelajaran matematik di mana murid menghadapi masalah
dalam operasi tambah dan tolak. Melalui pengalaman hidup murid-murid semasa membeli

HBEF2103
barang di kedai mereka boleh mengaitkan operasi tersebut melalui aktiviti jual beli.
Pengalaman jual beli yang sedia ada pada murid dapat membantu mereka dalam aktivitiaktiviti pembelajaran matematik.
Masalah 3
Masalah tidak tahu membaca,menulis mahupun mengira juga sering berlaku
disekolah. Masalah ini berlaku kerana tahap perkembangan murid tersebut belum mencapai
apa yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dikaitkan
dengan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Menurut Freud, beliau mempercayai manusia
dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Berdasarkan pandangan ini, ,manusia
tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang boleh merosakkan diri
mereka sebagai individu dan tidak dapat menentu arah tujuan kehidupannya. Freud
mempercayai bahawa manusia mempunyai tiga alam kesedaran iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam tidak sedar. Di dalam masalah murid yang tidak tahu membaca menulis dan
mengira, mereka melalui proses alam sedar iaitu mereka menyedari dan boleh mengingati
apa yang telah dipelajari dan mereka dan kemudian alam pra-sedar iaitu mereka sukar
menyedari sesuatu yang telah berlaku atau yang telah dipelajari tetapi mereka boleh
mengingati semula sekiranya mereka memberi tumpuan sepenuhnya dan renungan yang
bersungguh-sungguh dan akhir sekali iaitu alam tidak sedar iaitu merupakan bahagian yang
paling besar dalam fikiran dan ia mengadungi kesemua naluri serta keinginan manusia dan
pelajar yang kurang cerdik ini tidak menyedari bahawa banyak lagi perkara-perkara yang
akan mereka pelajari semasa umur mereka meningkat.
Masalah ini berlaku terutamanya kepada guru yang mengajar matapelajaran bahasa
Malaysia dan matematik. Masalah ini dapat diselesaikan dengan peneguhan positif iaitu
guru memberi galakan kepada murid yang lemah dan ianya sebagai salah satu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini amat berkaitan dengan Teori
Pelaziman Operan Skinner. Menurut Skinner, di dalam teori pelaziman operan gerak
balas dapat diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi),jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam menangai masalah murid
yang kurang tahu membaca, menulis dan mengira ini, guru haruslah memberi galakan kepada
murid contohnya seperti memberi latihan yang mudah dan bersesuain dengan tahap kognitif
mereka kemudian sekiranya latihan atau aktiviti yang telah dijalankan dapat dilakukan
dengan baik oleh murid, maka guru haruslah memberi peneguhan positif supaya boleh
8

HBEF2103
memotivasikan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh peneguhan positif
yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti melemparkan kata-kata pujian kepada
murid sekiranya mereka menjawab soalan di dalam kelas, tidak memarahi mereka sekiranya
mereka salah dan memperbetulkan jawapan mereka, menepuk bahu murid dan peneguhan
positif ini dapat memotivasikan dan mendorong murid yang lemah itu untuk berusaha dengan
lebih gigih lagi.

Masalah 4
Masalah murid malas juga sering dihadapi oleh guru-guru di sekolah. Jika sesuatu
kerja atau pun latihan yang diberikan kepada murid tersebut, amat jarang sekali atau pun
tidak dapat disiapkan oleh murid yang malas disebabkan oleh factor persekitaran mereka dan
pergaulan mereka di rumah atau luar sekolah. Masalah ini boleh dikaitkan dengan Teori
Perkembangan Behaviorisme di mana proses pembelajaran murid-murid semasa membesar
banyak mempengaruhi peribadi murid. Menurut Teori Perkembangan Behaviorisme,
perubahan yang berlaku dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh pengalaman.
Pembelajaran dengan tumbesaran sukar untuk dibezakan dan dipisahkan kerana keduadunya saling berkait. Bagi masalah murid malas tadi, faktor pembesaran murid di kawasan
yang tidak kondusif dan dipinggirkan keluarga mendorong kepada masalah malas belajar
semasa berada di dalam kelas. Sifat malas yang ada dalam diri murid itu memang sejak kecil
di mana proses pembesaran dan pengalaman murid itu membesar mempengaruhi peribadi
murid tersebut dalam pembelajaran di kelas.
Kebiasaannya murid yang malas ini tidak menyiapkan kerja atau latihan yang telah
diberikan oleh guru kepada mereka. Sekiranya perkara-perkara ini berlaku,sepatutnya guru
membuat aktiviti yang boleh menyedarkan murid tentang kepentingan belajar di kalangan
murid yang malas itu tadi seperti mengarahkan murid tersebut untuk menyiapkan kerja atau
aktiviti yang disediakan oleh guru. Kerja atau aktiviti yang dibuat hendaklah disiapkan jika
murid tersebut tidak menyiapkan kerja atau aktiviti tersebut, murid tersebut tidak dibenarkan
untuk membuat aktiviti lain contohnya, selepas menyiapkan tugasan yang diberikan, murid
boleh bermain komputer atau boleh ke perpustakaan. . ini dapat meningkatkan motivasi
murid untuk menyiapkan tugasan. Hal ini dapat dikaitkan dengan dan Teori Pelaziman
Operan Skinner iaitu menggunakan Prinsip Premack dengan mengaitkan aktiviti yang

HBEF2103
kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati. Dengan menggunakan prinsip premack ini dapat
mencetuskan motivasi pada murid untuk menyiapkan tugasan begitu juga bagi murid yang
malas, mereka akan cuba menyipakan tugasan tersebut kerana dorongan aktiviti lain yang
lebih menarik. Dalam hal ini guru dapat menyelesaikan masalah murid yang malas dan murid
yang malas tersebut akan terus kekal bermotivasi.
Masalah 5
Kes buli juga sering terjadi di sekolah rendah. Ini disebabkan persekitaran yang tidak
membantu semasa proses pembesaran murid tersebut. Hal ini disebabkan oleh
pembesaran murid-murid

proses

yang dipengaruhi oleh abang-abang atau rakan-rakan yang

mempunyai kebejatan moral di mana ia akan mengakibatkan murid-murid bertindak di luar


batasan sebagai seorang murid.
Situasi ini amat berkaitan dengan Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial
Kognitif

yang menekankan tentang tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur,

perubahan yang berlaku dalam diri murid disebabkan oleh pengalaman. Setiap murid
melalui proses pembelajaran yang berbeza sejak dilahirkan sehingga menyukarkan guru
untuk memisahkan pembelajaran dan tumbesaran murid. Proses tumbesaran murid tersebut
berkemungkinan berdepan dengan situasi kebejatan moral dan terikut-ikut akan perkaraperkara yang dilakukan oleh abang-abang atau rakan-rakan melalui proses pemerhatian,
penyimpanan, pengeluaran dan motivasi seperti yang dikemukakan oleh Albert Bandura.
Proses pemerhatian berlaku dimana apa-apa perkara kebejatan moral

yang dilakukan oleh

abang-abang atau rakan-rakan mereka diperhati, kemudian perkara-perkara tadi disimpan


dalam ingatan dan seterusnya dilakukan semula iaitu proses pengeluaran dan akhir sekali
iaitu motivasi dimana perlakuan buli ini menerima peneguhan (motivasi) dari rakan lain,
maka perkara yang sama akan diulangi lagi.
Buli ini adalah antara masalah yang terbesar terjadi di dalam kelas mahupun di
sekolah. Masalah ini terjadi apabila murid yang lemah menjadi mangsa kepada murid-murid
yang kuat atau mempunyai pengaruh di dalam kelas atau pun sekolah. Ini menyebabkan
murid yang lemah tadi berasa tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam
pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian masalah ini dapat dibendung melalui
peneguhan negatif yang dicadangkan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner.
10

HBEF2103
Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam kes buli ini, mana-mana
murid yang terlibat dalam kes buli ini haruslah di denda seperti merotan atau digantung
sekolah bergantung kepada berat atau ringan yang dilakukan. Justeru itu, murid yang menjadi
mangsa buli tersebut merasa dirinya dilindungi dan mendapat pembelaan yang adil dan
saksama. Oleh itu maka dapat lah murid tersebut belajar dengan baik dan menumpukan
sepenuh perhatian semasa di dalam kelas.
KESIMPULAN
Melalui permasalahan yang telah diulas dapatlah guru mengenal pasti implikasi dan
cara untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi oleh murid-murid menggunakan teoriteori pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid demi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Hal ini seterusnya memberi keselesaan dan
ketenangan pada murid-murid untuk belajar dan menumpukan sepenuh perhatian dalam
pembelajaran. Selain itu motivasi murid-murid untuk belajar dapat ditingkatkan melalui
segala peneguhan-peneguhan positif yang diterapkan oleh guru.

11

HBEF2103
RUJUKAN

Jafar Mahmud. 2004. Development Psychology. New Delhi. A P H Publishing


Corporation.

Jas Laile Suzana Jaafar. 2000.Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur

Kamarulzaman Kamaruddin. 2003.


Konsep.Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Marof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Edisi Kedua. McGraw-Hill


(Malaysia ) Sdn. Bhd.

Mohd. Saleh Lebar. 1999. Memahami Psikologi. Thinkers Library Sd. Bhd.

Noel A. Card, Ernest V.E.Hodges. 2006. Shared Targets For Aggression by Early
Adolescent Friends. Jld/Volum 42. American Psychological Association.

Psikologi

Perkembangan:

Teori

dan

12

Anda mungkin juga menyukai