Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
dengan bunyi huruf. ii) Latihan membatang suku kata dan perkataan. iii) Latihan membaca frasa dan ayat. iv) Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonik. LAPORAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI TUGASAN PERTAMA Sebagai kumpulan 1, kami telah menyediakan 5 jenis alat bantu mengajar yang berkaitan dengan kehendak tugasan yang pertama. Berikut adalah huraian ringkas mengenai kelima-lima jenis alat bantu mengajar tersebut yang dilihat dari aspek penggunaan bahan dan juga kelebihannya.
1. Cari saya Tajuk tugasan: Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf. Penggunaan bahan: i) Terdapat 6 gambar diikuti dengan ejaannya yang bermula dengan huruf vokal. ii) Murid diminta mencari perkataan dalam kotak huruf yang telah disediakan. iii) Setelah murid menemui huruf tersebut, murid diminta memasukkan huruf-huruf perkataan yang dijumpai ke dalam poket huruf yang disediakan. iv) Sesudah itu, murid tersebut diminta untuk menyebut bermula dari huruf vokal kemudian pada perkataan tersebut. Kekuatan/ kelebihan bahan: i) Bahan ini mampu membolehkan murid belajar sambil bermain. ii) Murid dapat mempelajari huruf vokal dan bunyinya berdasarkan asosiasi. iii) Murid dapat belajar mengeja perkataan dengan lebih tepat. iv) Bahan mudah disediakan dan ringkas selaras dengan kefahaman murid. 2. Dadu ajaib Tajuk tugasan: Latihan membatang suku kata dan perkataan. Penggunaan bahan: i) Bahan ini lebih kepada latihan membatang suku kata ii) Bahan ini dilaksanakan diakhir pengajaran dan pembelajaran atau pada masa terluang.
iii) Murid mengambil 2 buah dadu, kemudian membina perkataan daripada suku kata yang terdapat pada permukaan dadu. iv) Murid diminta membunyikan perkataan yang telah mereka bina dengan menggunakan dadu ajaib. Kekuatan/ Kelebihan: i) Boleh membatang suku kata dan seterusnya membentuk perkataan dengan betul. ii) Murid boleh belajar sambil bermain. iii) Murid mampu menggunakan sukukata KV dengan betul. 3. Roda sakti Tajuk tugasan: Latihan membatang suku kata dan perkataan Penggunaan bahan: i) Bahan ini lebih kepada latihan membatang suku kata. ii) Secara berdua, murid dipanggil ke hadapan. iii) Murid 1 mencari suku kata contohnya ba dan murid 2 mencari suku kata yang dapat memadankan suku kata yang dicari oleh murid 1 contohnya tu atau ju yang boleh membentuk perkataan baju atau batu. iv) Sesudah itu, murid yang lain pula diajak secara bergilir-gilir untuk mencari suku kata tersebut seterusnya membentuk perkataan. Kekuatan/ Kelebihan: i) Murid dapat mengikuti pelajaran sambil bermain. ii) Dapat berinteraksi dengan rakan lain kerana bahan bantu mengajar yang disediakan ini memerlukan dua orang murid untuk mengendalikannya. iii) Dapat mengukuhkan lagi kemahiran dalam aspek suku kata sebagai asas dalam membina perkataan dan ayat ringkas. 4. Ampaian ilmu Tajuk tugasan: Latihan membatang suku kata dan perkataan. Penggunaan bahan: i) Bahan bantu mengajar ini lebih kepada pembentukan perkataan, ini kerana murid sudah dapat menguasai suku kata melalui bahan bantu mengajar yang sebelumnya. ii) Murid dipanggil ke hadapan secara bergilir-gilir. iii) Guru memberikan murid tersebut satu perkataan contohnya baju dan meminta murid tersebut menyusun huruf yang dapat membentuk perkataan yang diberi.
iv) Setelah itu, murid diminta mengeja perkataan tersebut mengikut suku kata dan menyebut perkataan dengan diikuti oleh murid yang lain. Kekuatan/kelebihan: i) Penggunaan bahan yang berwarna-warni mampu menarik minat murid-murid untuk terus mengikuti pembelajaran. ii) Mampu membina keyakinan diri murid terutama apabila diarah untuk tampil ke hadapan. iii) Murid dapat bergerak dan pada masa yang sama mampu menghilangkan rasa bosan mereka dalam pembelajaran. iv) Mampu mengukuhkan ingatan mereka terhadap apa yang dipelajari. v) Menambah dan mempelbagaikan perbendaharaan kata. 5. Buku Serbaguna Tajuk tugasan: Latihan membaca frasa dan ayat. Penggunaan bahan: i) Selepas P&P, murid dipanggil seorang demi seorang ke meja guru. ii) Atas tunjuk ajar guru, murid diminta mengisi tempat kosong untuk membina ayat berdasarkan gambar yang disediakan. iii) Murid diminta membaca dan menyebut ayat tersebut. iv) Sekiranya ayat yang disebut itu salah kedudukan perkataannya, maka murid diminta sekali lagi menyusun dan menyebut perkataan yang betul semula. v) Melalui bahan ini juga, guru boleh melaksanakannya dari meja ke meja murid-murid untuk lebih kefahaman.