Anda di halaman 1dari 21

1

Garis Panduan dan Tatacara Pengurusan Kebajikan Pelajar 1.0 Pengenalan

Buku panduan dan tatacara pengurusan kebajikan pelajar ini bertujuan untuk menggariskan langkah-langkah yang perlu dijadikan sebagai panduan kepada pejabat Education Malaysia Malaysia di Luar Negara. Di samping itu, buku ini juga disediakan untuk makluman serta tindakan yang perlu diambil oleh pelajar dalam membantu pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Luar Negara serta Education Malaysia dalam urusan kecemasan. 2.0 Latar Belakang

Panduan ini disediakan sebagai langkah-langkah bersistematik mengenai kaedah-kaedah dalam pengurusan krisis khususnya ketika berhadapan dengan kejadian bencana alam, kemalangan yang melibatkan kecederaan serta kematian pelajar. Dalam mengendalikan keskes tertentu pada masa sekarang, pengurusan krisis dikendalikan mengikut pengalaman serta tindakan pegawai sahaja. Justeru itu, adalah wajar bagi Education Malaysia mempunyai satu manual yang boleh dijadikan panduan ketika menguruskan krisis. Krisis dalam manual ini ditafsirkan seperti berikut: 2.1 Bencana Alam a. Gempa Bumi b. Tsunami c. Banjir d. Letusan Gunung Berapi e. Tanah runtuh f. Puting Beliung g. Kemarau h. Perubahan peningkatan dan penurunan suhu yang luar dari kebiasaan. i. Ribut dan taufan j. Kebakaran hutan k. Ribut Salji l. Hazardous Materials m. Rektor Nuklear Kemalangan a. Kemalangan jalan raya b. Kemalangan ketika perkhemahan c. Kemalangan kampus (ujikaji makmal, runtuhan bangunan dll.) Kebakaran Kematian Peperangan Letupan Bom Ancaman Pengganas Gangguan / Ancaman Keselamatan Diri Insiden Keganasan

2.2

2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

3.0

Persediaan dan Tindakan yang Perlu Diambil oleh Pelajar 3.1 Setiap pelajar sama ada pelajar tajaan atau pelajar persendirian, perlu memaklumkan kepada pihak penaja dan Education Malaysia mengenai hasrat mereka untuk ke Luar Negara. Education Malaysia Luar Negara boleh dihubungi melalui laman web yang boleh didapati di laman www.mohe.gov.my. Maklumat yang perlu dimaklumkan adalah seperti berikut: a. Nama b. Institusi Pengajian c. Bidang dan Tahun Pengajian d. No. Perhubungan (Tel / Emel) e. Tarikh (pergi dan balik) f. Destinasi g. Bilangan ahli keluarga yang turut terlibat Pelajar adalah dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat seperti nama pegawai dan alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang ingin dilawati. Pelajar juga diingatkan supaya melaporkan diri di Kedutaan/Perwakilan Malaysia di Negara yang dilawati dan memaklumkan tempoh tinggal /pengajian serta alamat penginapan mereka.

3.2

3.3

4.0

Persediaan Awal 4.1 Satu Jawatankuasa bencana perlu ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Presiden persatuan di zon masing-masing. Keanggotaan jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat. Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah untuk : i. ii. Merancang dan membuat persediaan sekiranya berlaku bencana alam. Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun pengajian, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat. Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan Education Malaysia serta Kedutaan Besar Malaysia di Luar Negara. Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya

4.2

iii.

iv.

berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan. v. Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contohnya setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa pasport, tuala, alatan mandi, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuasi. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya dan Memaklumkan segera kepada Pengarah/Pegawai/Education Malaysia/Kedutaan/Perwakilan Malaysia, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.

vi.

vii.

4.3

Langkah-Langkah Semasa Mengahadapi Bencana i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sistem pesanan ringkas atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah. Menghubungi segera Pengarah Malaysia/Perwakilan/Kedutaan. atau Kakitangan Education

ii.

iii.

Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti dan Simpan dokumen penting seperti pasport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.

iv.

5.0

Bencana Alam 5.1 Gempa Bumi 5.1.1 Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan i. ii. Terus berada di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. 5

iii.

Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lainlain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas. Padamkan semua api.

iv.

v. vi.

vii.

viii. 5.1.2

Sekiranya Anda Di Luar Bangunan i. Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada wayar elektrik, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian elektrik yang jatuh. Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

ii. iii. 5.1.3

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Sesak i. Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang. Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

ii.

iii.

5.1.4

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi i. Berlindung di bawah meja atau perabot seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap. berat yang

ii.

Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

iii.

iv. v. 5.1.5

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan i. Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

5.1.6

Sekiranya Anda Di Dalam Kereta Yang Bergerak i. Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk menilai situasi anda. Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

ii.

iii.

5.2

Banjir i. Segera memaklumkan kepada Pengarah Education Malaysia atau manamana pegawai Kedutaan/Perwakilan ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini. Mengambil barang-barang keperluan asas. Mengunci semua pintu-pintu bilik dan pintu rumah. Berada di tempat tinggi sekiranya tidak sempat berpindah. Matikan semua punca eletrik dan gas. Jangan mengharungi air yang dalam dan deras. Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara.

ix.

Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari semasa ke semasa.

x.

Pelajar-pelajar lelaki perlu membantu pelajar-pelajar perempuan dalam proses evakuasi.

xi.

Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin kepada kaum keluarga di Malaysia.

xii. xiii.

Jangan minum air mentah dan makan makanan yang bersih. Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikuathiri deman panas atau deman denggi.

5.3

Carta Aliran kerja menghadapi Bencana Alam

Mendapat maklumat mengenai bencana alam dari pihak berkuasa / universiti / media / pelajar Pengarah EM Maklum Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Luar Negara / Kedutaan / Perwakilan. Maklum Bahagian Pemasaran Pendidikan, JPT Bentuk Jawatankuasa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam di peringkat kedutaan Lantik Ketua Pegawai Operasi Atase Pendidikan/Penasihat Pelajar (agensi) Sediakan maklumat pelajar berdasarkan lokasi bencana Kumpul bilangan sebenar, maklumat peribadi pelajar dan gambar di lokasi dan selaraskan dengan pangkalan data pelajar. Hubungi Presiden / Pengerusi Persatuan/Kelab pelajar Hubungi Pejabat International Student Office di Universiti berkenaan. Tentukan status serta bilangan pelajar Malaysia terlibat Selamat / cedera / mati Tak dapat dikesan Semak pendaftaran pelajar dan dapatkan maklumat dari Universiti / Penaja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam (JPBA) Menentukan kaedah bantuan menyelamat mangsa Menentukan semua persediaan dan pengurusan pertolongan cemas, pengangkutan, penginapan, makanan dan pakaian Tetapkan tarikh/ masa/ tempat untuk usaha menyelamat mangsa Masa ditentukan mengikut ketentuan JPBA Menyediakan maklumat terkini situasi dari masa ke semasa dan melapor ke agensi terlibat Bilangan dan status ( selamat/cedera/mati ) mangsa terlibat. Uruskan pengangkutan mangsa ke Pusat Penyelamat / Penempatan mangsa bencana Rekod Bilangan mangsa terlibat Urusan penghantaran pelajar balik Ke Malaysia (Jika perlu) - Menghubungi semua agensi berkaitan. - Jika melibatkan kematian sila ikut peraturan terpakai semasa. 9

5.4

Langkah-langkah Proaktif Sebelum Bencana Alam

Mendapat maklumat mengenai KEMUNGKINAN bencana alam Pejabat EM Maklum Pelajar Malaysia mengenai langkah-langkah perlu menghadapi bencana Bekalkan maklumat yang disediakan oleh Kerajaan di Luar Negara melalui e-mail dan Persatuan pelajar EM sentiasa ada maklumat terkini pelajar/keluarga Maklumat pelajar berdasarkan lokasi Bilangan sebenar pelajar di lokasi beserta maklumat peribadi o Alamat terkini Pelajar dan waris terdekat o Nombor telefon terkini o Rakan serumah/bilik Hubungi Ketua/AJK pertubuhan pelajar Maklumat dari pihak Universiti untuk dapatkan nama pegawai perantara Tubuh Jawatankuasa Pengurusan Krisis Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) / Kedutaan / Konsulat Jeneral Menentukan langkah-langkah penyelamatan pelajar Pengangkutan, penginapan dan makanan Maklum pada pelajar mengenai persediaan awal perkara-perkara berikut: Dokumen-dokumen penting yang perlu di simpan bawah kawalan pelajar: o Sijil lahir/pasport/lesen memandu o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan o Gambar keluarga Keperluan makanan: o Keperluan air untuk tiga hari o Keperluan makanan / bahan mentah untuk 3 hari o Bahan kegunaan peribadi harian Kit Kecemasan: o Bateri/lampu suluh o Radio/telefon bimbit o Selimut/sleeping bag

Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis diperingkat Persatuan Pelajar Keahlian : Presiden, Setiausaha, Bendahari Persatuan Pelajar Sarjana Muda / Pasca Siswazah Cadangan Tempat Perhimpunan untuk usaha menyelamat pelajar Menyediakan maklumat terkini situasi setiap 2 jam kepada pelajar Melalui e-mail/facebook 10

6.0

Kemalangan i. Hubungi Pengarah EM atau pegawai dan sahabat untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan yang perlu. Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumat berkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis dari anda, serta pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan dan lain-lain. Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan. Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau orang ramai yang berada di tempat kemalangan.

ii.

iii.

iv.

v.

11

6.1

Langkah-langkah Ketika Berlaku Kemalangan Pelajar

EM

Mendapat maklumat mengenai KEJADIAN daripada Pelajar/pihak berkuasa / Universiti Maklum Pihak Kedutaan Malaysia mengenai butir-butir kemalangan seperti berikut: Nama pelajar yang terlibat Lokasi kejadian Jenis Kemalangan Tahap kecederaan Penaja/Waris pelajar Dapatkan pengesahan dari pihak Universiti, Polis dan Hospital Tentukan Pegawai EM hadir di lokasi kejadian Maklum situasi semasa Bekal maklumat terkini pelajar/keluarga pada Suruhanjaya Tinggi (STM) / Kedutaan / Konsulat Jeneral dan KPTM Maklumat pelajar berdasarkan lokasi Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi o Alamat terkini Pelajar dan waris terdekat o Nombor telefon terkini o Rakan serumah/bilik o Nama penaja Dokumen-dokumen penting yang perlu o Sijil lahir/passport o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan o Kematian (YA)-Urusan penghantaran balik ke Malaysia o Pegawai pengiring o Kos Pengurusan dapatkan maklumat/kelulusan dari KPT o Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

EM

(TIDAK) Uruskan penghantaran ke Hospital untuk rawatan lanjut o Urusan insuran dan nasihat guaman o Maklum keluarga / waris o Laporan lengkap kepada KPT

12

7.0

Kematian i. Sila maklumkan segera kepada Pengarah EM atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar. Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai EM tiba untuk pengurusan lengkap jenazah. Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah. Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti. Membantu EM menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia. Membantu EM menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

13

7.1

Langkah-Langkah Ketika Berlaku Kematian

EM

Mendapat maklumat kematian pelajar daripada polis / universiti / Persatuan Pelajar Malaysia / hospital Maklum pihak Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral butiran kematian Nama pelajar Lokasi kematian Punca kematian Penaja / alamat dan telefon waris pelajar

Dapatkan pengesahan dari pihak polis, hospital dan universiti Tugaskan pegawai EM dilokasi kejadian Maklumat insuran dari pihak university / penaja Maklum situasi semasa

Membuat persiapan pengurusan jenazah Hubungi funeral home berdekatan dengan hospital Buat persiapan memindahkan mayat dari hospital ke funeral home Hubungi Islamic Center bagi jenazah pelajar Muslim Hubungi pihak MAS Kargo untuk penghantaran pulang Dapatkan kos pengurusan jenazah, tambang kargo dan pegawai pengiring

EM

Uruskan dokumen-dokumen kematian Pasport pelajar Sijil kematian dikeluarkan oleh pihak hospital Embalming Certificate dari funeral home Surat pengesahan kematian dari Kedutaan Malaysia Dokumen-dokumen lain dari funeral home

Uruskan penghantaran balik ke Malaysia Tugaskan pegawai pengiring Kos pengurusan dapatkan maklumat/kelulusan dari KPT / Penaja Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

Penyerahan jenazah Maklum intinerari kepada waris dan KPT Wakil KPT menerima jenazah di terminal Kargo KLIA Urusan pengkebumian oleh pihak waris pelajar Laporan lengkap kepada Kedutaan Malaysia dan KPT 14

8.0

Kebakaran i. ii. Sediakan alat pemadam api bersaiz kecil di setiap rumah. Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan. Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya. Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera. Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari tempat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi. Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan. Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal. Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat. Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan pastikan berada jauh dari kawasan kebakaran. Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

15

8.1

Langkah-Langkah Ketika Berlaku Kebakaran

EM

Mendapat maklumat kebakaran dari pelajar/pihak berkuasa / universiti Maklum pihak Kedutaan Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral mengenai butiran kebakaran seperti berikut: Maklumat mangsa kebakaran yang terlibat Lokasi kejadian dan punca kebakaran Penginapan sementara mangsa Lapor kes kecederaan atau kematian Dapatkan pengesahan dari pihak universiti, hospital dan polis Tugaskan pegawai EM di lokasi kejadian Maklum situasi semasa

EM

EM

Salur maklumat terkini mangsa pada Kedutaan Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral dan KPT seperti butiran berikut: Maklumat pelajar berdasarkan lokasi Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi Alamat terkini pelajar dan waris terdekat Nombor telefon terkini Rakan serumah/bilik Nama penaja Dokumen-dokumen penting yang perlu o Sijil lahir/pasport o Maklumat visa dan insuran

EM

Kematian

YA Urusan penghantaran balik ke Malaysia Pegawai pengiring Kos Pengurusan dapatkan maklumat / kelulusan daripada KPT / Penaja Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

TIDAK

Uruskan penghantaran ke hospital untuk rawatan lanjut Urusan insuran Tabung bantuan kecemasan (tabung amanah) Nasihat insuran Laporan lengkap kepada KPT 16

9.0

Peperangan i. Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran. Hubungi Pengarah EM atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut. Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai. Tunggu arahan lanjut daripada pihak EM dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak EM. Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan. Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secara sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku. Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan. Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah. Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar. Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak EM dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

ii. iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

10.0

Insiden Keganasan i. Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi media dan berita perdana tempatan. Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan. Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

ii.

iii.

iv.

17

v.

Melaporkan pada pihak EM, penaja, universiti dan rakan-rakan sekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancam keselamatan pelajar Malaysia.

11.0

Gangguan / Ancaman Keselamatan Diri

i. ii.

Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana anda berada. Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi terutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang digunakan oleh orang ramai. Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutama golongan remaja. Gunakan laluan alternatif dan jangan hiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan. Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka pada keadaan di sekeliling anda.

iii.

iv.

18

12.0

Maklumat Education Malaysia Luar Negara untuk di hubungi Semasa Kecemasan 1. Education Malaysia United Kingdom & Eire Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel 2. : : : : : : : 30 34 Queensborough Terrace London W2 3 ST 00 44 20 7985 1252 00 44 20 7221 5615 Prof. Madya Dr. Mohad Anizu Hj. Mohd. Nor 00-44-20-79851250 00-44-7919415601 director@masduke.net

Education Malaysia Australia Alamat Pejabat : 67, Victoria Road, Bellevue Hill NSW 2023 Australia No Telefon : 00612 9327 7565 , 00612 9327 7596 No Faks : 00612 9363 1257 Pengarah : Dr. Jumiati Binti Ismail Pejabat : 00612-93277565 Telefon Bimbit : 00614-50322301 Emel : dr.jumiati@msda.org.au Education Malaysia New Zealand Alamat Pejabat : 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422 Wellington 6002 New Zealand 00-644-385 2439 00-644-384 7339 Tuan Mohd. Erfino Johari 00 64 4 381 3167 00-64-21 868801 pmsd@xtra.co.nz

3.

No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel 4.

: : : : : :

Education Malaysia Indonesia Alamat Pejabat : Kedutaan Besar Malaysia JI. H.R. Rasuna Said, Kav. X/6 Kuningan, Jakarta Selatan Indonesia No Telefon : 006221 5224938 / 5224267 / 5224203 No Faks : 006221 5224958 Pengarah : Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh Pejabat : 006221 5224947/38 Telefon Bimbit : 0062-81808811111 Emel : jjuzhar@gmail.com Education Malaysia Kaherah Alamat Pejabat : No. 21, El-Anab Street, Mohandessein Giza, Egypt No Telefon : 002 02 37610013 / 19 / 68 / 73 No Faks : 002 02 37610192 / 7622395 Pengarah : Prof. Madya Dr. Hj. Suaidi bin Dato Hj Safei 19

5.

Pejabat Telefon Bimbit Emel 6.

: : :

Ext: 113 drjamil_msdcairo@yahoo.com

Education Malaysia Washington DC Alamat Pejabat : 3516 International Court, NW Washington DC 20008, Amerika Syarikat No Telefon : 001202 572 9700 No Faks : 001202 572 9784 Pengarah : Prof Madya Dr. Posiah Mohd. Isa Pejabat : 001-202-572-9714 Telefon Bimbit : 001-202-215-8823 Emel : drposiahmsd@aol.com Education Malaysia Los Angeles Alamat Pejabat : 550 South Hope Street, Suite 400 Los Angeles, CA 90071 No Telefon : 001 213 - 9550182 No Faks : 001 213 9559175 Atase Pendidikan : Puan Norhayati Binti Daud Pejabat : 001-213-955-0157 Telefon Bimbit : 001-213-2551839 Emel : Nhd2020@mohe.gov.my jpmla@pacbell.net Education Malaysia Kanada Alamat Pejabat : 60 Boteler Street, Ottawa Ontario K1N 8Y7 Canada No Telefon : 001613 241 5182 (AM) 001613 241 1213 No Faks : 001613 241 4723 Pegawai : Puan Veronica Carasco / Puan Rozalah Hashim Pejabat : 001-613 2411213 Telefon Bimbit : E-mel : Education Malaysia Chicago Alamat Pejabat : 820 Davis Street, Suite # 510, Evanston Illinois 60201, Amerika Syarikat No Telefon : 001847 328 2440 / 2516 / 2526 No Faks : 001847 328 2517 Pengarah : Dr. Roslan b. Jamaludin Pejabat : 00-1-847-328-2440 Telefon Bimbit : 00-1-847-309-2442 Emel : jroslan97@gmail.com Education Malaysia Jordan Alamat Pejabat : No. 24, Mohd Baseem Al-Khammash Street Sweifieh, P.O.Box 143310 Amman 11185 Jordan 00962 6 5927766 / 5922998 00962 6 5921880 Tn. Haji Sulaiman bin Ismail 00962 6 5922 998 20

7.

8.

9.

10.

No Telefon No Faks Pengarah Pejabat

: : : :

Telefon Bimbit Emel 13.0 Penutup

: :

00962 79 715 4805 sulaiman@msdjordan.jo

Panduan ini hendaklah dijadikan sumber rujukan yang dapat memberikan panduan serta langkah yang perlu dijadikan satu peraturan kepada semua pegawai serta pelajar dalam pengurusan krisis semasa bencana alam, kemalangan, kebakaran, kematian, peperangan, letupan bom, ancaman pengganas, gangguan atau ancaman keselamatan diri dan insiden keganasan. Perancangan yang teliti menjadikan kebajikan pelajar terjaga dan langkah menghadapi krisis dapat dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. Garis panduan ini diharapkan dapat membantu pegawai serta pelajar dalam menguruskan sebarang krisis yang timbul.

Bahagian Education Malaysia Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi MALAYSIA 2011

21