Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK KERUSI KOSONG (EMPTY CHAIR) Teknik kerusi kosong merupakan teknik yang berkesan dalam teori Gestalt.

Dalam teknik ini, klien bercakap dengan sebahagian daripada personaliti dirinya yang lain. Klien akan bercakap dengan bahagian personaliti yang dominan dan pasif dalam diri dengan cara menukar kedudukan kerusi. Proses dialog antara kedua-dua bahagian personaliti yang dominan dan pasif ini akan memfokuskan kepada bahagian rasional dan tidak rasional serta dikotomi dalam diri. Teknik ini juga digunakan apabila klien bermasalah dengan seseorang dan di dalam sesi kaunseling dia berdialog dengan orang yang dibayangkan berada di atas kerusi kosong. Teknik ini membolehkan klien mencurahkan isi hati dan perasaannya. Tujuannya ialah menekankan konflik atau masalah yang dialami oleh klien dan perhubungan dengan klien. Namun teknik ini didapati kurang sesuai untuk digunakan kepada klien yang sangat bermasalah. Klien di negara kita juga kadang-kadang rasa agak janggal atau sukar untuk melakukan seperti mana yang diharapkan oleh terapi ini. angkah-langkah dalam teknik kerusi kosong, klien akan memegang dua peranan iaitu dirinya sendiri dan juga indi!idu lain yang menjadi penyebab kepada konflik atau gangguan terjadi. "etelah sesi penerokaan dalam kaunseling dan kaunselor telah mengenal pasti masalah klien, kaunselor akan memberitahu secara ringkas teknik kerusi kosong ini dan bagaimana aturan bermainnya. "ebuah kerusi kosong akan diletakkan di hadapan klien dan kaunselor hanya menjadi fasilitator ataupun orang yang akan memerhatikan situasi. Klien diminta duduk di atas kerusinya dan berimaginasi baha#a beliau sedang berdialog dengan $orang% yang sedang duduk di atas kerusi kosong itu. Teknik ini menggunakan cara main peranan di mana klien akan meluahkan segala perasaannya kepada orang bayangan. "elepas beberapa dialog telah diluahkan oleh klien, beliau kemudiannya pula diminta oleh kaunselor untuk memainkan peranan sebagai $orang% tersebut dengan menja#ab segala persoalan dan berinteraksi dengan dirinya. Keadaan ini berterusan dengan klien mengalih atau bertukar peranan dan berdialog antara diri dengan $orang% tersebut di antara dua kerusi berkenaan mengikut arahan kaunselor. Proses atau latihan ini berterusan bagi me#ujudkan kesedaran dan membuatkan klien mengalami perasaannya secara mendalam. &elalui teknik ini, klien akan sedar perasaannya terhadap $orang% yang memba#a gangguan atau konflik. "elain itu, teknik ini diharap dapat membantu klien memperoleh kefahaman tentang perkara yang difikirkannya atau dirasainya yang selama ini mungkin disembunyikan atau dipendam sehingga mengganggu fungsi diri. Dengan ini klien juga akan sedar dan bertanggungja#ab sepenuhnya terhadap sebarang perasaan, pemikiran dan tindakannya kini.