Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PISMP 4E, AMBILAN JANUARI 2012

1. Kelompok Melayu banyak mendominasi arah tuju dan kemajuan kesusasteraan tempatan. 2. Kebebasan mencipta tidak bermakna penulis bebas melanggar adat dan tauhid sesuka hati.. 3. Pascamodenisme tidak menghalalkan agama dan sensitiviti kaum yang lainnya dinodai sebagaimana yang dilakukan oleh Salman Rushdie dalam The Satanic Verses. 4. Karya sastera Melayu moden seboleh-bolehnya hendaklah berpasakkan Melayu dan Islam.

5.

Hakikat perubahan perlu ditanggapi dengan positif oleh masyarakat dan penulis. 6. Profesion menulis menuntut minat dan semangat berkekalan sepanjang hayat, memerlukan pupukan impian, cita-cita, dan visi yang jauh, kerja kuat, sensitiviti yang tinggi dan sebagainya. 7. Birokrasi sastera perlu lebih agresif. 8. Kerja penterjemahan, pemasaran dan publisiti perlu ditangani secarai lebih berkesan. 9. Penulis perlu berbangga dengan hasil kerjanya. 10. Yang perlu dilakukan ialah berkreatif terus dan memperoleh kepuasan daripada fitrah semulajadi mereka. 11. Timbulkan perasaan megah dalam kalangan pembaca apabila membawa buku tempatan ke mana-mana.

12. Tugas penulis ialah untuk menunaikan naluri semula jadi dirinya yang paling dasar dan mengotakan tanggungjawab besarnya yang pada ketikanya begitu menggegarkan/

13. Tugas penulis ialah untuk terus menulis, menulis dan menulis

terus!