Anda di halaman 1dari 5

Makanan Dan Hikmahnya Dlm Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak
kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.
Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi
menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup
barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang
menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan
juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda
menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan
membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan,
serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak
boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang
tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak
ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah
datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh
itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan
balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w
pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati
kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala
yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar
atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku
dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan
cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai
pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi
pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu
makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu
segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang
dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer)
dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk
(winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada
hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental.
Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan
penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging
selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang
tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling
baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang
paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai
daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta,
kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga
melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan
daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Detik-detik Rasulullah SAW menjelang Sakaratul maut


1 comments Published by ekSi naDs on Sunday, December 17, 2006 at 10:03 PM
Detik-detik Rasulullah SAW menjelang Sakaratul maut,Ada sebuah kisah tentang totalitas cinta yang dicontohkan Allah
lewat kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit telah mulai menguning burung-burung gurun pun enggan mengepakkan
sayapnya.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata-bata memberikan petuah:
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan Cinta Kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah hanya kepada-
Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al-Qur’an. Barang siapa yang mencintai Sunnahku berarti mencintai
aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku,”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar
menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Ustman menghela nafas
panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari
mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah
dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu
terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.
“Assalaamu’alaikum….Bolehkah saya masuk ?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengijinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan
dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada
Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah aku ayah, sepertinya baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap putrinya
itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah
Malaikat Maut,” kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tak ikut menyertai. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit untuk menyambut ruh
kekasih Allah dan Penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka, para malaikat telah menanti Ruhmu, semua pintu Surga terbuka lebar menanti
kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu semua ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar kabar ini, Ya Rasulullah?” tanya Jibril lagi.
“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan Khawatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya’” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan Ruh Rasulullah ditarik. Tampak seluruh tubuh
Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.” Lirih Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar
wahyu itu.
“Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direngut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik karena sakit yang tak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan
sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah diantaramu,”
Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan
Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“umatku, umatku, umatku”
dan….PUPUSLAH KEMBANG HIDUP MANUSIA MULIA ITU………
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya ?

Anda mungkin juga menyukai