Anda di halaman 1dari 2

Terlebih dahulu saya ingin mengirimkan salam maaf daripada Y.B.

Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah oleh kerana beliau tidak dapat hadir dalam majlis ini. Dalam pada itu, saya telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan ini bagi pihak beliau seperti berikut:Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Panglima Amin Hj. Mulia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas kesudian meluangkan masa untuk melancarkan Bulan Membaca Perpustakaan Desa Kg. Pantai Emas Kota Belud dan pada masa yang sama melancarkan Perkhidmatan Internet. Tidak lupa juga saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak di atas kesudian beliau hadir bersamasama kita untuk menyaksikan dan memeriahkan majlis yang penuh sejarah ini. Ucapan syabas juga saya tujukan kepada Tuan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Penganjur dan ahli-ahli jawatankuasanya serta semua penduduk Kg. Pantai Emas dan juga kampung persekitaran di atas kerjasama untuk menjayakan majlis pelancaran ini. Sejak tahun 1994, bulan Ogos telah diisytiharkan oleh Jemaah Menteri pusat sebagai Bulan Membaca. Semua institusi telah mengadakan program dan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengalakkan minat membaca secara terancang dan menyeluruh dan sudah pasti kita tidak mahu ketinggalan. Walaupun pada asasnya bulan Ogos dikhususkan untuk kegiatan pembacaan, aktiviti galakan pembacaan perlu dijalankan sepanjang tahun. Membaca merupakan aktiviti penting untuk meningkatkan kecergasan minda kita serta memperluaskan pandangan seseorang ke arah pembentukan dan pembangunan masyarakat yang lebih responsif untuk pembangunan negara. Melalui amalan pembacaan seseorang dapat berkongsi pengalaman serta menimba ilmu dari berbagai sumber dan sekaligus dapat menyumbang ide kreatif ke arah era teknologi. Selaras dengan matlamat untuk memupuk minat membaca dikalangan masyarakat luar bandar Kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk memastikan matlamat ini tercapai. Tahun ini sahaja 7 bangunan perpustakaan desa telah dibina iaitu di Kg. Tanjung Labian, Lahad Datu; Pekan Bongawan; Kg. Tun Fuad Kunak; Kg. Barambangan Kudat; Kg. Meligan Sipitang dan Kg. Kelatuan Papar. Kesemua perpustakaan desa ini dijangka siap sebelum akhir tahun dan beroperasi awal tahun hadapan. Pada 5 Ogos 1999 saya telahpun melancarkan Bulan Membaca Peringkat Negeri Sabah di Papar dengan tema Perpustakaan Pemangkin Generasi Bestari sementa ra di peringkat Kebangsaan cogankatanya ialah Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda. Saya percaya bahawa tema ini dapat menepati cabaran dalam wawasan 2020 supaya masyarakat mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan ilmu , tidak terkongkong jiwanya dan dihormati oleh semua bangsa lain dan sesuai dengan itu, budaya membaca boleh menjadi teras bagi membentuk daya fikir yang matang.

Saya berharap agar Bulan Membaca ini akan dapat memberi kesan positif kepada penduduk setempat tentang kepentingan amalan pembacaaan kearah penjanaan pembangunan negara yang maju di alaf baru yang kita akan tempui beberapa minggu lagi. Pada hari ini saya juga amat bangga untuk memaklumkan bahawa Perkhidmatan Internet telah disediakan oleh Kementerian saya melalui Perpustakaan Negeri Sabah di perpustakaan desa ini. Perpustakaan desa di kampung ini telah mendapat perkhidmatan yang canggih dan merupakan mercu tanda kejayaan Kerajaan untuk memastikan agar semua lapisan masyarakat khususnya diluar bandar dapat menikmati era teknologi terkini . Saya berharap dengan adanya kemudahan ini penduduk kampung bukan sahaja menggunakannya sebagai saluran untuk mencari maklumat tetapi juga saluran untuk menyebarkan maklumat mengenai kampung. Pelbagai laman di Internet ini mempunyai ruang untuk pengiklanan tentang peniagaan dan saya percaya bahawa masyarakat Kampung khususnya peniaga yang mempunyai kemahiran tinggi dalam mengusahakan hasil kraftangan seperti tikar dan parang bolehlah mengambil peluang keemasan untuk mengiklankan perniagaan masingmasing. Disamping itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak ataupun sanak saudara di luar negara bolehlah berhubung melalui mel-e. Saya berharap kemudahan perkhidmatan ini dapat membina satu masyarakat bermaklumat dan wajarlah ianya digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab bersama.Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Senator Datuk Pandikar Amin Hj Mulia di atas kesudian beliau untuk melancarkan bulan Membaca dan syabas dan tahniah juga kepada Pejabat Daerah Kota Belud, Perpustakaan Negeri Sabah di atas komitmen yang bersungguh-sungguh untuk memastikan agar majlis pelancaran serta aktiviti bulan membaca ini berjalan dengan lancar dan meriah.
Akhir sekali saya menyarankan agar penduduk kampung ini serta persekitarannya menggunakan kemudahan di Perpustakaan Desa ini bagi menyediakan sebuah masyarakat luar bandar yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi maklumat setanding dengan penduduk bandar. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang Post Mortem
    Borang Post Mortem
    Dokumen3 halaman
    Borang Post Mortem
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Borang Semakan Latihan
    Borang Semakan Latihan
    Dokumen2 halaman
    Borang Semakan Latihan
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PELAN Tindakan PGB
    PELAN Tindakan PGB
    Dokumen2 halaman
    PELAN Tindakan PGB
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Topical Test 4ans
    Topical Test 4ans
    Dokumen3 halaman
    Topical Test 4ans
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Contoh Refleksi P P
    Contoh Refleksi P P
    Dokumen9 halaman
    Contoh Refleksi P P
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Lampiran C - Book Review
    Lampiran C - Book Review
    Dokumen2 halaman
    Lampiran C - Book Review
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Ptpi 3
    Ptpi 3
    Dokumen2 halaman
    Ptpi 3
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Grad 1
    Grad 1
    Dokumen8 halaman
    Grad 1
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Borang Post Mortem
    Borang Post Mortem
    Dokumen3 halaman
    Borang Post Mortem
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PTPI4
    PTPI4
    Dokumen2 halaman
    PTPI4
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PT3 Trial 2015 KH Qa Kedah
    PT3 Trial 2015 KH Qa Kedah
    Dokumen28 halaman
    PT3 Trial 2015 KH Qa Kedah
    choongwenkang
    Belum ada peringkat
  • Carta Gantt
    Carta Gantt
    Dokumen2 halaman
    Carta Gantt
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Borang Post Mortem
    Borang Post Mortem
    Dokumen3 halaman
    Borang Post Mortem
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PTPI4
    PTPI4
    Dokumen2 halaman
    PTPI4
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PSV 3
    PSV 3
    Dokumen1 halaman
    PSV 3
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Ptpi 2
    Ptpi 2
    Dokumen1 halaman
    Ptpi 2
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Ptpi 3
    Ptpi 3
    Dokumen2 halaman
    Ptpi 3
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PSV 5
    PSV 5
    Dokumen1 halaman
    PSV 5
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PSV 5
    PSV 5
    Dokumen1 halaman
    PSV 5
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PT Psva
    PT Psva
    Dokumen1 halaman
    PT Psva
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PSV 3
    PSV 3
    Dokumen1 halaman
    PSV 3
    baskie
    Belum ada peringkat
  • 11 GEO Ok
    11 GEO Ok
    Dokumen8 halaman
    11 GEO Ok
    baskie
    Belum ada peringkat
  • PSV 4
    PSV 4
    Dokumen1 halaman
    PSV 4
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Ptpi 2
    Ptpi 2
    Dokumen1 halaman
    Ptpi 2
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Carta Gantt
    Carta Gantt
    Dokumen2 halaman
    Carta Gantt
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Biodata Ahli Panitia
    Biodata Ahli Panitia
    Dokumen1 halaman
    Biodata Ahli Panitia
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Kawalan Dan Pemantauan Kewangan
    Kawalan Dan Pemantauan Kewangan
    Dokumen8 halaman
    Kawalan Dan Pemantauan Kewangan
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Maklumat Pengawal
    Maklumat Pengawal
    Dokumen1 halaman
    Maklumat Pengawal
    baskie
    Belum ada peringkat
  • Program Lepas PMR
    Program Lepas PMR
    Dokumen4 halaman
    Program Lepas PMR
    baskie
    Belum ada peringkat