Anda di halaman 1dari 5

ISL 8 EDU 3101

Pendidikan Dari Perspektif Agama

Seterusnya, kita akan membincangkan kerjaya guru sebagai satu ibadah dari perspektif Agama. Perkara ini adalah penting kerana, kerjaya guru dianggap sebagai satu profisien yang paling mulia dan tidak boleh setanding dengan profisien-prosifien lain. Oleh yang demikian, setiap agama mempunyai pandangan tersendiri terhadap profisien perguruan. DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM Menurut Konsep Perguruan dalam Islam, pendidik atau guru merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam.

Guru juga dikelaskan sebagai: Pengelasan Guru Al-mu'allim Al-murabbi Al-mu'addi Al-mursyid Al-mudarris Qdwatun hasanah Maksud menyampaikan ilmu yang benar menjayakan proses tarbiah mengajarkan adab dan budi pekerti membentuk kepimpinan insan menitipkan pelajaran dan kemahiran beri contoh yang baik Evi Muafia (2005)

Dari perspektif agama Islam, kerjaya guru dianggap sebagai satu kerjaya ibadah kerana guru yang pergi ke sekolah dianggap seolah-olah pergi ke medan Jihad. Ini adalah kerana mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak

ISL 8 EDU 3101

berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah (Mak Soon Sang, 2004). Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Mazlan Zulkifli (2006) pula, ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru atau pendidik yang mengajar. Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan. Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang (Abu Zahari Bin Abu Bakar, 1992)..

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU Menurut Sukumaran.S, (1991), dalam agama Hindu, guru dianggap sebagai wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi selepas Tuhan seperti rajah 2 di bawah.

DEIVAM
(TUHAN) GURUU (GURU)

MATHA (IBU)

PITHA (BAPA)

Rajah 2 Hireiki Konsep Guru Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik, sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA Menurut Mak Soon Sang (2004), agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan. Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh

penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi (Mak Soon Sang, 2004).

DARI PERSPEKTIF AGAMA SIKH Menurut Agama Sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh (Self David, 2008). Menurut Self David (2008) juga, guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat Sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran.

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung (Mak Soon Sang, 2008). Dari Perspektif Agama Kristian, guru dianggap sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid. Guru juga hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Menurut Self David (2008) juga, Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita tersebut.