Anda di halaman 1dari 6

1.

0 KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA, VERBAL DAN NON VERBAL

Konsep kesantunan berbahasa adalah konsep yang menitik-beratkan penutur supaya bersopan santun ketika berkomunikasi dengan orang lain. Kesantunan bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek verbal dan non-verbal. Melalui verbal dan non-verbal, kesantunan bahasa akan terserlah.Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat dan lain- lain lagi.

Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.

Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dalam kalangan masyarakat.

Berbalik kepada makna awal berbudi bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud berkelakuan baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Melalui takrifan ini, jelaslah bahawa tatkala seseorang melakukan sesuatu yang negatif, maka ternodalah konsep budi bahasa tersebut. REFLEKSI Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengalaman dan ilmu yang berguna. Pertamanya, marcapada membuktikan bahawa kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar telah mula terhakis. Pada saat ini, tidak ramai remaja menuturkan bahasa melayu dengan sopan dan mengamalkan kesantunan bahasa. Hal ini kerana, pengaruh dari Barat telah menular dalam kalangan remaja dan mencetuskan bibit-bibit kepupusan kesantunan bahasa. Keindahan bahasa melayu akan hilang ditelan zaman jika penuturnya sendiri tidak mengamalkan kesantunan bahasa ketika berbahasa dengan individu yang lain. Maka dengan itu, kerajaan perlulah menggembleng tenaga untuk mengembalikan digniti bahasa melayu yang dipraktikkan dengan penuh kesantunan supaya bangsa-bangsa lain kagum akan keindahan bahasa melayu yang dituturkan dengan sopan dan mempunyai ciri-ciri kesantunan. Di samping itu, keyakinan penguasaan bahasa melayu saya bertambah sepanjang melaksanakan projek ini. Saya juga memperoleh ilmu yang berguna tentang kesantunan bahasa. Projek ini telah membuka minda saya untuk menghargai bahasa melayu sekali gus mendorong saya untuk memperkasa penggunaan bahasa melayu dengan lebih jitu. Kini, saya lebih yakin untuk menggunakan bahasa melayu disamping mempratikkan kesantunan bahasa dalam komunikasi seharian. Seterusnya, sebagai seorang bakal guru, saya sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa seperti kemahiran bertutur dan mendengar dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan. Hal ini sangat penting supaya kesenian dan keunikkan bahasa Melayu dapat dilestarikan agar generasi masa hadapan dapat terus berbangga dengan bahasa yang kita gunakan bersama, bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Selain dapat mengelakkan salah faham, persengketaan dan pertengkaran, kesantunan bahasa Melayu juga dapat menonjolkan adab kita sebagai seorang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan sebagainya. Akhir sekali, bahasa melayu adalah bahasa yang indah. Saya

akan berusaha untuk mengamalkan kesantunan bahasa dan memelihara bahasa melayu kerana bahasa adalah cerminan sesuatu bangsa. Pantun Budi Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati
Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah swt ini mempunyai berbagai-bagai perangai. Ada yang baik dan tidak kurang juga yang kurang baik. Kita di Malaysia ini, hendaklah selalu mengamalkan amalan berbudi bahasa ini kerana kita sudah sinonim dengan sifat yang lemah lembut dan bersopansantun. Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali

memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita. Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt. Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja. Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersamasama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri. Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri. 3. Institusi Pembelajaran

Antara Guru-Pelajar-Guru

Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya :

Berdisiplin Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab Berani mengakui kesalahan

ISU KESANTUNAN GURU - Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. - Fokus kesantunan guru ialah : a) Perlakuan dalam percakapan - Kawalan suara - Memonopoli sidang perbualan - Cakap banyak - Puji diri secara langsung dan tidak b) Tatacara berkomunikasi - Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.
Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada awal abad yang akan datang. Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa. Matalamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Jesteru itu satu, Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa Bintang di timur cuaca baik Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik Itulah budi dikenang orang

Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Ungkapan adat Melayu mengatakan, "Bertuah kayu rendang daunnya, bertuah Melayu terbilang santunnya". Keperihan menimpa golongan yang malang, Kedamaian disanggah keganasan dijulang, Lantaran kesantunan sudah lama hilang. Menurut Bapak Tenas Effendy, "apa tanda orang beradat, perangai santun mulia tabiat", "apabila hidup hendak terpuji, elokkan laku baikkan pekerti", "apabila hidup hendak terpandang, sopan dijunjung santun dipegang", apabila hendak perpaduan dicanang, kesantunan diri jangan dibuang". Demi menyemai kesantunan ini kita perlulah "tahu diri dengan perinya, tahu duduk dengan tegaknya, tahu atur dengan letaknya, tahu kias dengan ibaratnya, tahu mencontoh pada yang senonoh, dan tahu bercakap menurut adab."

Anda mungkin juga menyukai