Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Tema Tahun Tajuk Masa Standard Pembelajaran Objektif

Kebudayaan Malaysia 4 Bijak Kata Hubung Pancangan Keterangan 8.10 9.10 pagi 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks. Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menggarisi kata hubung pancangan keterangan yang terdapat dalam petikan. 2. Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul. 1. Murid membaca petikan yang diedar (Pembelajaran Koperatif : Pair Check) 2. Murid mengecam kata hubung pancangan keterangan yang terdapat dalam petikan (Pembelajaran Koperatif: Think Write Pair Share) 3. Murid mencantum huruf mengandungi kata hubung pancangan keterangan menggunakan kunci teka-teki (KBAT) dan memasukkan ke dalam peta bulatan (IThink). 4. Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan keterangan yang telah diperoleh dengan betul. 1. Murid menggarisi kata hubung yang terdapat dalam ayat. 1. Murid membina ayat majmuk dengan peluasan predikat menggunakan kata hubung pancangan keterangan. Ilmu : Sejarah dan Pendidikan Jasmani Nilai : Menghargai warisan budaya masyarakat Malaysia EMK : Keusahawanan TKP : Interpersonal KB : Mengecam, Kontekstual BCB : Bacaan Mentalis Tatabahasa : Kata hubung pancangan keterangan Ayat majmuk Petikan, Peta Pemikiran, Kad Kunci Teka-Teki Murid mengecam dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul.

Aktiviti

Pemulihan Pengayaan Pengisian Kurikulum

Sistem Bahasa BBM Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran / Pentaksiran Refleksi

Arahan: Baca dan tulis idea utama dan idea sampingan.

Seni Mempertahankan Diri Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak dahulu lagi. Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan silambam. Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea.

Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu. Silat terbahagi kepada dua jenis: silat tradisional dan silat olahraga. Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak, tongkat, tekpi, pedang, dan parang.

Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina. Seni ini memang berasal dari negara China. Wusyu mempunyai lima gaya persilatan. Gaya-gaya tersebut ialah Changquan (tinju utara), Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang), dan Qiangshu (seni tombak).

Silambam pula dibawa ke negara ini dari India oleh kaum India. Silambam bermaksud pertempuran dengan menggunakan tongkat. Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pedang, kayu, serta tombak.

Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan pergerakan yang tangkas. Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.

KUNCI TEKA-TEKI

Arahan : Susun huruf-huruf di bawah berpandukan kunci teka-teki untuk membentuk kata hubung pancangan keterangan.

1. 1 11 1 14

2. 13 1 11 1

3. 1 16 1 2 9 12 1

4. 2 9 1 18 16 21 14

U = 21 X = 24 C=3 N = 14 E=5 Z = 26

P = 16 H=8 I=9 T = 10 K = 11 L = 12

M = 13 D=4 O = 15 G=7 Q = 17 W = 23

S = 19 J = 20 A=1 V = 22 R = 18 B=2

Y = 25 F=6

Peta Bulatan

Arahan : Masukkan kata hubung pancangan keterangan yang telah diperoleh ke dalam peta bulatan.

petikan

biarpun

apabila Kata KATA Hubung

Anda mungkin juga menyukai