Anda di halaman 1dari 5

Ruj.

Kami
Tarikh

:Bil ( ) dlm SKS 06 / 08 / 001 / 003


:8 April 2013

Kepada :
Ibu bapa dan penjaga
Siva Sanger
Tuan,
LAPORAN PRESTASI KEMAJUAN MURID : SIVA SANGER a/l KANAVATHY
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Untuk pengetahuan pihak tuan, murid yang dirujuk seperti di atas telah mengikuti Program
Pemulihan Khas selama lebih kurang 2 tahun bermula pada awal bulan Mac 2011 untuk matapelajaran
bahasa Melayu dan Matematik.
3.
Berdasarkan kepada pemerhatian guru kelas dan guru pemulihan khas, didapati bahawa murid
yang dirujuk ini :
a) masih tidak lancar membaca setelah hampir 2 tahun mengikuti Program Pemulihan Khas
b) tumpuan dan fokus yang singkat terhadap pengajaran guru.
c) tidak dapat menjawab soalan kefahaman secara lisan.
d) mempunyai masalah pembelajaran yang perlu dikawal secara individu
e) masalah kefahaman terhadap mata pelajaran matematik dalam bahasa Melayu
4.
Oleh itu, saya memohon agar pihak tuan dapat hadir ke sekolah bagi membincangkan isu ini
dengan segera untuk urusan pemeriksaan kesihatan doktor di Klinik Kesihatan Ampangan. Tujuan
pemeriksaan tersebut adalah untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak
tuan. Disertakan sekali surat kebenaran untuk pemeriksaan doktor dan laporan pemerhatian dari guru
mata pelajaran lain.
5.
Kerjasama dari pihak tuan amat diperlukan untuk kemajuan murid SK Sikamat di masa
hadapan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Pn Siti Zubaidah (Guru Pemulihan
Khas) di talian .............................. atau berjumpa beliau pada jam 10 pagi (Isnin-Jumaat).
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
(NADIAH CHIN BT ABDULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sikamat.

Kepada
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sikamat
70400 Seremban.
u.p : Puan Siti Zubaidah bt Musa
Guru Pemulihan Khas

KEBENARAN PEMERIKSAAN KESIHATAN


Adalah dengan ini saya selaku ibubapa/penjaga kepada murid yang berkenaan :
Nama

Kelas

No Surat Beranak

*MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN sebarang pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas


anak saya seperti yang dinyatakan di atas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya juga
akan bertanggungjawab terhadap segala kesulitan atau masalah di atas keputusan saya tersebut di
masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

*potong yang mana tidak berkenaan.

BORANG ULASAN PEMBELAJARAN MURID

NAMA GURU

MATA PELAJARAN

TAHUN

ULASAN

Keputusan Peperiksaan :

Sikap/ Sosial :

Penguasaan Matapelajaran :

Ruj kami
Tarikh

: SKS/PEM/2013/ /
: 25 April 2013

Kepada:
Tuan Pegawai Perubatan,
Klinik Kesihatan Seremban,
70400 Seremban, NSDK.
Tuan,
PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS : SIVA SANGER A/L KANAVATHY
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Pihak Sekolah Kebangsaan Sikamat ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sekolah ini seperti yang di atas.
3.
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas Pemulihan Khas bermula Mac
2011, pihak sekolah mendapati murid tersebut menghadapi beberapa masalah seperti berikut :
a) masih tidak lancar membaca setelah hampir 2 tahun mengikuti Program Pemulihan Khas
b) tumpuan dan fokus yang singkat terhadap pengajaran guru.
c) tidak dapat menjawab soalan kefahaman secara lisan.
d) mempunyai masalah pembelajaran yang perlu dikawal secara individu
e) masalah kefahaman terhadap mata pelajaran matematik dalam bahasa Melayu
4.
Oleh yang demikian pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat melakukan
pemeriksaan kesihatan untuk menentukan penempatan murid ini di sekolah. Dilampirkan dokumen
yang berkaitan untuk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Pn Siti
Zubaidah (Guru Pemulihan Khas) di talian 017-6777519. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

................................................

SURAT JAWAPAN KEBENARAN

Adalah dengan ini saya ............................................................................................... bapa/ibu/penjaga


murid yang bernama ...............................................................................................................................
no surat beranak/MyKid ...................................... ............*membenarkan/tidak membenarkan Puan Siti
Zubaidah binti Musa (Guru Pemulihan Khas SK Sikamat) membawa anak saya menjalani pemeriksaan
kesihatan di Klinik Kesihatan Ampangan bagi mewakilkan saya yang tidak dapat hadir di atas urusan
*bekerja/kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.....................................................
(

* potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai