Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN TRADISIONAL SUSUN SELIPAR

PENGENALAN Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia.

Permainan ini tidak terkenal di negara sejuk seperti United Kingdom dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi koma jika kasut dibaling terkena kepala.

PERATURAN

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.

Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebelah selipar untuk balingan.

Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun.

Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.

Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan membaling selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.

Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama. ( kesemua anggota kumpulan utama akan dikira kalah sehingga semua ahli sudah berjaya dikalahkan)

Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai