Anda di halaman 1dari 1

Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti: 1.

Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas. 2. Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari. 3. Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang. 4. Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak. 5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. 6. Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak. 7. Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam. Walaupun berdiet, anda masih boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada kadar terkawal. Makanan disyorkan: Sarapan - Satu mangkuk bubur nasi dengan kacang panjang, daging hancur dan sedikit sayur campur ataupun, - Sekeping tosai dicecah dengan kari dal ataupun, - Dua keping roti jala bersama sedikit kari ayam. Makan tengah hari - Sepinggan nasi ayam sama ada dipanggang ataupun dikukus ataupun, - Sedikit nasi putih, ikan dan sayur campur ataupun, - Satu mangkuk mihun sup ataupun mi rebus dicampur isi ayam, daging dan bebola ikan ataupun, - Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur. Minum petang (antara 3-6 petang) - Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ataupun, - Secawan teh o panas dengan sekeping roti bakar. Makan malam - Seelok-eloknya makan malam di antara jam 7.30 hingga 9 malam sahaja. - Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad ataupun, - Semangkuk sup sayur, tomyam ataupun - Hanya menjamah ikan kukus dan sayur-sayuran sudah memadai. Setiap kali bangun pagi, tengah hari dan sebelum tidur, amalkan minum secawan teh cina ataupun teh biasa dicampur perahan limau nipis ataupun limau kesturi. Apabila diamalkan berterusan, pasti anda gembira dengan berat badan anda yang lebih sempurna.

Anda mungkin juga menyukai