Anda di halaman 1dari 5

Kegemilangan sesebuah tamadun tidak lari daripada pertembungan dengan tamadun lain.

Bincangkan dua kesan positif dan negatif Interaksi antara tamadun.


Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini seperti tamadun Islam , China dan India dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain keran ia merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama.

Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Interaksi Tamadun China dan Tamadun India Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orangorang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya. Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi Tamadun Cina dan Tamadun Melayu Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu

(yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2.4 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA


Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif. 2.4.1 Kesan Positif Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan ini. Kesan tersebut adalah seperti berikut: * Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek. Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi. Makanan dan buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu, tamar. Pakaian dan barang dagangan Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. Rumah dan peralatan Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir. Manusia dan ehwalnya Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong. Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.

* Kebudayaan Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut: i. Budaya Baba-Nyonya Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah menyerapkan Bahasa Cina dalam perbualan seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein yang berkaitan adat, kekeluargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng, Put-Go = Datuk Uco (nama satu dewa Buddha ). Selain itu, perkataan Melayu juga mengalami perubahan bunyi dan makna. Sebagai, contoh, malaikat = malaikat ( roh nenek moyang ), kawan = kawan (suami ). Komuniti ini tidak banyak menggunakan imbuhan dalam perbualan, sebaliknya hanya menggunakan kata dasar sahaja seperti Dia tulis surat. Perkataan punya menggantikan partikel milik nya seperti bukunya disebut dia punya buku. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian. ii. Budaya China Peranakan Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka terutamanya agama Buddha. Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu. * Kesenian

Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkattingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid. * Dasar Pendidikan Negara Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman ini lebih menjamin perpaduan rakyat. Selain itu, dasar ini juga mengambilkira perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak. * Dasar Integrasi Nasional Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan. Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 dengan objektif berikut: 1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional. 2. Memberi bantuan khidmat masyarakat. 3. Membangun masyarakat Orang Asli. 4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara. 5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan negara. Untuk menjayakan kementerian baru ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara. * Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

2.4.2 Kesan Negatif Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk di Malaysia, interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif yang paling penting hingga ke hari ini adalah seperti berikut:

* Jurang ekonomi Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanya membenarkan masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan baru, orang Melayu dikenakan syarat tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan buahbuahan. Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia menerima perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah. * Jurang Sosial Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman. * Pencapaian Tidak Seimbang Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia. Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai