Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL 1. Isi kandungan PERKARA MUKA SURAT 2

2.

Pengenalan

3.

Pembentukan tingkahlaku manusia

4-5

4.

Jenis-jenis tingkahlaku manusia

5.

Aspek-aspek pendekatan psikologi

7-10

6.

Rumusan

11

7.

Rujukan

12

Pengenalan
Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Selain itu, ia merupakan satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial.

Perkembangan psikologi adalah satu kajian psikologi yang khusus dalam aspek perkembangan yang tertentu pada manusia seperti mengkaji peringkat awal kanakkanak ataupun remaja. Selain itu, perkembangan manusia merupakan satu daripada cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pralahir hingga dewasa. Di samping itu, ia dikenali sebagai sejenis kajian terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia dalam aspek fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayat.

2|Page

Pembentukan tingkahlaku manusia


Menurut Davidoff (1976) kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Selain itu, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia dihasilkan atau dipengaruhi oleh motif dan motif dibahagi kepada dua jenis iaitu motif asas dan motif sekunder. Motif asas merupakan dorongan merupakan sebarang dorongan dalaman individu yang menggalakkan suatu perlakuan. Contohnya naluri, desakan, keperluan dan motivasi. Motif sekunder pula merupakan dorongan luaran dari diri individu sepertu social, status, pencapaian dalam hidup dan erti hidup.

Di samping itu, tingkahlaku manusia merupakan sesuatu proses yang dipelajari. Menerusi pembelajaran perubahan tingkahlaku, kognitif dan kemahiran akan berlaku. Biasanya pembelajaran diukur dengan perubahan tingkahlaku dan perkembangan tingkahlaku manusia akan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Dengan ini, terdapat beberapa teori yg membincangkan tentang perkembangan tingkahlaku manusia. Teori tingkahlaku manusia diperkembangkan berdasarkan kepada

pemerhatian, tindak balas serta di analisa. Antara teori-teorinya ialah teori behaviorisma, pelaziman emosi, pelaziman operan dan hukum kesan.

3|Page

1. Teori Behaviorisma
Teori ini dipelopori oleh Ivan Pavlov (Rusia) dan merupakan suatu cabang dan pendekatan yang paling penting dalam psikologi. Beliau mempelopori Teori Pembelajaran Pelaziman Klasik dgn menggunakan anjing permulaan bagi era behaviorisma.

2. Pelaziman emosi
Teori ini dipelopori oleh JB Watson dan beliau menganalisa tingkahlaku dan tidak mengaitkan dgn proses mental. Ia dikenali sebagai Model Rangsangan Gerak Balas (Stimulant Response Model). Akhirnya, JB Watson membuktikan bahawa emosi manusia boleh dibentuk oleh persekitaran.

3. Pelaziman Operan
Teori ini diasaskan oleh BF Skinner. Beliau mendapati setiap gerak balas operan akan diikuti oleh suatu peneguhan yang positif. Selain itu, peneguhan juga berfungsi sebagai ganjaran. Dengan ini, ganjaran akan mendorong individu melakukan tingkahlaku yang diberi peneguhan tersebut. Contohnya tikus dalam kotak skinner. Apabila tikus mengusik tuas, makanan akan keluar. Dengan ini tikus akan lakukan perkara sama untuk mendapatkan makanan dan pelaziman operan berlaku

4. Hukum kesan
Pengasas teori ini adalah EL Thorndike. Beliau memahami bahawa jika tingkahlaku diikuti dengan ganjaran maka tingkahlaku tersebut akan diulangi, berulangkali dan sebaliknya. Dengan ini, hukum ini menjadi asas kepada pelaziman operan

4|Page

Jenis-jenis tingkahlaku manusia


Tingkahlaku manusia dibahagi mengikut klasifikasi atau bentuk dan bergantung sama ada ia dianggap sebagai normal, atau luar biasa dan tidak diterima. Antaranya ialah 1. Tingkahlaku negative 2. Tingkahlaku regresif 3. Tingkahlaku agresif 4. Tingkahlaku manipulatif 5. Tingkahlaku membinasakan diri 6. Tingkahlaku hiperaktif 7. Tingkahlaku kompulsif 8. Tingkahlaku ketagihan.

5|Page

Aspek-aspek pendekatan psikologi


Pendekatan psikologi terdiri daripada tujuh jenis iaitu pendekatan behaviorisme, pendekatan biopsikological, pendekatan kognitif, pendekatan humanistic, pendekatan psikoanalisis, pendekatan kuantatif, dan pendekatan sosial

Pendekatan Behaviorisme
Behaviorisme adalah teori pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000. Ahli psikologi dalam perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B., Thorndike, E., Skinner, B.F. Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov menggunakan rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi loceng walaupun tanpa makanan. Selain itu, Skinner(1904-1990)

memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan perubahan dalam tingkahlaku yang tidak menghiraukan apa-apa proses yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil. Apabila beliau meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menekan tuil bagi mendapatkan makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis.

6|Page

Pendekatan Kognitif
Pendekatan ini berbincangkan tentang bagaimana manusia berfikir dan gunakan pengetahuan yang dipelajari. Perjalanan proses-proses otak seperti pemikiran, memori, kecerdasan, mentafsir, ingatan dan persepsi. Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta minda. Dia meletakkan tikus dalam kotak maze, dia mendapati tikus tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. kebanyakan pembelajaran Selain itu, ahli psikologi lain, Piaget mendapati penggabungan atau perkaitan yang

melibatkan

menggunakan proses ulangan.

Pendekatan Humanis
Pendekatan yang menumpukan apa-apa yang berlaku dalam diri seseorang seperti perasaan atau emosi. Selain itu, seseorang individu mempunyai kuasa motivasi yang kuat menyebabkan seseorang individu cenderong untuk mencapai konsep keperluan diri dan konsep kendiri. Setiap individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan potensi sehingga ke tahap maksimum (Konsep Maslow)

7|Page

Pendekatan Psikoanalisis
Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud and melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan kepada kecelaruan saraf. Beliau percaya bahawa manusia

dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Pendekatan ini biasanya berlaku dalam perkembangan psiko seksual. Kefahaman ini menyatakan bahawa manusia dalam

kontek tidak sedar, tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pendekatan Neurobiologi / biopsikological


Pendekatan ini menghubungkaitkan tingkahlaku dengan faktor biologikal seperti struktur otak, biologi, biokimia dan makanan and mempunyai perubahan fisiologikal dalam badan. Kajian menunjukkan integrasi aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam menghasilkan pembelajaran yang optimum serta dapat dipertingkatkan perkembangannya melalui aktiviti rangsangan dan saranan. Kefungsian badan ditentukan oleh tingkahlaku dalaman seperti hormon, faktor genetik, kefungsian otak.

Pendekatan Sosial
Pendekatan ini mengaji tentang tingkahlaku dari perpesktif sosial. Impak perhubungan antara kelompok kumpulan dan individu serta pengaruh kumpulan atas tingkahlaku individu. Biasanya keadah yang digunakan adalah tinjauan sosial, temubual dan pemerhatian.

8|Page

Pendekatan Kuantatif
Pendekatan ini mengukur perbezaan individu dan perwatakan dengan menggunakan alat-alat seperti IQ testing, Aptitude test, Psychometrics Testing, Pengunaan statistik dan perangkaan.

9|Page

Rumusan
Kesimpulanya, saya telah dapat menpelajari banyak pengetahuan selepas menyiapkan projek ini. Pembentukan tingkahlaku seseorang manusia dapat dipengaruhi oleh two katagori. Antaranya ialah motif asas dan motif sekunder. Selain itu, terdapat banyak teori-teori yang membincangkan perkembangan manusia seperti teori behaviorisma, pelaziman operan, pelaziman skinner, dan hukum kesan. Aspek-aspek pendekatan psikologi terdiri daripada tujuh jenis iaitu pendekatan behaviorisme, pendekatan biopsikological, pendekatan kognitif, pendekatan humanistic, pendekatan psikoanalisis, pendekatan kuantatif, dan pendekatan social.

10 | P a g e

Rujukan
Internet
1. http://santaaji.files.wordpress.com/2009/04/metode-pendekatan-psikologi1.doc 2. http://perkembanganpsikologi.blogspot.com/2012/09/pengertian-tingkah-laku-danpendekatan.html?m=1 3. http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp16.pdf

11 | P a g e